backup og meta

7 Baby Car Seat Malaysia 2026 — Ramai Ibu Bapa Pilih Sebab Boleh Pakai Lama & Lebih Praktikal

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Kerusi baby dalam kereta adalah satu item wajib untuk si manja yang perlu anda sediakan. Pelbagai jenama boleh dijadikan pilihan, dari ratusan hingga ke ribuan ringgit. Dalam artikel ini kami akan kongsikan baby car seat Malaysia yang selamat dan terbaik untuk dijadikan pilihan.

7 Baby Car Seat Malaysia 2026 — Ramai Ibu Bapa Pilih Sebab Boleh Pakai Lama & Lebih Praktikal

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.

7 jenama baby car seat Malaysia yang terbaik

  1. Sweet Cherry ISOFIX 360°
  2. Koopers Pago+
  3. Prego Baby Class Series 777
  4. Crolla Alpha R129
  5. Mamakiddies ULTIMO Isofix 360
  6. Chicco Unico Plus 360 Spin
  7. Coos Baby Car Seat

Bermula tahun 1 Januari 2020, Kerajaan Malaysia telah pun mewajibkan penggunaan baby car seat bagi kanak-kanak di bawah ketinggian 135cm. Car seat baby terbaik haruslah mengikut standard ketinggian dan berat berdasarkan United Nations Regulation R44/R129.

Kewajipan penggunaan kerusi bayi dalam kereta ini bertujuan mengurangkan risiko kecederaan parah kepada kanak-kanak semasa nahas jalan raya.

Secara asasnya, terdapat dua jenis kerusi bayi iaitu:

  • Untuk bayi berumur di bawah 1 tahun 
  • Untuk kanak-kanak berumur antara 1 hingga 4 tahun

Bagi bayi, jenis kerusinya adalah untuk kegunaan hadap-belakang yang boleh menampung berat antara 10 hingga 15 kilogram. Manakala untuk kanak-kanak, ia merupakan kerusi kegunaan hadap-hadapan dengan keupayaan menampung berat sehingga 32 kilogram.

Berikut antara yang boleh dijadikan pilihan mengikut kesesuaian bajet anda :

#1. Baby car seat Sweet Cherry ISOFIX 360°, 

Sweet Cherry ISOFIX 360° hadir dengan fungsi putaran 360 darjah yang memudahkan ibu bapa mengangkat bayi masuk dan keluar dari kereta. Rekaan ISOFIX juga membantu pemasangan lebih stabil dan selamat.

Selain kusyennya lembut dan sesuai untuk perjalanan jauh atau penggunaan harian. Ia juga boleh digunakan mengikut tumbesaran anak kerana boleh digunakan sehingga anak berusia hingga 4 tahun atau mencapai berat 18kg.

Koopers baby car seat #2. Koopers Pago+

Koopers Pago+ direka dengan ciri keselamatan moden dan tempat duduk yang selesa untuk bayi serta kanak-kanak kecil. Rekaan ergonomiknya membantu memberikan posisi duduk lebih baik ketika dalam perjalanan.

Car seat ini mudah dipasang dan sesuai untuk ibu bapa yang mencari penggunaan praktikal setiap hari. Iadalah pilihan car seat untuk newborn dan boleh digunakan hingga anak berusia 4 tahun (sehingga 18kg).

#3. Prego Baby Class Series 777

Prego Baby Class Series 777 menawarkan reka bentuk moden dengan kusyen lembut untuk keselesaan anak ketika menaiki kereta.

Ia juga sesuai digunakan untuk newborn hingga umur 4 tahun (0–18kg). Ia boleh dipasang dalam dua posisi — menghadap ke belakang (0–13kg) dan ke hadapan (9–18kg) — dengan 4 tahap larasan baring untuk keselesaan maksima.

Dilengkapi dengan tali keselamatan 5-poin, kusyen tebal, dan sisipan bayi baru lahir yang boleh ditanggalkan, ia memberikan perlindungan dan keselesaan semasa perjalanan.

#4. Crolla Alpha R129, best baby car seat Malaysia

Crolla Alpha R129 hadir dengan standard keselamatan R129 yang memberi perlindungan lebih baik untuk bayi dan kanak-kanak. Ia dilengkapi dengan sistem 5-point automatic harness system serta fabrik boleh ditanggal untuk mudah dicuci jika kotor.

Car seat ini menawarkan 4 posisi boleh laras. Berita baiknya, ia boleh digunakan untuk tempoh jangka masa yang panjang – sehingga si kecil berusia 7 tahun atau mencapai berat 25kg.

#5. Mamakiddies ULTIMO Isofix 360

Mamakiddies Ultimo sesuai untuk ibu bapa yang mencari car seat selesa pada harga yang mampu milik.

Kerusi baby dalam kereta yang boleh berpusing 360° ini boleh digunakan dari bayi baru lahir (seawal 0-3 bulan) hinggalah usia 12 tahun. Boleh tampung berat sehingga 36kg!

Menawarkan 5 posisi boleh laras, membolehkan anak tidur lena semasa di dalam kereta. Ia juga lengkap dengan ciri keselamatan seperti perlindungan hentakan sisi dan tali pinggang keselamatan 5-poin. Ia juga ada tempat sandar kepala yang boleh dilaraskan ikut tumbesaran anak.

#6. Chicco Unico Plus 360 Spin, antara jenama baby car seat Malaysia

Chicco Unico Plus 360 Spin menawarkan fungsi putaran 360 darjah bersama reka bentuk premium untuk keselesaan anak. Ia juga direka untuk memberikan perlindungan tambahan ketika perjalanan.

Car seat ini juga boleh digunakan mengikut beberapa peringkat umur, menjadikannya pilihan lebih praktikal untuk ibu bapa.

Baby car seat Malaysia#7. Coos Baby Car Seat

Coos Baby Car Seat sesuai untuk ibu bapa yang mencari pilihan lebih praktikal dan mesra bajet. Reka bentuknya ringkas tetapi masih memberikan keselesaan untuk anak ketika menaiki kereta.

Selain mudah digunakan, car seat ini juga sesuai untuk kegunaan harian dan perjalanan jarak dekat atau jauh.

Kesimpulan

Memilih baby car seat Malaysia yang sesuai penting untuk memastikan keselamatan dan keselesaan anak ketika berada dalam kereta. Dengan pelbagai pilihan di pasaran, ibu bapa boleh memilih model yang paling sesuai mengikut keperluan dan bajet keluarga.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak.  https://www.mot.gov.my/my/land/safety/child-car-seat-safety#.  Accessed on May 2, 2025.

Choosing a baby car seat. https://www.nhs.uk/baby/first-aid-and-safety/safety/choosing-a-baby-car-seat/.  Accessed on May 2, 2025.

Tips for Buying a Car Seat. https://ucsg.safekids.org/basic-tips/buying/.  Accessed on May 2, 2025.

Tips on Buying a Car Seat – Safety, Types, Etc. https://www.carsome.my/news/item/how-to-select-the-right-car-seat-for-your-child.  Accessed on May 2, 2025.

Choose the Right Car Seat for Your Child. https://www.consumerreports.org/babies-kids/car-seats/buying-guide/. Accessed on May 2, 2025.

Versi Terbaru

26/05/2026

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

7 Stroller Baby Yang Best & Memudahkan Ibu Bapa Untuk Bawa Anak Berjalan!

9 Panduan Memilih Stroller Atau Kereta Sorong Bayi, JANGAN Beli Tanpa Ikut Panduan Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan