Ibu mana yang tak risau bila anak kerap alami masalah perut kembung dan keras. Sampai anda rungsing mencari cara hilangkan kembung perut itu? Usah bimbang ibu, sini Hello Doktor kongsikan 5 kaedah berkesan yang boleh anda cuba di rumah!
Anda pasti?
Ibu mana yang tak risau bila anak kerap alami masalah perut kembung dan keras. Sampai anda rungsing mencari cara hilangkan kembung perut itu? Usah bimbang ibu, sini Hello Doktor kongsikan 5 kaedah berkesan yang boleh anda cuba di rumah!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Mengalami kembung perut bukanlah perkara yang hanya dialami oleh individu dewasa sahaja, tetapi ia turut terjadi kepada kanak-kanak.
Kembung adalah keadaan ketika perut menjadi buncit dan berasa penuh/kekenyangan. Adakalanya situasi tersebut disertai dengan pengurangan membuang angin.
Secara umumnya, kekerapan normal untuk membuang angin bagi individu dewasa dan kanak-kanak adalah pada 14 hingga 23 kali sehari.
Anak-anak lebih mudah dan cenderung untuk mengalami masalah perut kembung dan keras disebabkan oleh organ pencernaan mereka yang belum berkembang sepenuhnya.
Biasanya keadaan kembung ini boleh terjadi kesan ketidakcernaan udara, pengambilan makanan atau minuman tertentu mahupun didasari oleh masalah pencernaan.
Semasa makan, minum bahkan bercakap, akan ada sedikit udara yang disedut masuk ke dalam tubuh, sekali gus menjadi punca kembung perut.
Makan dengan cepat turut boleh mengakibatkan peningkatan udara yang ditelan masuk ke tubuh.
Perasan tak anak yang kerap menangis selalunya mengalami kembung? Ini kerana tabiat tersebut juga akan mempengaruhi pengambilan udara.
Udara yang tertelan akan mengisi usus dan saluran pencernaan, akhirnya menyebabkan anak mengalami kembung perut.
Anak yang kerap tersedu juga berkemungkinan mempunyai kaitan dengan jumlah udara ditelan mereka.
Jadi apakah cara hilangkan kembung perut anak yang boleh ibu cuba di rumah?
Selain daripada perut yang buncit dan keras, apakah gejala lain yang boleh ibu kenalpasti untuk menentukan sama ada si kecil mengalami masalah kembung perut atau tidak?
Terdapat beberapa simptom yang boleh ibu lihat. Antaranya anak mungkin mengalami:
Sebelum mengetahui cara hilangkan kembung perut anak untuk ibu cuba di rumah, jom kita ketahui terlebih dahulu apakah faktor yang menyebabkan si kecil mengalami keadaan tersebut.
Selalunya kembung perut disebabkan oleh makanan atau minuman yang diambil, seperti:
Pengambilan makanan tinggi serat seperti kekacang, kubis dan bunga kubis.
Pengambilan minuman berkarbonat atau soda akan meningkatkan pengeluaran gas pada saluran pencernaan.
Gangguan ini adalah berkaitan dengan ketiadaan enzim yang memetabolisme laktosa dalam tubuh anak.
Sekiranya anak minum segelas susu atau mengambil produk tenusu yang mengandungi laktosa, tubuhnya tidak dapat mencerna atau memecahkan laktosa di dalam susu dengan betul.
Kesan daripada keadaan tersebut akan menyebabkan anak mengalami kembung atau cirit-birit.
Antara contoh jangkitan usus yang boleh menyebabkan anak mengalami masalah perut kembung dan keras adalah gastroenteritis.
Ia adalah jangkitan virus atau bakteria pada usus dan saluran penghadaman.
Merupakan kesukaran untuk membuang najis boleh mengakibatkan kembung kerana proses pembuangan yang terganggu.
Adakah kaedah berkesan boleh membantu mengatasi kembung?
Kebiasaannya masalah kembung yang dialami akan hilang dengan sendirinya jika anda dapat mengubah diet pemakanan anak untuk seketika.
Ibu boleh mencuba tip berikut:
Suapkan anak makan secara perlahan-lahan dan elakkan daripada memberikan jumlah makanan yang banyak sekali gus.
Berikan anak masa untuk mengunyah dengan secukupnya.
Kenapa mengelakkan penggunaan straw dianggap cara hilangkan kembung perut?
Tindakan ini boleh meminimumkan jumlah udara yang ditelan.
Kurangkan pengambilan makanan tertentu seperti makanan tinggi serat yang boleh meningkatkan pengeluaran gas.
Baca juga:
Biasanya masalah perut kembung dan keras disebabkan oleh makanan seperti:
Ibu juga boleh galakkan anak untuk melakukan aktiviti fizikal yang dapat membantu mengurangkan kembung kerana gas disingkirkan lebih mudah.
Jika wujud tanda-tanda yang membimbangkan pada anak seperti di bawah, bawa mereka untuk pemeriksaan doktor segera:
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen