backup og meta

Punca Berlakunya Sindrom Kematian Bayi Mengejut

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/01/2023

    Punca Berlakunya Sindrom Kematian Bayi Mengejut

    Apakah yang dimaksudkan dengan sindrom kematian bayi mengejut?

    Sindrom kematian bayi mengejut atau sudden infant death syndrome (SIDS) adalah kondisi kematian bayi yang tidak diketahui puncanya ketika bayi tersebut berumur kurang daripada setahun. Sindrom ini kerap dan banyak meragut nyawa bayi ketika mereka sedang tidur di tempat tidur mereka.

    Walaupun masih tidak dapat dipastikan punca utama sindrom ini berlaku, para pengkaji telah menemui sindrom ini sebenarnya mempunyai hubungan dengan kondisi otak bayi yang tidak normal. Ini kemudiannya akan menyebabkan bayi mengalami kesukaran untuk bernafas atau arousal ketika tidur.

    Pelbagai punca berlakunya sindrom kematian bayi mengejut

    Berikut merupakan pecahan utama faktor-faktor yang menyumbang kepada kenaikan risiko berlakunya sindrom ini:

    Faktor fizikal

    Kondisi otak yang tidak normal: Ini akan merupakan penyebab utama otak bayi tidak dapat berkembang sepenuhnya lalu mengakibatkannya tidak mampu mengawal pernafasan dan arousal ketika sedang tidur. Faktor ini merupakan antara punca utama berlakunya sindrom ini. Ibu bapa serta doktor juga malangnya tidak mampu untuk berbuat apa-apa untuk menyelamatkan bayi tersebut jika faktor ini terjadi kepada bayi.

    Kelahiran bayi kurang berat badan: Bayi pramatang atau kelahiran berganda juga merupakan antara punca utama berlakunya SIDS. Ini turut menyebabkan bayi yang kurang berat badan untuk mengawal proses automatik iaitu pernafasan dan degupan jantung. Disebabkan ini, bayi tersebut malangnya akan meninggal dunia akibat SIDS.

    Infeksi pernafasan: Kebanyakan bayi yang meninggal akibat SIDS mungkin sebenarnya mengalami selesema ketika saat kematian. Masalah pernafasan mungkin didalangi oleh infeksi pernafasan seperti selesema. Bayi yang mengalami kondisi ini juga berisiko tinggi terhadap serangan sindrom ini.

    Faktor persekitaran tempat tidur

    Tidur mengiring atau meniarap: Bayi yang tidur dalam keadaan seperti ini akan mengalami kesukaran untuk bernafas berbanding bayi yang tidur menelentang.

    Tidur pada permukaan yang lembut: Anda tidak seharusnya membiarkan anak anda tidur dalam keadaan muka mereka tertelungkup pada tempat tidur atau diselimuti oleh kain pada bahagian kepalanya. Ini sangat berisiko menghalang aliran udara lantas menyebabkan sesak nafas.

    Tidur bersama ibu bapa: Sekiranya bayi tidur di tempat yang sama dengan ibu bapa, risiko berlakunya sindrom ini akan meningkat kerana terdapat banyak risiko yang mungkin menyebabkan pernafasan mereka dihalang atau terhenti.

    Faktor risiko

    Terdapat beberapa faktor yang mampu meningkatkan risiko bayi diserang sindrom kematian bayi mengejut, iaitu:

    Jantina: Bayi lelaki lebih berisiko diserang SIDS.

    Usia: Bayi yang berumur dua atau tiga bulan berisiko meninggal akibat SIDS.

    Bangsa: Walaupun para pengkaji masih tidak mampu untuk menjelaskan faktor risiko ini, mereka juga hampir pasti bahawa bangsa India Amerika, Alaska serta Afrika lebih berisiko menghidapi SIDS.

    Sejarah keluarga: Sekiranya ada adik-beradik, sepupu dan lain-lain yang kematian anak akibat SIDS, anda mungkin juga akan mengalaminya.

    Perokok pasif: Bayi yang terpaksa tinggal bersama perokok berisiko tinggi menghidap SIDS.

    Faktor kehamilan: Semasa tempoh kehamilan, sekiranya ibu yang hamil itu berumur kurang 20 tahun, merokok, menggunakan dadah, minum alkohol serta tidak cukup penjagaan pranatal, mereka lebih berisiko kehilangan bayi mereka akibat serangan SIDS.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan