backup og meta

9 Sebab Anak Perlukan Tidur Yang Cukup, Setiap Parents Kena Ambil Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 08/08/2022

    9 Sebab Anak Perlukan Tidur Yang Cukup, Setiap Parents Kena Ambil Tahu!

    Mendapat tempoh tidur yang berkualiti dan mencukupi adalah penting, khususnya bagi si kecil. Teruskan membaca untuk mengetahui jumlah jam tidur kanak-kanak dan kesannya kepada mereka jika tidak cukup tidur. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Mengapa jumlah jam tidur kanak-kanak mencukupi penting?

    Tidur penting sebagai sebahagian daripada rutin harian setiap individu dan dalam gaya hidup sihat.

    Apabila seseorang itu tidak cukup tidur ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, obesiti dan juga kemurungan.

    Memahami keperluan tidur anak adalah langkah pertama dalam menyediakan tidur lebih baik. 

    Melalui gabungan kebersihan tidur, rutin bersesuaian dengan usia dan rawatan untuk sebarang gangguan tidur, akan dapat membantu anak mendapat rehat yang diperlukan untuk membesar dengan sihat dan kuat.

    Waktu dan tempoh tidur mengikut usia

    Berikut adalah garis panduan umum mengenai waktu disarankan untuk anak masuk tidur serta jumlah tidur yang diperlukan (termasuk tidur siang atau nap):

    Baru lahir

    • Jumlah tidur:15-18 jam 

    Bayi baru lahir belum mempunyai sebarang irama sirkadian dan mereka biasanya tidur dalam tempoh pendek antara 2-4 jam sepanjang siang dan malam.

    Irama sirkadian adalah sistem biologi dalaman tubuh yang mengawal pelbagai keadaan – kitaran tidur seperti tempoh mengantuk dan berjaga sepanjang hari hingga ke proses pencernaan.

    1-4 bulan

    • Jumlah tidur: 14-15 jam 
    • Waktu tidur: Antara jam 7-8 malam 

    Bayi sedang membesar dan kerap menyusu sepanjang malam. Waktu tidur akan lebih awal apabila memasuki usia 4 bulan.

    4-8 bulan

    • Jumlah tidur: 14-15 jam
    • Waktu tidur: Antara jam 7-8 malam

    Irama sirkadian mula berkembang. Tidur siang berkala – sebaiknya sekitar jam 9 pagi, 12 tengah hari dan 3 petang. Waktu tidur lebih awal membantu bayi mendapat tidur yang diperlukan untuk perkembangan fizikal dan mental.

    Baca juga:

    8-10 bulan

    • Jumlah tidur: 12-15 jam 
    • Waktu tidur: Antara jam 7-8 malam

    Si kecil pada usia ini disarankan tidur siang 2x – jam 9 pagi dan 1 tengah hari. Waktu tidur malam sebaiknya tidak melebihi tempoh 3 jam 30 minit selepas tidur siang kedua berakhir.

    Waktu tidur mungkin menjadi lebih awal untuk mengimbangi kekurangan nap yang ketiga. 

    10-15 bulan

    • Jumlah tidur: 12-14 jam
    • Waktu tidur: Antara jam 7-8 malam 

    Bayi mungkin sedang dalam peralihan hanya tidur siang sekali sehari, jadi waktu tidur malam perlu lebih awal untuk seketika. 

    Waktu tidur malam sebaiknya tidak lewat daripada 4 jam selepas bangun daripada nap.

    Jumlah jam tidur kanak-kanak 1 tahun 3 bulan – 3 tahun

    • Jumlah tidur: 12-14 jam
    • Waktu tidur: Antara jam 7-9 malam 

    Mungkin tiada lagi tidur siang pada usia ini atau ia tidak konsisten. Awalkan waktu tidur malam untuk membantu pelarasan kepada kehilangan nap.

    Jika jadual sekolah memerlukan anak bangun antara 6-7 pagi, ini ialah waktu tidur yang dicadangkan:

    3-6 tahun

    • Jumlah tidur: 11-13 jam
    • Waktu tidur: Antara jam 8-9 malam 

    Sebaik sahaja anak tidak lagi tidur siang, mereka memerlukan 1 jam tambahan tidur pada waktu malam.

    jumlah jam tidur kanak-kanak

    Jumlah jam tidur kanak-kanak 7-12 tahun

  • Jumlah tidur: 10-11 jam 
  • Waktu tidur: Antara jam 8-10 malam 
  • Kanak-kanak bersekolah masih mengalami proses pertumbuhan besar, sangat aktif dan memerlukan banyak tidur. Tidur mencukupi membantu prestasi sekolah, tingkah laku, fokus, ingatan dan banyak lagi.

    Remaja

    • Jumlah tidur: 9 jam 
    • Waktu tidur: Antara jam 9-10 malam

    Ramai remaja perlu bangun awal untuk ke sekolah. Kira secara mengundur dari waktu mereka bangun bagi menentukan waktu tidur terbaik dan untuk memastikan anak mendapat tidur mencukupi.

    Perlu diingatkan anak biasanya mengambil masa purata 15 minit untuk tertidur dan akan menjadi lebih lama jika terdapat banyak perkara di fikiran mereka.

    Kesan jika jumlah jam tidur kanak-kanak tidak mencukupi

    Tidak cukup tidur bermakna kurang mendapat tempoh tidur mencukupi pada waktu malam. Keadaan ini boleh menyebabkan beberapa masalah seperti penurunan perkembangan otak, masalah pembelajaran dan emosi negatif lebih kerap.

    Ia juga menyumbang kepada masalah kawalan berat badan, gangguan perkembangan dan peningkatan penyakit.

    Bayi yang tidak cukup tempoh tidur

    jumlah jam tidur kanak-kanak

    1. Terlalu penat

    Bayi kurang tidur boleh menyebabkannya terlalu letih untuk tidur atau menjadi hiperaktif

    2. Cepat meragam

    Tidur tidak mencukupi boleh mengakibatkan bayi mudah meragam dan merengek.

    3. Pertumbuhan terjejas

    Si kecil yang tidak cukup tempoh tidur boleh terjejas perkembangannya secara negatif.

    4. Cenderung mengalami obesiti

    Anak juga berisiko mengalami masalah obesiti pada usia 3 tahun. 

    Gangguan kitaran sirkadian menyebabkan perubahan dalam tahap hormon termasuk kortisol, leptin dan ghrelin – yang mengawal pengeluaran tenaga.

    Kesan ketidakseimbangan ini mengakibatkan peningkatan dalam pengambilan tenaga (makan) berbanding tenaga yang dikeluarkan.

    5. Risiko tinggi untuk masalah kesihatan jangka panjang

    Kadar obesiti dan lemak badan yang lebih tinggi – khususnya lemak perut – dikaitkan dengan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung dan diabetes.

    Kesan tidak cukup jumlah jam tidur kanak-kanak bersekolah

    jumlah jam tidur kanak-kanak

    1. Hadkan kemahiran perancangan dan organisasi

    Kurang tidur menjejaskan cara anak berfikir. Ia boleh melemahkan sementara bahagian otak yang menguruskan organisasi, perancangan dan penyelesaian masalah.

    2. Memburukkan emosi dan tingkah laku

    Anak boleh menjadi murung semasa letih. Mereka mungkin kurang kawalan diri dan lebih mudah menjadi kecewa atau hilang sabar. 

    3. Mengurangkan tumpuan dan perhatian, jika tidak cukup jumlah jam tidur kanak-kanak

    Anak kurang tidur mudah terganggu dan hilang fokus. Ini bermakna mereka boleh menghadapi masalah menumpukan perhatian semasa di sekolah.

    4. Menghalang ingatan

    Tidak cukup tidur turut memberi kesan negatif kepada ingatan kerana otak tidak fokus sekali gus menyukarkannya mengingati perkara baharu.

    Sebagai ibu bapa, pastinya kini anda sudah memahami betapa pentingnya untuk mengetahui jumlah jam tidur kanak-kanak yang diperlukan anak.

    Sekiranya anak berdepan masalah sukar tidur, berundinglah dengan doktor untuk lebih kepastian mengenai keadaan mereka. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 08/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan