Ada masanya, Malaysia mengalami cuaca panas yang melampau sehingga boleh menyebabkan berlakunya strok haba. Jadi teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui tip kekal sihat pada musim panas.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group
Ada masanya, Malaysia mengalami cuaca panas yang melampau sehingga boleh menyebabkan berlakunya strok haba. Jadi teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui tip kekal sihat pada musim panas.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Habit Sihat, sila dapatkannya di sini.
Seperti yang dapat diperhatikan, cuaca di negara kita pada ketika ini agak panas dengan suhu yang juga tinggi dan mampu mencecah sehingga 40 darjah celsius.
Walaupun ada segelintir individu yang menyukai cuaca sebegini terutamanya pelancong asing, ia sebenarnya akan mendatangkan pelbagai kemudaratan kepada kesihatan kita.
Paling menakutkan, cuaca sebegini boleh menjadi punca terjadinya strok haba (heat stroke).
Ia adalah sejenis penyakit yang mempunyai kaitan dengan haba dan merupakan kategori yang paling serius.
Penyakit ini akan menyebabkan kegagalan mekanisme peraturan suhu badan (thermoregulation) dan boleh mengundang maut.
Paling penting, anda perlu sentiasa kekal berhidrasi. Untuk itu, anda perlu banyak minum air putih tanpa mengira tahap aktiviti fizikal seharian anda.
Selain itu juga, anda juga boleh minum air isotonik untuk menggantikan garam dan mineral yang keluar melalui peluh.
Kebanyakan individu akan menganggap semua air adalah sama dan kerap minum air ketika musim panas adalah keputusan yang betul.
Namun begitu, anda juga perlu tahu bahawa air berkafein, bergula atau beralkohol adalah tidak bagus untuk kesihatan terutamanya ketika musim panas.
Ini kerana minuman sebegini hanya akan mengakibatkan individu kerap membuang air kecil lalu menyebabkan kekurangan cecair dalam badan.
Baca juga:
Antara tips cuaca panas perlu dilakukan oleh individu ketika musim panas adalah lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti luar. Ini bertujuan melindungi anda daripada panas dan terik cahaya matahari.
Ambil peluang ini untuk memanjakan diri anda dan berehat di hadapan kipas atau penyaman udara di dalam rumah.
Bagi memastikan kulit anda kekal gebu, bersih, sihat dan dilindungi sepanjang musim panas ini, anda boleh sapukan losyen pada kulit. Gunakan losyen ‘sunblock’ bagi mengelakkan kulit anda terbakar.
Anda tidak sepatutnya duduk di dalam kenderaan terutamanya yang tidak mempunyai penyaman udara untuk waktu yang lama.
Ini kerana bahang yang terkumpul di dalam kenderaan boleh mendatangkan kemudaratan buat anda.
Pakaian yang tebal, ketat dan berwarna gelap hanya sesuai dipakai ketika musim sejuk atau waktu malam. Ia tidak sesuai dipakai ketika matahari berada tegak di atas kepala.
Oleh itu, pakailah pakaian yang ringan, longgar dan berwarna terang ketika musim panas ini.
Selain pakaian, gunakan aksesori seperti topi atau payung bagi melindungi anda daripada panas dan terik cahaya matahari.
Rancang aktiviti seharian anda seeloknya bagi meminimakan pendedahan anda terhadap panas dan terik cahaya matahari.
Jika berlaku sebarang masalah pada kulit atau kesihatan anda secara umumnya, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen