backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

4

Tanya Doktor
Simpan

Ibu Mengandung Takut Nak Bersama Suami? Ini Manfaat Bersetubuh Ketika Hamil

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 2 minggu lalu

    Ibu Mengandung Takut Nak Bersama Suami? Ini Manfaat Bersetubuh Ketika Hamil

    Persoalan berkenaan dengan bersetubuh ketika hamil sering bermain di fikiran pasangan.

    Pasti anda bimbang jika aktiviti tersebut boleh mempengaruhi tahap kesihatan anak yang dikandung. Bolehkah bersetubuh ketika hamil 1 minggu?

    Mungkin ramai yang malu untuk bertanyakan persoalan tersebut kepada doktor. Namun, aktiviti seksual boleh mempengaruhi tahap kesihatan individu secara menyeluruh.

    Artikel ini akan membincangkan perihal persoalan “selamat ke untuk ibu dan bayi dalam kandungan?” dan kesan bersetubuh ketika hamil. Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Kelebihan bersetubuh ketika hamil

    Selain daripada menyeronokkan, hubungan kelamin sewaktu hamil dapat memberikan kebaikan dari aspek fisiologi dan psikologi buat kedua-dua pasangan.

    • Hubungan seks boleh membakar kalori yang banyak. Ia membolehkan anda dan pasangan anda untuk kekal aktif di kala sarat berbadan dua. Aktiviti fizikal merupakan aspek penting yang perlu dijaga oleh bakal ibu kerana ia boleh membantu mencegah diabetes gestasi, preeklampsia dan sakit belakang kronik
    • Sewaktu mengandung, jumlah darah yang mengalir ke bahagian kemaluan anda meningkat. Ini bermakna, hubungan kelamin dalam tempoh ini dapat memberikan anda orgasme yang lebih baik. Hormon endorfin akan dirembeskan setiap kali anda orgasme dan ini akan membuatkan anda gembira dan berasa tenang
    • Bersetubuh ketika hamil dapat memelihara hubungan emosi yang baik di antara anda dan pasangan. Ini dapat memberikan sokongan emosi dan mental dalam menempuh 40 minggu fasa kehamilan si ibu

    Mempunyai keinginan bersama suami ketika hamil adalah sesuatu yang boleh dianggap normal.

    Anda tidak perlu malu memandangkan kebanyakan wanita mempunyai persoalan yang sama. Siapa tidak risau jikalau berlaku pendarahan selepas bersetubuh ketika hamil bukan?

    Walau bagaimanapun, sebelum menerjah bagi mengecapi kenikmatan seksual, pastikan anda mendapatkan segala maklumat mengenainya daripada doktor anda.

    Adakah zakar suami akan menujah fetus yang sedang membesar?

    bersetubuh ketika hamil
    Manfaat bersetubuh ketika mengandung.

    Ini adalah spekulasi yang berkemungkinan lahir daripada imaginasi manusia.

    Ketika bayi anda sedang membesar di dalam perut, terdapat beberapa lapisan otot dalam janin yang melindungi bayi.

    Ia membesar di dalam kantung yang dipenuhi cecair amniotik. Ini bermakna, walau kuat mana tujahan suami anda sekalipun semasa bersetubuh ketika hamil, cecair tersebut dapat melindungi bayi anda dengan baik.

    Cumanya, anda mungkin berasa tidak selesa dengan hubungan seks tersebut maka cubalah posisi yang berbeza dan pilih mengikut tahap keselesaan anda. 

    Pemakaian kondom amat digalakkan bagi mencegah penyakit transmisi seksual.

    Jangkitan kuman ketika anda sedang hamil boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius buat anda dan bayi.

    kelebihan kondom
    8 Mitos kondom yang tidak boleh dipercayai.

    Jika pasangan anda telah didiagnosis dengan penyakit tersebut, elakkan daripada melakukan sebarang bentuk hubungan intim (oral, anal atau melalui faraj) bagi mengelakkan komplikasi terhadap perkembangan bayi anda.

    Jika anda ingin berhubungan kelamin ketika hamil pasangan yang baru, gunakan kondom. Nyawa anda dan bayi anda adalah lebih penting daripada nikmat yang boleh dikecapi dengan seks tanpa pelindungan.

    Ada ke tempoh larangan bagi bersetubuh ketika hamil?

    seks ketika hamil
    Cara bersenggama ketika mengandung.

    Ada. Doktor mungkin akan menggalakkan anda untuk tidak bersetubuh ketika hamil jika:

    • Anda mengalami pendarahan melalui faraj
    • Anda mengalami kebocoran cecair amniotik
    • Serviks anda terbuka awal
    • Terdapat uri yang menutupi bukaan serviks anda. Keadaan ini dipanggil sebagai placenta praevia
    • Anda mempunyai sejarah kelahiran pramatang

    Konklusi

    Walaupun masih berada dalam trimester kedua, bayi boleh mengingati suara mereka yang sering bercakap kepadanya.
    Namun, jangan risau. Si manja tidak akan ingat anda ada bersama suami semasa mengandungkan mereka. 

    Jika anda takut untuk bersetubuh ketika hamil, tanyakan soalan kepada doktor anda pada temu janji yang seterusnya.

    Usah malu! Bukan anda seorang sahaja yang mempunyai keinginan untuk mengadakan hubungan intim ketika mengandung. Ia merupakan naluri semula jadi manusia yang dirasai oleh setiap individu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 2 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan