home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Anak Gemar Makan Keju Tapi Ibu Tahu Tak Berapa Banyak Si Kecil Boleh Makan Sehari?

Anak Gemar Makan Keju Tapi Ibu Tahu Tak Berapa Banyak Si Kecil Boleh Makan Sehari?

Makanan berisi keju seperti piza, sering menjadi pilihan dalam pemakanan anak. Tetapi berapa jumlah pengambilan produk tenusu harian yang disarankan untuk kanak-kanak?

Kepelbagaian produk tenusu

Keju yang berbeza akan memberikan jumlah lemak, kalori, vitamin dan mineral berlainan.

Antara jenis keju yang ada di pasaran seperti parmesan, mozarella, keju kotej, keju krim tanpa lemak dan sebagainya.

Boleh terbayang keenakan keju, bukan?

Pun begitu, jangan dilupakan – keju boleh mengandungi lemak tepu yang tinggi, sebab itulah anda perlu mengawal saiz setiap hidangan yang diambil.

Keju termasuk dalam produk tenusu dan secara umumnya, keju dan makanan tenusu lain adalah sumber tenaga, protein, kalsium dan vitamin A yang baik.

Satu bahagian keju boleh menjadi salah satu daripada 3 hidangan susu dan hasil tenusu lain yang perlu diambil kanak-kanak setiap hari.

keju

Pengambilan produk tenusu harian

Dalam garis panduan pemakanan yang dikeluarkan Amerika Syarikat memberikan beberapa kejutan.

Salah satunya adalah kanak-kanak berusia 4 hingga 18 tahun tidak mengambil produk tenusu harian mengikut jumlah yang disyorkan.

Keadaan ini secara tidak langsung meletakkan kanak-kanak kepada risiko untuk mengalami kecederaan atau riket – penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin D mengakibatkan tulang menjadi lembut.

Pengambilan makanan atau minuman hasil tenusu adalah penting dalam diet pemakanan harian.

Ini kerana selain menjadi sumber karbohidrat, protein dan lemak, ia kaya dengan vitamin dan mineral, termasuklah kalsium dan vitamin D.

Penting untuk tumbesaran anak

Umumnya, kalsium dan vitamin D penting dalam semua peringkat kehidupan seseorang individu, khususnya kanak-kanak.

Kalsium diperlukan untuk menjaga tulang kuat. Manakala vitamin D mempunyai peranan penting untuk badan kita menyerap kalsium.

Jadi pengambilan susu mencukupi adalah penting bagi kanak-kanak yang aktif, terutamanya jika mereka bergelar atlet muda.

Kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia antara 4 hingga 8 tahun memerlukan 2.5 cawan hasil tenusu setiap hari.

Sementara anak yang berusia 9 hingga 18 tahun disarankan untuk mengambil 3 cawan tenusu sehari.

Bagi memenuhi saranan pengambilan produk tenusu harian untuk kanak-kanak dianggap perkara yang mudah kerana ia boleh diambil dalam pelbagai bentuk.

Antara hasil tenusu yang boleh menjadi pilihan adalah seperti susu, yogurt dan keju merupakan sumber kaya dengan kalsium.

Produk tenusu rendah lemak

Berdasarkan panduan pemakanan baharu, ibu bapa turut disarankan untuk memasukkan susu tanpa lemak atau rendah lemak.

Garis panduan tersebut mengesyorkan produk hasil tenusu tanpa lemak atau 1% berbanding 2% susu, susu penuh dan keju biasa kerana ia memberikan nutrien yang sama dan kurang lemak.

Saranan lain adalah untuk memilih susu dan yogurt lebih kerap daripada keju kerana kedua-duanya mengandungi kurang lemak tepu dan natrium, tetapi lebih tinggi kalium, vitamin A dan D.

Sekiranya anak mempunyai masalah intoleransi laktosa, berikan mereka susu, yogurt dan keju tanpa laktosa.

Pilihan ini tetap memberikan jumlah kalsium, vitamin D dalam kuantiti yang sama selain mineral lain.

Susu soya juga merupakan pilihan yang baik kerana ia diperkaya dengan kalsium, vitamin D dan pelbagai vitamin dan mineral.

produk tenusu

Diet pemakanan harian anak

Untuk membantu anak anda memenuhi pengambilan susu yang disyorkan, ibu boleh mencuba cadangan berikut:

Sarapan pagi

  • Susu tanpa lemak atau 1% lemak bersama bijirin sarapan, smoothie atau oat mahupun diminum sahaja
  • Yogurt tanpa lemak atau rendah lemak dan buah
  • Masukkan sekeping keju ke dalam hidangan masakan telur seperti telur dadar atau telur hancur

Makan tengah hari

  • Yogurt tanpa lemak atau rendah lemak
  • Sekotak susu tanpa lemak atau 1% lemak
  • Letakkan keju rendah lemak bersama sandwic
  • Keju rendah lemak dan biskut
  • Keju kotej rendah lemak dan buah

Makan malam

  • 1 cawan susu tanpa lemak atau 1% lemak
  • Masukkan keju rendah lemak bersama protein, salad, sayur-sayuran

Berapa usia sesuai perkenalkan keju kepada si manja?

Mesti ada ibu yang ingin mengetahui masa yang sesuai perkenalkan keju pada si kecil, bukan?

Sebaiknya anda bertanyakan kepada doktor sebelum memberikan keju kepada bayi apabila mereka sudah mula mengambil makanan pejal.

Ada pakar berpendapat keju selamat diberikan kepada bayi seawal usia 6 bulan.

Manakala sesetengah yang lain mengatakan lebih baik menunggu apabila si manja mencecah usia 8 hingga 10 bulan.

makanan pejal

Berdasarkan perkongsian daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), keju selamat diberikan dalam makanan harian anak ketika mereka berusia antara 7 hingga 8 bulan.

Walau bagaimanapun, untuk lebih kepastian dapatkan pandangan doktor mengenai panduan khusus bagi bayi anda kerana setiap anak mempunyai perkembangan yang unik dan berbeza.

Paling penting, ibu bapa disarankan untuk menunggu 3 hingga 5 hari sebelum menawarkan makanan baharu kepada bayi.

Dengan cara ini, ia dapat membantu anda untuk mengesan tanda-tanda intoleransi atau reaksi alahan makanan seperti cirit-birit atau ruam.

Perkenalkan keju dan produk tenusu

Keju dan produk tenusu lain adalah makanan berkhasiat untuk anak-anak anda.

Jika anda baharu bercadang untuk memperkenalkannya dalam diet pemakanan anak, mulakan dalam jumlah yang kecil tetapi menyeronokkan.

Paling penting, elakkan memaksa mereka untuk mencubanya.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak pada [date}
x