backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

4

Tanya Doktor
Simpan

Parents, Jangan Anggap Anak Sembelit Itu Perkara Biasa, Buat 5 Petua Penting Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 25/06/2024

Parents, Jangan Anggap Anak Sembelit Itu Perkara Biasa, Buat 5 Petua Penting Ini!

Gusarnya hati apabila melihat anak menahan sakit gara-gara sukar membuang air besar bukan? Kenapa tak berak? Apa buah untuk anak sembelit? Kenapa anak sembelit teruk?

Apa yang ibu bapa boleh buat untuk membantu masalah itu? Ikuti petua anak sembelit ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Memahami apa itu masalah anak sembelit 

Kenapa tak berak? Apa buah untuk anak sembelit? Kenapa anak sembelit teruk?

Sembelit adalah satu masalah berkaitan kesukaran untuk membuang air besar atau tekstur najis yang keras.1

Apabila najis berada dalam saluran kolon, iaitu usus besar untuk tempoh yang lama, ia akan menjadi keras dan sukar untuk disingkirkan melalui rektum.1

Jika berterusan, sakit sembelit boleh jadi kronik dan berisiko menyebabkan berlakunya masalah kesihatan yang lebih serius.

Antara risiko masalah kesihatan adalah seperti sindrom usus besar, kanser kolorektal, kencing manis, penyakit Parkinson atau kemurungan.1

Masalah sembelit ini boleh berlaku kepada sesiapa tanpa mengira usia sama ada dewasa serta kanak-kanak. 

Bagi sesetengah kanak-kanak, isu sembelit muncul apabila memulakan alam persekolahan. Ini kerana mereka mungkin malu untuk meminta izin bagi menggunakan tandas.2

Jadi, adakah terdapat sebarang petua anak sembelit atau mungkin sekadar mengurangkan risiko mereka daripada mengalami masalah ini? 

Mengetahui punca dan risiko anak sembelit

Kenapa tak berak? Kenapa anak sembelit teruk?

Sebelum anda mengetahui beberapa petua anak sembelit, berikut adalah antara sebab masalah ini sering kali berlaku dan berulang dalam kalangan kanak-kanak.

Menahan air besar

Berlaku apabila anak anda mengabaikan keinginan untuk membuang air besar kerana takut untuk menggunakan tandas atau tidak mahu berhenti bermain.3

Belum bersedia untuk potty training

petua anak sembelit
Ajar anak ke tandas sejak kecil.

Jika anda sedang dalam proses melatih anak untuk menggunakan tandas dan mereka masih tidak bersedia, ia mungkin akan menyebabkan mereka menahan diri daripada membuang air besar.4 

Perubahan diet

Pengambilan diet rendah kandungan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh menjadi punca utama. Kanak-kanak juga cenderung mengalami sembelit pada tempoh-tempoh awal fasa pengambilan makanan pejal.3

Perubahan rutin

Membawa kanak-kanak pergi bercuti ke tempat baru yang berbeza iklim juga boleh mengganggu fungsi usus dan menyebabkan sembelit.3 

Aktiviti fizikal

Kurang melakukan aktiviti fizikal juga boleh menyumbang kepada masalah sembelit dalam kalangan kanak-kanak.4 

Kondisi fizikal

Dalam kes yang jarang berlaku, sembelit berpunca daripada masalah fizikal yang besar.

Antaranya berkaitan dengan masalah saluran usus, rektum atau dubur, masalah sistem saraf, masalah endokrin ataupun pengambilan ubat yang tertentu.4

Petua anak sembelit yang ibu bapa perlu tahu!

Sebagai jawapan kepada soalan anda itu, sudah tentu wujud petua anak sembelit yang ibu bapa kena tahu dan cuba:

#1. Lebihkan ambil makanan ini

Petua anak sembelit yang pertama adalah dengan melakukan perubahan dalam diet pemakanan mereka. 

Anda boleh membantu dengan menggalakkan si comel mengambil dan memakan lebih banyak sayur-sayuran serta buah-buahan. Perkenalkan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan kepada mereka.5

Antara jenis sayur-sayuran yang terbaik ialah:

  • Avokado
  • Bayam
  • Brokoli
  • Jagung
  • Kubis
  • Labu air
  • Lobak merah
  • Kekacang
  • Kentang 

Apa buah untuk anak sembelit?

  • Betik
  • Beri hitam
  • Epal
  • Kismis 
  • Kiwi
  • Kurma
  • Mangga
  • Oren
  • Pir
  • Pisang
  • Rasberi 
  • Strawberi
  • petua anak sembelit
    Buah-buahan boleh bantu kurangkan kekerapan sembelit.

    Ibu bapa juga boleh menambahkan hidangan bijirin dan roti gandum kepada anak bagi membantu mengatasi masalah sembelit tersebut.

    Menggunakan sumber protein tumbuhan sebagai pengganti daging juga baik. Anda boleh berikan anak kekacang seperti kacang badam, hazel dan pecan sebagai hidangan snek sihat

    Idea terbaik adalah untuk memastikan anak anda makan mengikut waktu hidangan yang ditetapkan. Kebiasaannya, pergerakan usus akan berlaku dalam tempoh 30 hingga 60 minit selepas makan.5

    Pastikan anak-anak lebih kerap mengambil air terutama susu yang mengandungi prebiotik!5

    #2. Elakkan jenis makanan ini

    Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dicegah daripada diambil sebagai petua anak sembelit.

    Hadkan pengambilan makanan ringan dan makanan segera memandangkan ia adalah jenis makanan yang tinggi kandungan gula serta lemak.5

    Anda juga digalakkan untuk mengurangkan pemberian minuman berkafein seperti teh atau soda kepada mereka.5

    Jika anak anda minum susu formula, mungkin anda perlu menukar ia kepada susu yang lebih sesuai bagi mengurangkan masalah ini.5

    Petua anak sembelit #3. Bersenam

    Galakkan anak untuk melakukan aktiviti fizikal adalah antara cara merawat sembelit bagi kanak-kanak.

    Ini kerana senaman dapat membantu dalam menggalakkan proses pencernaan dan menjadikan anak lebih aktif.

    Selalunya individu yang kurang bergerak akan berdepan dengan masalah sembelit ini.6 

    Jadi, ajaklah anak untuk bermain atau bersenam di luar rumah kira-kira 30 minit berbanding menonton televisyen atau menghadap gajet semata-mata.6 

    #4. Ubah tabiat anak anda ke tandas

    Cuba untuk mengajar kanak-kanak untuk lebih kerap ke tandas. Jika masih dalam latihan, mungkin anda boleh mengajak mereka untuk ke tandas setiap 1 jam terutama selepas waktu hidangan.7

    petua anak sembelit
    Cara legakan masalah sembelit.

    #5. Pengambilan ubatan & rawatan klinikal

    Doktor mungkin akan mencadangkan pengambilan ubatan atau rawatan tertentu bagi mengatasi masalah sembelit yang dialami oleh kanak-kanak.2

    Jika ubat adalah punca masalah yang berlaku, anda boleh berbincang dengan doktor untuk menukar ubat yang sedang diambil oleh mereka.

    Jagalah perut dan usus anak anda!

    Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan keadaan sembelit yang dialami kanak-kanak. Ada kalanya masalah itu akan pulih tanpa perlu anda membuat sebarang cara merawat sembelit.2

    Namun, ia bukan bermakna ibu bapa hanya perlu berdiam diri tanpa berbuat apa-apa. Anda perlu bertindak dengan lebih peka dalam usaha untuk menjaga kesihatan perut dan usus mereka.2

    Pengambilan susu khusus untuk kanak-kanak

    Antara lain petua anak sembelit yang efektif adalah dengan pengambilan susu yang mampu menyokong sistem penghadaman dan penyerapan nutrien. 8

    Ada sejenis susu formula yang boleh jadi pilihan yang baik untuk kanak-kanak kerana ia bebas daripada sukrosa tambahan, iaitu Friso Gold! 

    Apa yang menariknya, susu ini mengandungi prebiotik GOS, bifido lactis dan nucleotides yang mampu menyokong sistem penghadaman yang sihat sekali gus bagus untuk usus dan perut kanak-kanak.9

    Dalam pada itu, ia turut kaya dengan DHA, AA, Omega-3, Omega-6 serta pelbagai lagi vitamin dan mineral yang penting bagi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

    Fakta

    Susu Friso Gold diperbuat daripada NOVAS Signature Milk yang mempunyai saiz molekul kecil serta lembut menjadikan ia mudah dihadam dan diserap oleh sistem penghadaman anak anda.

    Tambahan pula, ia diproses dengan menggunakan teknologi LocNutri dan ini mengekalkan 90% nutrien dalam setiap gelas susu Friso Gold.8 

    Dapatkan pek percubaan sehari susu Friso Gold secara percuma atau diskaun 50% bagi pek percubaan 6 hari di sini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 25/06/2024

    ad iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    ad iconIklan
    ad iconIklan