Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Risiko Bayi Lahir Awal? Kenali 8 Tanda Kelahiran Pramatang Ini Segera!
Kelahiran pramatang berlaku apabila tubuh anda mula bersedia untuk melahirkan bayi tiga minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin anda. Kehamilan cukup bulan sepatutnya berlangsung sehingga 40 minggu usia kehamilan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Punca bayi pramatang
Risiko kelahiran tidak cukup bulan berbeza bergantung kepada keadaan. Terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko anda untuk bersalin pramatang, seperti:
Mempunyai sejarah keluarga yang bersalin pramatang
Mengandung terlalu awal selepas kelahiran terdahulu
Simptom kelahiran pramatang
Ada simptom yang boleh menjadi petunjuk awal kelahiran pramatang.
Semasa kehamilan, anda perlu mengesan simptom berikut secepat mungkin:
Sakit belakang, selalunya pada bahagian bawah belakang (pinggang). Ini mungkin berlaku sekejap-sekejap atau berterusan, tetapi ia tidak akan lega sehingga anda menukar posisi atau melakukan sesuatu yang menyelesakan anda.
Kejang pada bawah abdomen atau seperti sakit senggugut. Ini boleh rasa seperti sakit angin yang boleh diikuti dengan cirit-birit.
Keluar cecair dari faraj.
Simptom seperti flu, contohnya loya, muntah, atau cirit-birit. Hubungi doktor anda walaupun jika anda mengalami kes ringan. Jika simptom berlanjutan selama lebih 8 jam, anda mesti berjumpa dengan doktor.
Tekanan dalam pelvis atau faraj meningkat.
Pengeluaran lendir faraj meningkat.
Pendarahan faraj, termasuklah pendarahan ringan.
Bila anda perlu jumpa doktor
Jika anda mengalami sebarang tanda atau simptom kelahiran pramatang, anda disarankan untuk menghubungi doktor anda dengan segera.
Jika kelahiran pramatang tidak boleh dihentikan, bayi anda akan lahir tidak cukup bulan. Ini boleh menimbulkan banyak masalah kesihatan, seperti bayi lahir dengan rendah berat badan, mengalami kesukaran pernafasan, organ tidak terbentuk sempurna dan masalah penglihatan.
Kanak-kanak yang lahir pramatang juga mempunyai risiko lebih tinggi dalam ketidakupayaan pembelajaran dan masalah tingkahlaku.
Pencegahan
Cuba tip berikut untuk membantu merendahkan peluang kelahiran pramatang:
Ikuti diet sihat. Semasa hamil, anda memerlukan lebih asid folik, kalsium, zat besi dan nutrien penting lain.
Elakkan bahan berisiko. Jika anda merokok, anda perlu berhenti dengan segera kerana merokok boleh menjadi pencetus kelahiran pramatang.
Pertimbangkan untuk menjarakkan kehamilan. Kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara jarak kehamilan yang kurang daripada enam bulan dengan peningkatan risiko lahir pramatang.
Dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan ubat atau teknologi bantuan reproduktif (ART).
Jika terdapat sebarang keraguan mengenai keadaan kandungan, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Preterm labor. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/preterm-labor/basics/definition/con-20035359. Accessed September 6th, 2016.
Premature labor. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/labor-and-birth/premature-labor/. Accessed September 6th, 2016.
Symptoms of preterm. https://www.nichd.nih.gov/health/topics/preterm/conditioninfo/symptoms. Accessed September 6th, 2016.
Preterm labor and birth. https://www.acog.org/womens-health/faqs/preterm-labor-and-birth. Accessed September 6th, 2016.
Preterm labor. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=preterm-labor-90-P02497. Accessed September 6th, 2016.
Versi Terbaru
26/08/2025
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim