What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Definisi & Fungsi 8 Jenis Organ Dalaman Utama Manusia, #7 Kurang Popular?

    Definisi & Fungsi 8 Jenis Organ Dalaman Utama Manusia, #7 Kurang Popular?

    Ada banyak organ dalaman manusia atau dikenali sebagai viscera dalam istilah perubatan.

    Kita mungkin kerap mendengar mengenai kewujudan organ-organ ini tetapi tahukah anda apakah fungsinya? Jom baca artikel untuk tahu lebih lanjut!

    Ini definisi & fungsi organ dalaman kita semua!

    organ dalaman manusia

    #1. Otak

    Tanpa otak, manusia tidak boleh hidup. Fungsi organ ini bukan sekadar berfikir dan membuat keputusan tetapi ia juga berperanan mengawal banyak fungsi dan pergerakan organ lain.

    Otak dihubungkan dengan batang otak dan urat saraf tunjang. Dari urat saraf tunjang, urat saraf dihubungkan ke bahagian tubuh berbeza. Otak menerima dan memberi isyarat ke seluruh tubuh melalui jaringan ini.

    Setiap bahagian otak mempunyai fungsi tertentu. Contohnya, bahagian oksipital (belakang) mengawal penglihatan dan temporal (tepi) pula pendengaran. Jika berlaku kecederaan, simptom yang dialami mengikut bahagian yang terjejas.

    #2. Paru-paru

    Apa lagi fungsi utamanya kalau bukan untuk bernafas. Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida dilakukan oleh organ ini.

    Oksigen seterusnya dibawa ke seluruh tubuh untuk menghasilkan tenaga. Selain itu, paru-paru juga terlibat dalam menghasilkan hormon tertentu.

    organ dalaman manusia

    Organ dalaman manusia #3. Jantung

    Kerosakan pada fungsi organ ini merupakan punca kematian nombor satu di dunia, iaitu penyakit jantung iskemik.

    Berdegup lebih 86,000 kali sehari tanpa henti, organ bersaiz penumbuk ini mengepam darah ke seluruh sel tubuh untuk membolehkan darah yang mengandungi oksigen serta nutrien berbeza sampai ke sel tersebut.

    Organ dalaman manusia #4. Hati

    Hati (liver) bukan jantung. Ia merupakan organ paling besar di dalam abdomen.

    Terletak di sebelah atas kanan abdomen, ia mempunyai banyak fungsi termasuk menyahtoksik bahan kimia dan ubat-ubatan, menghasilkan cecair hempedu, dan membuat protein untuk kegunaan berbeza seperti pembekuan darah.

    Disebabkan saiznya yang besar, ia paling mudah mengalami kecederaan jika berlaku trauma pada abdomen.

    #5. Perut

    Istilah perut (luaran) yang kita gunakan seharian tidak sama dengan organ dalaman perut. Ia terletak di bahagian atas kiri, berhubung dengan esofagus (kerongkong) di bahagian atas dan usus kecil (duodenum) di bahagian bawah.

    Sebagai sebahagian dari sistem penghadaman, perut memainkan peranan khusus sebagai tempat menyimpan makanan, menukarkan tekstur makanan kepada separa pepejal, dan melepaskan enzim serta asid untuk menghadam makanan serta membunuh bakteria tertentu.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    #6. Usus

    Selepas makanan berada di dalam perut, ia akan beralih ke usus kecil dan besar.

    Daripada namanya kita sudah tahu bahawa usus kecil mempunyai diameter yang lebih kecil tetapi lebih panjang berbanding usus besar.

    Secara ringkas, usus kecil berperanan menyerap nutrien, manakala usus besar menyerap air dan menghasilkan najis untuk dibuang.

    Organ dalaman manusia #7. Ginjal

    Ginjal atau buah pinggang terletak di dalam abdomen secara berpasangan di sebelah kiri dan kanan.

    Selain menapis dan menghasilkan air kencing, ia juga mempunyai peranan dalam menghasilkan hormon tertentu.

    Anda boleh hidup dengan satu ginjal. Sebab itu, menderma organ ini semasa hidup adalah tidak mustahil.

    #8. Pundi kencing

    organ dalaman manusia

    Selepas air kencing dihasilkan oleh ginjal, ia akan disimpan di dalam pundi kencing. Organ ini boleh menyimpan sehingga 600 ml air kencing.

    Kebiasaannya, rasa ingin membuang air kencing bermula apabila mencapai isipadu 150 ml.

    Ini hanya sebahagian dari organ dalaman manusia yang utama kerana banyak lagi organ lain yang tidak disebutkan dalam artikel ini.

    Disebabkan semua organ ini saling berkait antara satu sama lain, gangguan pada satu organ akan turut menjejaskan fungsi organ lain.

    health-tool-icon

    Kalkulator BMI

    Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

    Lelaki

    Wanita

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 4 minggu lalu
    Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor