Menidurkan bayi kadangkala boleh jadi cabaran buat ibu bapa terutamanya yang baru menyambut cahaya mata pertama. Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tip-tip berkesan menidurkan bayi anda yang baru lahir.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Menidurkan bayi kadangkala boleh jadi cabaran buat ibu bapa terutamanya yang baru menyambut cahaya mata pertama. Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tip-tip berkesan menidurkan bayi anda yang baru lahir.
Pertama sekali, ibu bapa boleh menggunakan puting palsu. Ini merupakan tip yang paling penting diketahui oleh ibu bapa. Ini kerana kebanyakan bayi memang akan mudah tidur dengan lebih nyenyak jika disumbat dengan puting palsu.
Bedung bayi untuk menidurkan mereka adalah antara tip yang sudah diamalkan sejak turun-temurun lagi. Ini terbukti berkesan kerana ia akan memberikan sensasi seperti mereka dipeluk oleh anda. Namun begitu, pastikan anda membedung bayi dengan betul. Baca: Bedung Bayi dengan Cara yang Betul untuk Mengelakkan “Hip Dysplasia”
Mesti anda selalu melihat bayi tertidur ketika digendong oleh ibu atau bapa mereka, bukan? Ini disebabkan mereka akan lebih dekat dengan ibu bapanya sehinggakan mampu mendengar bunyi degupan jantung. Bunyi inilah yang bayi sebenarnya dengar ketika berada dalam rahim dan mereka amat tenang tatkala mendengarnya.
Ya, ini merupakan antara tip paling berkesan. Ibu bapa hanya perlu menepuk-nepuk badan bayi ketika berbaring di sebelahnya. Pada masa yang sama, anda juga boleh menyanyikan lagu kegemaran mereka dengan nada yang sangat rendah, seakan-akan berbisik ke telinga mereka.
Jika anda bukan seorang penyanyi yang bagus dan suara anda hanya akan menyebabkan bayi tidak tenang, anda juga boleh menggunakan alternatif lain dengan memasangkan muzik. Sebaiknya, pasangkan lagu yang tenang dengan kelantangan yang perlahan sahaja.
Dalam pada itu, anda juga boleh berbual-bual sahaja dengan bayi anda. Suara anda yang sudah didengari bayi sejak 9 bulan dalam kandungan sudah pasti akan membuat mereka lebih tenang dan mudah mendatangkan mengantuk.
Tempat tidur juga merupakan aspek yang paling penting untuk bayi tidur lebih nyenyak. Oleh itu, pastikan anda alaskan tempat tidur bayi dengan tilam, selimut dan bantal yang selesa. Selain itu, ibu bapa juga perlu panaskan tempat tidur mereka lebih-lebih lagi jika cuaca pada malam itu sangat sejuk.
“White noise” adalah bunyi aneh yang dikeluarkan oleh objek-objek di rumah kita seperti televisyen, vakum, mesin basuh dan pengisar makanan, sebagai contoh. Percaya atau tidak, bunyi-bunyian seperti ini boleh menyebabkan bayi berasa mengantuk lalu mudah untuk tertidur. Oleh itu, muat turun sahaja bunyi “white noise” ini ke dalam telefon pintar anda dan mainkannya ketika hendak menidurkan bayi anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Baca juga:
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen