Kurang risiko menghidap penyakit jangka-panjang.
Jika anda menyusukan bayi, si manja anda akan kurang risiko mendapat penyakit kronik seperti diabetes (jenis I), penyakit seliak, dan penyakit Crohn.
Rendah risiko SIDS.
SIDS atau sindrom kematian bayi mengejut, adalah keadaan di mana bayi yang sihat mati semasa tidur. Penyusuan susu ibu boleh mengurangkan separuh risiko bayi anda mendapat SIDS.
Kurang risiko kanser untuk bayi.
Susu badan boleh mencegah kanser tertentu dalam alam kanak-kanak. Sebagai ibu, penyusuan susu badan juga adalah bermanfaat untuk anda. Ibu yang menyusukan bayi mereka adalah kurang cenderung mendapat kanser payudara pramenopaus dan kanser ovari.
Bayi anda mendapat vaksin terbaik.
Kajian menunjukkan bahawa susu ibu mengandungi tinggi jumlah antibodi, yang menjadikan mereka bertindak balas lebih baik kepada vaksinasi berbanding dengan bayi yang minum susu formula.
Bayi lebih tenang.
Ibu bapa mana yang tidak menyukai bayi yang kurang meragam? Susu ibu terbukti mengandungi bahan-bahan yang menenangkan bayi dan membantunya tidur lebih nyenyak.
Bayi anda rasa lebih selamat.
Penyusuan susu ibu memerlukan hubungan fizikal yang rapat antara anda dan si manja. Kehangatan jenis hubungan kulit-ke-kulit ini memupuk ikatan kemesraan ibu dan anak, sekali gus membuatkan bayi anda rasa lebih selamat.