home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Hati Hati Penggunaan 'Baby Sleeper' Buat Si Manja, Boleh Berisiko Sebabkan Kematian!

Hati Hati Penggunaan 'Baby Sleeper' Buat Si Manja, Boleh Berisiko Sebabkan Kematian!

Jika anda adalah seorang ibu, kami ingin bertanya sedikit, bagaimana cara tidurkan bayi tanpa buaian yang anda guna? Adakah anda masih menggunakan buaian kini, atau tilam mahupun baby sleeper?

Adakah anda tergolong dalam kalangan salah seorang daripada ibu bapa yang menggunakan pilihan ketiga iaitu baby sleeper? Jika jawapannya adalah ya, singkirkan pilihan ketiga tersebut bermula hari ini!

Ini kerana ada sesuatu yang kurang menyenangkan mengenai baby sleeper yang perlu anda tahu.

Cara tidurkan bayi tanpa buaian: Baby sleeper dikaitkan dengan risiko kematian bayi

cara tidurkan bayi tanpa buaian
Kredit gambar: Today

Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat (CPSC) teleh mengeluarkan amaran agar ibu bapa tidak menggunakan baby sleeper sebagai cara tidurkan bayi tanpa buaian di rumah.

Amaran ini susulan kajian dan penarikan balik produk yang menunjukkan 73 kematian baby berlaku telah dikaitkan dengan baby sleeper!

Pakar pediatrik menyatakan bayi sepatutnya tidur di atas permukaan yang rata. Kajian dan siasatan telah menunjukkan bahawa sejumlah bayi yang meninggal dunia semasa tidur adalah disebabkan baby sleeper atau bassinet yang membuatkan mereka tidur bukan di atas permukaan yang rata. K

ajian mencadangkan bahawa keadaan baby sleeper yang mempunyai kecondongan dalam sudut tertentu memberikan risiko untuk baby maut apabila baby tersebut bergolek dan seterusnya tidak mampu bernafas.

Cara tidurkan bayi tanpa buaian: Penarikan kembali produk baby sleeper

Ini menyebabkan syarikat pengeluar baby sleeper seperti Fisher-Price telah menarik balik kesemua poduk baby sleeper mereka pada bulan April yang lalu.

Begitu juga dengan produk daripada Eddie Bauer dan Disney yang turut memanggil kembali produk mereka daripada pasaran pada bulan Ogos 2019.

Sebelum ini, syarikat Fisher-Price telah berjaya menjual sebanyak 4.7 juta baby sleeper sejak tahun 2009.

Baby sleeper yang dihasilkan daripada syarikat mereka merupakan idea daripada seorang jurutera syarikat yang menjadikan Fisher-Price merupakan satu-satunya syarikat yang menjual produk tersebut pada ketika itu.

Jurutera mereka percaya bahawa, kenaikan sudut tertentu yang direka pada baby sleeper tersebut boleh membantu bayi untuk tidur dengan lebih mudah. Ia merupakan satu produk yang sangat hit pada ketika itu, namun kini ia sangat membahayakan keselamatan baby.

Bagaimana pula dengan car seat? Adakah ia cara tidurkan bayi tanpa buaian yang sesuai?

Menurut Dr. Emily A. Thomas, seorang jurutera keselamatan automotif di CR’s Auto Test Center, anda boleh membiarkan bayi untuk tidur dalam car seat bagi tempoh yang pendek selagi mana ia digunakan dengan cara yang betul.

Antara perkara yang mungkin anda perlu tahu mengenai hal ini ialah:

Pertama, sudut bagi baby car seat yang menghadap hadapan kereta telah diuji secara meluas dan ia amat penting bagi melindungi kepala dan tulang belakang bayi jika berlakunya sebarang perlanggaran.

Kedua, baby car seat sama ada jenis kekal atau boleh ditukar menjadi stroller, digunakan di bawah pengawasan anda sepenuh masa. Ia tidak digunakan untuk menidurkan bayi anda pada waktu malam tanpa sebarang pengawasan.

Ketiga, baby car seat telah direka dengan melibatkan sistem manfaat lima bintang. Ia adalah satu sistem yang mengekalkan posisi yang selamat dan betul untuk bayi anda.

Bayi tidak perlu mendongak atau mengangkat kepala mereka untuk terus bernafas selain mengelakkan kepala mereka daripada terlangkup.

Baby car seat bukan sahaja direka untuk melindungi bayi dalam sebarang perlanggaran atau kemalangan, malah ia juga dapat memastikan keselamatan bayi anda jika mereka tertidur dalam car seat tersebut, tergelongsor ke bawah dan juga jika aliran udara terhalang atau rendah.

Menurut Ben Hoffman, pengerusi jawatankuasa eksekutif American Academy of Pediatrics Council on Injury, Violence, and Poison Prevention, kesemua data juga menunjukkan hasil yang sama.

Menurut beliau, kesemua data yang mereka perolehi berkenaan car seat ini menunjukkan bahawa car seat tidak merisikokan keselamatan bayi jika bayi tertidur di dalamnya dalam tempoh yang pendek dan digunakan mengikut langkah yang diarahkan.

Saranan CPSC

CPSC telah menyarankan agar ibu bapa atau penjaga untuk berhenti daripada menggunakan baby sleeper yang akan menyebabkan bayi berbaring pada sudut lebih daripada 10 darjah.

Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko sindrom kematian bayi secara mengejut (SIDS). Tambahan lagi, semasa produk baby sleeper ini direka buat pertama kali, ia tidak mendapat penilaian daripada pakar pediatrik dan rekaannya bertentangan dengan cadangan daripada American Academy of Pediatrics berkenaan tidur yang selamat.

Selain itu, semasa pengujian produk yang dilakukan pada tahun 2009, Fisher-Price hanya bekerjasama dengan doktor keluarga, dan bukannya dengan pakar pediatrik untuk menentukan keselamatan produk yang mereka hasilkan.

Kesimpulannya, bagi menidurkan baby anda selepas ini, baringkan mereka hanya pada permukaan yang rata kerana itulah kaedah yang amat disarankan.

Ini untuk mengelakkan bayi daripada sukar bernafas apabila mereka bergolek atau telungkup.

Jika anda baringkan bayi anda di dalam baby sleeper yang mempunyai kecondongan darjah yang lebih tinggi, bayi anda akan mengalami kesukaran untuk mengangkat kepala mereka jika telungkup.

Trend terkini belum tentu boleh menyelamatkan nyawa baby anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.dailymail.co.uk/health/article-7640781/Do-NOT-used-inclined-sleepers-officials-warn-death-toll-hits-73-babies.html

https://www.consumerreports.org/child-safety/okay-for-babies-to-sleep-in-car-seats/

https://www.consumerreports.org/child-safety/all-infant-inclined-sleep-products-should-be-recalled-consumer-reports-says/

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Disemak pada 08/12/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
x