5 cara tingkatkan imun badan di bawah ini adalah antara yang paling utama:
#1. Berikan anak lebih banyak buah-buahan dan sayuran
Buah-buahan dan sayuran bukan sahaja dapat menghentikan perkembangan penyakit, tetapi juga dapat menyembuhkan banyak penyakit dan meningkatkan sistem imun badan 1.
Kajian menunjukkan bahawa, pengambilan buah dan sayuran dapat memberikan perlindungan kepada sistem imun kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke bawah 2.
Selain itu, vitamin E yang terdapat dalam kebanyakan buah-buahan dan sayur juga dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, dan meningkatkan fungsi imun setelah kanak-kanak membesar kelak 3.
#2. Cara tingkatkan imun badan anak: Pastikan tidur mereka mencukupi
Tidur yang mencukupi juga sebenarnya boleh memberikan kesan terhadap peningkatan imun tubuh manusia.
Banyak kajian telah menunjukkan perkaitan antara jumlah tidur yang mencukupi dengan peningkatan fungsi imun.
Antaranya, kajian pada tahun 2012 ada menyatakan bahawa tidur dikaitkan dengan fungsi imun manusia 4.
Selain itu, tidur yang mencukupi juga diperlukan untuk mengekalkan integriti sistem neuro-imun-endokrin dalam tubuh 5.
#3. Bekalkan anak dengan makanan dan minuman berkhasiat
Makanan yang seimbang dengan protein, karbohidrat kompleks, lemak sihat serta buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan imuniti anak.
Selain itu, minuman seperti susu juga sangat penting sebagai cara tingkatkan imun badan anak.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen