
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, klik di sini.
Sempena Bulan Jantung Sedunia dan selaras dengan tema Persekutuan Jantung Sedunia bagi tahun 2026, “Don’t Miss A Beat”, Nestlé® Omega Plus memperkukuh usaha pendidikan, saringan dan pencegahan kesihatan jantung dalam kalangan golongan muda Malaysia bersama Yayasan Jantung Malaysia (YJM), Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Nestlé® Omega Plus melancarkan inisiatif ini bagi menangani kebimbangan yang semakin meningkat mengenai risiko kardiovaskular dalam kalangan golongan muda di Malaysia. Walaupun penyakit jantung sering dikaitkan dengan golongan berusia, faktor risiko kardiovaskular boleh muncul lebih awal dan kerap berlaku tanpa disedari.
Felo Klinikal Kardiologi Institut Jantung Negara, Dr Fa’iz Mashood berkata, “Dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan terdapat jurang kesedaran yang membimbangkan dalam kalangan golongan muda Malaysia, dengan anggaran 95% kes kolesterol tinggi, 80% kes hipertensi dan 84% kes diabetes masih belum didiagnosis. Tinjauan itu turut mendapati bahawa dua daripada lima orang dewasa di Malaysia tidak menjalani saringan kesihatan pada tahun lalu, lazimnya kerana mereka tidak mengalami sebarang gejala.”
Antara penyakit kardiovaskular ialah sakit jantung, strok, penyakit arteri koronari, aritmia dan penyakit arteri periferi. Bagi mengurangkan risiko kardivaskular tersebut, berikut antara perkara yang anda boleh lakukan:
Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai kempen yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk dapatkan 10,000 langkah setiap hari untuk menggalakkan diri kekal aktif dan membantu mengurangkan risiko kardiovaskular tinggi.
Perunding Kanan Dietetik Institut Jantung Negara, Foong Pui Hing berkata, “Pemakanan sihat merupakan asas kepada kesihatan jantung untuk jangka panjang. Pilihan makanan harian yang memberi tumpuan kepada diet seimbang dan kaya dengan nutrien dapat membantu menyokong kesihatan jantung apabila diamalkan secara konsisten. Ini termasuk corak pemakanan yang merangkumi sayur-sayuran dan buah-buahan segar, bijirin penuh, ikan dan minyak tidak tepu, di samping mengehadkan pengambilan makanan yang diproses secara berlebihan.”
Tidak lengkap rasanya tanpa sokongan pelbagai pihak bagi menambah bilangan individu yang aktif dan sihat. Oleh itu, pendidikan, saringan kesihatan dan langkah pencegahan haruslah dapat diakses dengan mudah oleh masyarakat.

Menerusi kempen Nestlé® Omega Plus Walk A Million Miles setiap tahun serta kerjasama berterusan dengan YJM dan IJNF, program ini telah menyokong 98,593 saringan kesihatan pada tahun 2025. Nestlé® Omega Plus turut menyasarkan untuk menggandakan jumlah saringan tersebut menjelang tahun 2027.
Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan ini, Nestlé® Omega Plus akan terus memberikan sumbangan tahunan sebanyak RM100,000 kepada YJM dan RM100,000 kepada IJNF bagi menyokong usaha memperluaskan program kesedaran, pendidikan dan saringan kesihatan jantung.
Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols berkata, “Usaha menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat tidak hanya tertumpu pada peningkatan kesedaran. Dengan kerjasama YJM dan IJNF, kami dapat membantu lebih ramai golongan muda Malaysia mendapat akses kepada pendidikan, saringan kesihatan dan sokongan pencegahan berkaitan dengan kesihatan jantung. Seiring dengan usaha kami memperluaskan kempen Nestlé® Omega Plus Walk A Million Miles, kami juga komited untuk menyediakan penyelesaian praktikal yang memudahkan orang ramai membuat pilihan yang lebih sihat dalam kehidupan seharian.”

Sehubungan itu, Nestlé® Omega Plus turut memperluaskan rangkaian produk yang menyokong kesihatan jantung menerusi produk Nestlé® Omega Gold UHT, pilihan yang praktikal dan mudah dinikmati, khususnya untuk golongan dewasa yang berkerjaya dan sentiasa sibuk.
Nestlé® Omega Gold UHT menawarkan tiga manfaat pemakanan: 1.2g sterol tumbuhan ActiCol® yang membantu menurunkan kolesterol, kalium yang menyokong tekanan darah normal, serta inulin yang membantu mengawal glukosa darah, apabila diambil seperti yang disarankan sebagai sebahagian daripada diet seimbang dan gaya hidup yang sihat.
Bagi anda yang berminat, cabaran maya Nestlé® Omega Plus Walk A Million Miles akan berlangsung dari 1 September hingga 31 Oktober 2026, manakala acara berjalan kaki secara fizikal akan diadakan pada 19 September 2026 di Putrajaya.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Institut Kesihatan Umum, Kementerian Kesihatan Malaysia. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023: Laporan Teknikal Penyakit Tidak Berjangkit dan Permintaan Penjagaan Kesihatan, 2024. https://iku.nih.gov.my/images/nhms2023/penemuan-utama-nhms-2023.pdf . Diakses 17 Sept 2026
Cardiovascular Disease. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21493-cardiovascular-disease . Diakses 17 Sept 2026
Strategies to prevent heart disease . https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/in-depth/heart-disease-prevention/art-20046502 . Diakses 17 Sept 2026
Kempen Berjalan 10,000 Langkah. https://infosihat.moh.gov.my/penerbitan-projek-khas/berjalan-10-000-langkah.html . Diakses 17 Sept 2026
Versi Terbaru
18/09/2026
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Annes Nadia
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor