backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

4

Tanya Doktor
Simpan

Perut Kembung Bukan Sebab Masuk Angin Sahaja, Ia Mungkin Petanda 6 Penyakit Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/06/2024

Perut Kembung Bukan Sebab Masuk Angin Sahaja, Ia Mungkin Petanda 6 Penyakit Ini!

Setiap kali perut rasa penuh atau sebu, pasti ramai individu yang akan menyangka bahawa ia berpunca akibat kondisi perut kembung angin.

Ya, memang tidak dapat dinafikan bahawa ia adalah salah satu punca utama yang menyebabkan kondisi ini, namun wujud lagi beberapa sebab lain.

Lebih membimbangkan, punca perut kembung dan tidak selesa ini juga sebenarnya mungkin didalangi oleh beberapa jenis penyakit serius! Apakah ia?

Lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman di sini.

Adakah ia hanya perut kembung angin?

Untuk pengetahuan anda, adalah normal untuk angin atau gas berada di dalam perut hasil daripada pencernaan makanan dan minuman.

Ia kemudiannya akan dikeluarkan daripada tubuh badan melalui rongga mulut (sendawa) ataupun lubang dubur (kentut) sekitar 20 kali sehari.

Namun jumlah ini adalah tidak tetap dan ia boleh berbeza bergantung kepada individu mengikut tahap kesihatan tubuh badan masing-masing.

Simptom perut masuk angin adalah seperti berikut:

  • Kerap terasa ingin sendawa
  • Kerap terasa ingin kentut
  • Berasa lega selepas sendawa atau kentut
  • Ia tidak bertambah lama atau teruk
  • Ia akan berkurang apabila menukar diet

“Pun begitu, perut kembung angin juga mungkin boleh jadi simptom kepada beberapa penyakit lain yang lebih serius,” jelas Pakar Gastroenterologi & Hepatologi, Abdullah Shatnawei.

perut kembung angin
Tanda perut masuk angin.

Persoalannya, apakah punca kekembungan pada perut ini jika bukan disebabkan oleh angin? Jom teruskan membaca!

Apakah punca ia berlaku selain angin?

Meskipun kebiasaannya ia bukanlah petanda keadaan kesihatan yang berbahaya, namun anda tidak boleh memandang enteng akannya.

Ini kerana angin yang berlebihan dalam perut mungkin adalah indikator kepada keabnormalan sistem pencernaan tubuh badan anda.

Kadangkala, ketidakselesaan umpama perut kembung angin bukan disebabkan oleh angin namun mungkin wujud beberapa penyakit yang menjadi dalangnya.

Salah satu daripada puncanya adalah akibat wanita yang mengalami haid!

punca wanita perut kembung
Cara mengatasi perut kembung ketika haid.

Kenapa perut boleh masuk angin?

Berikut adalah antara beberapa penyakit yang boleh jadi punca perut kembung dan keras:

Perut kembung akibat#1. Gastroparesis

Ia adalah sejenis kondisi berkaitan otot dan saraf yang mengawal organ perut rosak lantas menjejaskan fungsi sistem pencernaan.

Simptom ia berlaku adalah hampir sama dengan perut kembung angin dan boleh dirawat menggunakan ubatan, pertukaran diet dan pembedahan minor.

#2. Ketumbuhan dalam abdomen

Ketumbuhan ini mungkin berlaku akibat tumor, sista, kanser atau penyakit lain dan akan menyebabkan ketidakselesaan melampau pada perut.

Bergantung kepada puncanya, ia perlu dirawat melalui kaedah perubatan, pembedahan ataupun terapi sebelum ia menjadi bertambah besar dan teruk.

#3. Pembentukan batu karang

Batu karang boleh terjadi pada banyak bahagian pada tubuh badan termasuklah buah pinggang, pundi kencing, salur kencing dan lain-lain.

Ramai yang akan salah sangka antara simptomnya masalah ini adalah berpunca daripada angin, maka diagnosis daripada doktor sangat diperlukan.

Punca perut kembung dan keras #4. Ulser dalam perut

Turut dikenali sebagai ulser peptik, ulser perut boleh berlaku apabila asid pada salur pencernaan menghakis struktur dalaman perut.

Untuk mengelakkan ia berlaku, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan pedas selain menghindari stres, rokok dan alkohol.

#5. Asid refluks perut (GERD)

tanda gerd
Cara mengatasi GERD.

Ia disebabkan oleh otot yang memisahkan esofagus dan perut menjadi lemah lantas menyebabkan kandungan makanan berserta asid mengalir keluar kembali.

Salah satu simptomnya adalah perut kembung dan ia boleh dirawat dengan kaedah perubatan, pembedahan ataupun perubahan gaya hidup.

#6. Sindrom rengsa usus (IBS)

Ia akan menyebabkan ketidakselesaan melampau umpama perut kembung angin selain mengakibatkan perubahan pergerakan usus – sembelit @ cirit-birit.

Meskipun tiada ubat lagi untuknya, ia boleh dikawal dan dirawat dengan mengubah diet, mengurus stres dan merawat simptom-simptom yang dialami.

Angin bukan satu-satunya punca masalah ini!

Penyakit-penyakit di atas tadi kesemuanya memiliki persamaan iaitu antara simptomnya adalah perut kembung angin.

Ini bermakna kekembungan pada perut mungkin bukan hanya disebabkan oleh angin malahan juga pelbagai penyakit berbahya yang lain.

Disebabkan itu, adalah wajar untuk anda segera berjumpa doktor bagi mendapatkan diagnosis setiap kali mengalami ketidakselesaan pada perut.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan