backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

7

Tanya Doktor
Simpan

Nak Bawa Anak Jumpa Pakar Pediatrik? Ini Tip Yang Boleh Anda Pertimbangkan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 17/01/2023

    Nak Bawa Anak Jumpa Pakar Pediatrik? Ini Tip Yang Boleh Anda Pertimbangkan

    Mendapatkan doktor pakar kanak kanak untuk hal berkaitan anak adalah yang terbaik, kerana mereka adalah expert. Namun bagaimana untuk memilih klinik pakar kanak kanak yang terbaik?

    Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui mengenainya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu doktor pakar kanak kanak?

    Pakar pediatrik adalah doktor pakar kanak kanak yang akan menguruskan segala hal atau isu yang berkaitan dengan kanak-kanak.

    Mereka ini telah dilatih untuk mendiagnosis dan merawat anak anda jika berlaku sebarang masalah tidak kira sekecil atau sebesar mana sekalipun.

    Kebolehan dan keupayaan mereka tidak usah anda ragukan kerana pakar pediatrik telah menjalani kursus perubatan berkaitan kesihatan kanak-kanak selama bertahun-tahun di sekolah perubatan.

    Selain itu, mereka juga pasti telah diiktiraf oleh kementerian atau persatuan kesihatan sesebuah negara sebelum boleh bergelar seorang doktor pakar kanak-kanak.

    Ini merupakan contoh tugas-tugas seorang pakar pediatrik:

    • Membuat pemeriksaan fizikal kanak-kanak
    • Memeriksa pertumbuhan, kelakuan dan skil kanak-kanak
    • Memberi suntikan vaksin kepada kanak-kanak
    • Mendiagnosis dan merawat sakit, infeksi, nutrisi, kecederaan dan pelbagai lagi masalah kesihatan kanak-kanak
    • Memberi maklumat kepada ibu bapa mengenai perkembangan kesihatan, keselamatan, nutrisi serta keperluan kecergasan kanak-kanak
    • Menjawab setiap soalan berkaitan dengan tumbesaran kanak-kanak.
    • Merujuk ibu bapa kepada pakar jika mereka beranggapan kanak-kanak memerlukan penjagaan yang lebih rapi daripada pakar

    Kategori doktor pakar kanak kanak

    doktor pakar kanak kanak

    Meskipun seorang pakar pediatrik sebenarnya adalah pakar dalam setiap isu kesihatan dan kelakuan kanak-kanak secara umumnya, mereka juga sebenarnya mempunyai bahagian pengkhususan masing-masing.

    Dalam bidang mereka, terdapat banyak kategori pakar pediatrik dan ini semua bergantung kepada kebolehan dan keupayaan mereka, seperti:

    • Pediatrik Kardiologi, salah satu bidang doktor pakar kanak kanak

    Pakar berkaitan dengan jantung kanak-kanak.

    • Pediatrik Gastroenterologi

    Pakar berkaitan dengan sistem pencernaan kanak-kanak.

    • Pediatrik Endokrinologi

    Pakar berkaitan dengan tumbesaran, akil baligh atau apa-apa gangguan berkenaan hormon dan kelenjar yang menghasilkannya dalam tubuh badan seorang kanak-kanak.

    • Pediatrik Nefrologi

    Pakar berkaitan dengan buah pinggang dan sistem urin kanak-kanak.

    • Pediatrik Pulmonologi, antara bidang doktor pakar kanak kanak

    Pakar berkaitan dengan paru-paru dan sistem pernafasan kanak-kanak.

    • Pediatrik Rheumatologi

    Pakar berkaitan dengan sistem autoimun dan imunisasi dalam tubuh badan kanak-kanak.

    • Pediatrik Hermatologi-Onkologi

    Pakar berkaitan dengan sistem darah kanak-kanak.

    • Pediatrik Neonatal-Perinatal

    Pakar menjaga dan merawat bayi pramatang dan bayi yang lahir tinggi risiko selepas kelahiran.

    • Pediatrik Penjagaan Kritikal, salah satu bidang doktor pakar kanak kanak

    Pakar menjaga dan merawat kanak-kanak kritikal atau tidak stabil akibat penyakit dan kecederaan.

    • Pediatrik Kecemasan

    Pakar menjaga dan merawat kanak-kanak berada di ruang kecemasan.

    • Pediatrik Penyakit Berjangkit

    Pakar menjaga dan merawat kanak-kanak menghidapi penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria, virus, kuman, parasit dan lain-lain jangkitan.

    • Pediatrik Hospital, doktor pakar kanak kanak

    Pakar menjaga dan merawat kanak-kanak sepanjang mereka berada di dalam hospital.

    • Pediatrik Penderaan Kanak-kanak

    Pakar menjaga dan merawat kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan tidak kira mental atau fizikal.

    • Pediatrik Kelakuan Kanak-kanak

    Membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah dengan kelakuan, termasuklah masalah pembelajaran, pemakanan dan ketidakupayaan semula jadi seperti autisme dan cerebral palsy.

    • Pediatrik Remaja

    Pakar untuk membantu remaja dalam lingkungan usia sehingga 21 tahun yang mempunyai masalah terutamanya fizikal, kelakuan dan kesihatan emosi, kehidupan sosial dan akademik.

    Ya, memang agak kompleks, bukan? Namun begitulah hakikatnya kategori-kategori seorang pakar pediatrik.

    Pun begitu, anda tidak perlu terlalu risau untuk membawa anak anda berjumpa doktor yang tepat dengan masalah anak anda kerana pada dasarnya mereka ini semua juga adalah seorang pakar yang bertugas di klinik pakar kanak kanak.

    Oleh itu, segera rujuk pakar-pakar ini untuk menyelesaikan apa-apa masalah berkaitan dengan kesihatan dan kelakuan anak anda.

    Tip memilih doktor pakar kanak kanak

    doktor pakar kanak kanak

    Sebelum anda ingin membuat keputusan memilih doktor pediatrik terbaik untuk anak anda, berjumpa secara bertentang mata dengan doktor pediatrik tersebut terlebih dahulu. 

    Dengan perjumpaan kali pertama ini penting tersebut, kerana ia mungkin dapat membantu anda membuat keputusan apabila memilih pediatrik untuk anak anda.

    Apa yang perlu anda perhatikan dalam memilih doktor pakar kanak kanak?

    Waktu menunggu sebaiknya digunakan untuk anda memandang sekeliling kawasan klinik atau hospital. Perhatikan perkara-perkara berikut:

    Kebersihan: Ruangan menunggu perlu bersih dan teratur. Jangan lupa untuk memerhatikan bilik pemeriksaan untuk melihat sama ada ia selamat dan menepati piawaian kebersihan.

    Kemesraan: Sesetengah ibu bapa mungkin inginkan seseorang doktor yang mesra dan banyak bercerita. Sementara, ada juga ibu bapa yang mencari doktor sebaliknya, iaitu yang lebih berterus terang dan profesional.

    Personaliti kakitangan: Anda boleh melihat cara staf berinteraksi dengan doktor dan cara pendekatan mereka kepada anda di situ.

    Lokasi: Klinik atau hospital yang dekat dengan rumah adalah lebih baik berbanding dengan anda memilih doktor yang jauh dari tempat tinggal anda.

    Masa menunggu: Lihat bilangan kanak-kanak yang masih menunggu di klinik tersebut. Ini boleh membantu anak melihat sama ada mereka terlebih pesakit ataupun tidak.

    Baca juga:

    Tip membuat janji temu dengan pakar pediatrik 

    Berikut merupakan tip membuat janji temu dengan pakar pediatrik:

    #1. Jadualkan janji temu pada waktu pagi atau tengah hari

    Anda perlu melakukan ini kerana kebanyakan doktor selalunya akan menepati tepat masa, jadi anda dapat menjimatkan masa anda menunggu.

    Dan jika boleh, elakkan janji temu pada hari Isnin dan Jumaat yang merupakan hari paling sibuk bagi setiap tempat kerja.

    #2. Manfaatkan perjumpaan anda dengan doktor pakar kanak kanak

    Tanyakan pada doktor mengenai perkara atau masalah yang paling penting dahulu. Jangan terlalu malu untuk membangkitkan apa-apa persoalan atau kebimbangan.

    Sebaiknya, berterus terang dengan mereka untuk mendapatkan jawapan yang akan memuaskan hati anda.

    Jika anda memerlukan perbincangan yang lebih lama dan mendalam, minta doktor untuk menyediakan slot yang lebih panjang dan lama untuk anda dan anak.

    #3. Bawa sendiri permainan

    Jika anda sudah tahu bahawa lawatan berjumpa doktor itu akan memberi tekanan kepada anak anda, ingat untuk bawa mainan patung kegemaran anak anda untuk memastikan mereka kekal tenang.

    Jadi, anda sebagai ibu bapa sendiri perlu bersedia sebelum membawa anak anda berjumpa doktor pakar kanak kanak bagi mengelakkan sebarang ketidakselesaan kepada semua pihak.

    Klinik pakar kanak kanak di Malaysia

    Di seluruh Malaysia, terdapat banyak klinik pakar kanak kanak yang menyediakan khidmat pakar pediatrik yang terbaik.

    Pun begitu, agak mustahil untuk menyenaraikan kesemua klinik pakar kanak kanak yang terdapat di Malaysia.

    Jadi, berikut merupakan senarai klinik pakar kanak kanak yang terdapat di sekitar kawasan Lembah Klang dan juga Shah Alam:

    Senarai klinik pakar kanak kanak di sekitar Lembah Klang

    • Klinik Kanak kanak Ong Sdn Bhd

    Alamat: No 34, Jalan Mamanda 7 Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang

    • Klinik Kanak kanak Pauline

    Alamat: 42 Jalan Hujan Rahmat 2, Overseas Union Garden, 58200 KL

    • Dr. Chin’s Children Specialist Clinic

    Alamat: 3-18, Jln Desa 2/2, Desa Aman Puri, 52100 Kepong

    • Baby and Beyond Clinic (Bangsar)

    Alamat : 3F-5, Level 3, Bangsar Village II, 2 Jalan Telawi Satu, Bangsar Baru, 59100 KL

    • Klinik Pakar Kanak kanak Chye

    Alamat: 41, Jalan USJ 10/1F, USJ 10, 47620 Subang Jaya

    • Klinik Pakar Kanak-Kanak & Keluarga Liang

    Alamat: Unit G02, Block A, Perdana Condominium No 15, Jalan PJU8/1, Bandar Damansara Perdana, 47820 PJ

    • Klinik Pakar Kanak kanak Kota Kemuning

    Alamat: No. 5G, Jalan Anggerik Vanilla X31/X, Kota Kemuning, Shah Alam, 40460 Shah Alam

    • Klinik Pakar Kanak kanak Little One

    Alamat: No. 5, Jalan Usj 9/3F, 47620 Subang Jaya

    doktor pakar kanak kanak

    Senarai klinik pakar kanak kanak di sekitar Shah Alam

    • Klinik Ajwa

    Alamat :  20, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

    Nombor telefon: 03-5510 6258

    • Klinik Soraya

    Alamat:  6, Jalan Cendana 3/13b, Seksyen 3, 40000 Shah Alam, Selangor

    Nombor telefon: 03-5519 2976

    • Klinik Dr. Arisah

    Alamat: Subang Bestari, 40150 Shah Alam, Selangor

    Nombor telefon: 03-7859 6816

    • Klinik Pediatrik Adek

    Alamat : Jalan Tengku Ampuan Zabedah G 9/G, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

    Nombor telefon: 03-5880 7694

    • Klinik Pakar Kanak kanak Denai Alam

    Alamat: 25-1 Jalan Elektron J, U16/J Seksyen U16 Denai Alam 40160 Shah Alam

    Nombor telefon: 03-7832 3364

    • Klinik Pakar Kanak kanak Izzu @  Izzu Child Specialist Clinic

    Alamat: NO. 3-G, 06, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

    Nombor telefon: 03-7831 1181

    • Klinik Pakar Kanak kanak Dr Toh

    Alamat: 13, Jalan Setia Prima A U13/A, Batu 5 1/2, 40170 Shah Alam, Selangor

    Nombor telefon: 03-3344 2281

    • SALAM Shah Alam Specialist Hospital

    Alamat: 2, Jalan Nelayan 19/B, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor

    Nombor telefon: 03-5543 4000

    • Hospital Umra

    Alamat: No. 14-18,Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, Shah Alam, 40100, Shah Alam, Selangor, 40100

    Nombor telefon: 03-5518 4319

    • AVISENA Specialist Hospital

    Alamat: 4, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

    Nombor telefon: 03-5515 1888

    • Doktor pakar kanak kanak di KPJ Selangor Specialist Hospital

    Alamat: Jalan Singa 20/1, Seksyen 20, 40300 Shah Alam, Selangor

    Nombor telefon: 03-5543 1111

    • Columbia Asia Extended Care Hospital

    Alamat: Lot 2, Jalan Baung 17/22, Section 17, Section 17, 40200 Shah Alam, Selangor

    Nombor telefon : 03-5541 7833

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan