home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Mainan Sesuai dan Selamat untuk Si Kecil Anda

Mainan Sesuai dan Selamat untuk Si Kecil Anda

Terdapat pelbagai jenis mainan yang ada dalam pasaran kini. Sebagai ibu bapa, amat penting untuk anda memastikan mainan anak anda sesuai dan selamat dimainkan oleh mereka. Pengeluar mainan pula perlu memastikan mainan yang mereka keluarkan menepati piawaian dan dikategorikan mengikut usia sesuai untuk bermain. Namun begitu, sudah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan anak anda tidak bermain dengan sebarang mainan berbahaya. Oleh itu, berhati-hatilah ketika memilih dan membeli mainan untuk anak anda.

Cadangan jenis mainan yang boleh dibeli oleh anda

  • Mainan yang diperbuat daripada fabrik dan dilabelkan sebagai kalis api
  • Mainan yang dicat dan dilabelkan tidak mempunyai plumbum
  • Material seni yang dilabelkan tidak bertoksik
  • Patung lembut yang boleh dicuci
  • Krayon dan cat yang telah disahkan selamat

Paling penting, elakkan daripada membeli mainan lama atau menggunakan mainan turun-temurun keluarga atau rakan anda. Mainan tersebut mungkin mempunyai nilai sentimental dan menjimatkan namun ia tidak memenuhi piawaian dan mungkin berbahaya untuk anak anda.

Pastikan juga mainan tersebut tidak menghasilkan bunyi yang terlalu bising. Kebingitan bunyi mainan elektronik mempunyai persamaan dengan bunyi hon kereta atau mungkin lebih teruk. Jika anak anda memegang mainan ini tepat pada telinga mereka, ada kemungkinan pendengaran mereka akan rosak.

Panduan memilih mainan yang sesuai dan selamat untuk anak anda

Sentiasa membaca label pada bungkusan mainan untuk memastikan mainan tersebut sesuai dengan usia anak anda. Selain itu, fikirkan sama ada mainan tersebut sesuai dengan karakter, tabiat dan kelakuan anak anda atau tidak. Anda perlu tahu bahawa label usia pada bungkusan mainan adalah ditentukan mengikut faktor keselamatan, bukannya kepintaran atau kematangan. Berikut merupakan panduan untuk memilih mainan yang sesuai dan selamat untuk anak anda:

  • Jangan biarkan anak anda bermain basikal, skuter atau papan selaju tanpa helmet yang menepati piawaian dan alat keselamatan lain seperti pad siku, pad lutut dan lain-lain. Ketahui piawaian ini pada label mainan.
  • Mainan berbentuk anak panah atau darts perlu mempunyai hujung yang lembut bukannya keras.
  • Mainan pistol perlu dicat dengan warna yang cerah agar kanak-kanak tidak terkeliru dengan pistol yang sebenar. Sebagai peringatan, jangan biarkan anak anda mengacukan mainan seperti anak panah dan pistol ini ke arah individu lain.
  • Kanak-kanak di bawah usia 16 tahun tidak sepatutnya bermain dengan pistol yang boleh diisi peluru berbahaya seperti manik.
  • Mainan elektrik perlu dilabelkan sebangai UL (standard yang telah diperakui oleh Underwriters Laboratories).

Panduan mengguna dan menyimpan mainan di rumah

Selepas membeli mainan, pastikan anak anda mengetahui bagaimana untuk menggunakannya dengan betul. Ibu bapa perlu:

  • Mengajar anak untuk menjaga dan menyimpan mainan mereka setiap kali selesai bermain.
  • Periksa mainan dengan kerap bagi memastikannya tidak rosak atau pecah dan berbahaya untuk anak anda.
  • Buang mainan yang telah rosak atau baiki ia dengan serta-merta.
  • Simpan mainan untuk kegunaan luar rumah dalam stor bagi memastikan ia tidak terjejas dengan cuaca.
  • Baca arahan penggunaan mainan dengan berhati-hati bagi memastikan mainan tersebut dimainkan dengan betul.
  • Sentiasa ingat bahawa kanak-kanak mudah tertarik dengan barangan bukan mainan seperti pisau dan gunting. Pastikan barangan seperti ini berada di luar jangkauan si kecil anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Choosing Safe Toy for your School-Age Kids. http://kidshealth.org/en/parents/safetoys-bigkid.html#. Accessed 22 December 2016.

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 26/11/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x