backup og meta

Risau Selesema Tak Mahu Sembuh, Ini 5 Makanan Yang Boleh Memulihkan Kesihatan Anda!

Risau Selesema Tak Mahu Sembuh, Ini 5 Makanan Yang Boleh Memulihkan Kesihatan Anda!

Ketika penularan wabak COVID-19 ini, pastikan anda akan cuba menjaga diri dan keluarga daripada mengalami sebarang masalah kesihatan? Tapi makanan apa yang boleh bantu anda cegah flu?

Cegah flu dan selesema 

Jika dalam keadaan biasa, masalah kesihatan seperti flu dan selesema pasti bukan 1 kebimbangan yang serius, bukan? Tetapi apabila berdepan wabak COVID-19, ia pastinya akan mendatangkan kerisauan.

Setiap kali terkena jangkitan flu atau selesema, kita mesti disarankan makan ubat. Takkan tiada cara lain untuk melawan flu dan selesema? Jangan risau, sudah tentu ada makanan yang boleh bantu cegah flu dan selesema.

Tetapi apakah bezanya flu dan selesema?

Flu dan selesema, masalah kesihatan umum

Mesti akan ada yang tertanya apa bezanya flu atau selesema? Bukan kedua-duanya sama ke? Sememangnya flu dan selesema mempunyai banyak persamaan yang ada masa menyukarkan kita untuk membezakannya.

Secara umumnya, kedua-dua keadaan ini adalah disebabkan oleh virus yang menjangkiti saluran udara atau pernafasan. Sesetengah individu mungkin mempunyai beberapa simptom sama yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan.

Flu dan selesema akan menyebabkan anda berasa teruk dan biasanya berlaku disebabkan virus, seperti virus influenza atau coronavirus. Tetapi apakah perbezaan yang ketara antara flu atau selesema?

Flu adalah keadaan yang lebih teruk daripada selesema biasa dan simptomnya adalah lebih serius dan tegang. Manakala selesema biasanya lebih ringan daripada flu.

Individu yang mempunyai selesema lebih cenderung mempunyai hidung yang berair atau tersumbat. 

Selesema secara umumnya tidak menyebabkan masalah kesihatan yang serius, seperti radang paru-paru, jangkitan bakteria, atau ditahan di hospital (hospitalization). Sebaliknya, flu boleh menyebabkan komplikasi yang sangat serius.

Makanan apa boleh cegah flu dan selesema?

Anda sudah mengetahui secara ringkasnya mengenai flu dan selesema. Berikut dikongsikan mengenai jenis makanan yang boleh membantu cegah flu dan selesema yang boleh dicuba dan amalkan dalam pemakanan harian anda terutamanya ketika wabak COVID-19.

1. Cendawan

cegah flu

Hadir dalam pelbagai jenis pilihan sama ada cendawan butang, crimini atau shiitake, tumbuhan ini merupakan sejenis makanan yang membantu meningkatkan daya imun secara luar biasa.

Cendawan adalah sumber makanan yang kaya dengan jenis polysaccharide yang dipanggil beta glucan.

Bahan ini berkeupayaan untuk mengaktifkan sistem imun dan membantu mencegah jangkitan, terutamanya ketika penularan wabak COVID-19 ini.

Ia turut membantu mengawal sel darah putih dan menjadikan mereka dalam keadaan bersedia untuk melawan sebarang penceroboh dalam sistem imun. 

Cendawan juga tinggi dengan kandungan vitamin, polifenol, sterol dan zink, iaitu bahan-bahan yang membantu mengekalkan sistem imun untuk sentiasa dalam keadaan sihat dan kuat. 

2. Buah kiwi

Buah yang kaya dengan rasa manis dan masam ini amat tinggi kandungan antioksidan dari vitamin C dan E. Merupakan satu sumber nutrisi yang hebat, vitamin C dapat membantu menghilangkan flu dan selesema tetapi ia juga bertindak untuk cegah flu dan selesema.

Dalam masa yang sama, vitamin C juga bertindak untuk meningkatkan pengeluaran antibodi dan sel darah putih yang dapat membantu melawan jangkitan.

Manakala vitamin E diperlukan untuk penghasilan imunoglobulin. Ia bertindak seperti pengawal peribadi badan yang akan menghancurkan semua patogen yang berbahaya.

3. Yogurt

Yogurt kaya dengan probiotik yang amat penting untuk kesihatan sistem imun.

Hampir 80% sistem imun berada di dalam usus, jadi untuk menjadikan sistem imun sentiasa dalam keadaan kuat, cara yang mudah adalah untuk memastikan sistem usus sentiasa sihat dengan kandungan probiotik. 

Probiotik adalah mikroorganisma hidup (bakteria baik) yang membantu melawan semua bakteria yang buruk. Ia juga membantu mencegah penyakit dengan meningkatkan jumlah sel virus yang berfungsi untuk melawan jangkitan.

4. Biji labu

Biji labu merupakan sumber yang kaya dengan nutrisi yang dapat meningkatkan daya tahan vitamin E, zink dan asid lemak penting, termasuklah fungsi antiradang serta antioksidan omega-3.

Manakala zink berfungsi untuk membantu meningkatkan pengeluaran sel-sel darah putih dalam badan.

5. Bawang putih

Bawang putih boleh dianggap sebagai bahan terbaik untuk cegah flu dan selesema kerana ia merupakan sumber antibiotik semula jadi. Ia dicirikan sebagai antibakteria, antivirus, antikulat dan antioksidan yang dapat membantu melawan dan menangkis serangan penyakit. 

Bawang putih turut mengandungi sebatian organik berasaskan sulfur yang dapat meningkatkan keupayaannya dalam membantu menaikkan kebolehan sistem pertahanan badan.

makanan apa

Kesimpulan 

Flu atau selesema sememangnya merupakan antara masalah kesihatan yang biasa dialami oleh kebanyakan individu tanpa mengira usia. Anda sudah mengetahui makanan apa yang boleh dicuba untuk mencegahnya.

Walau bagaimanapun, sebelum anda mencuba senarai makanan tersebut, pastikan anda tidak mempunyai alahan atau ia hanya akan memburukkan lagi keadaan kesihatan anda. Selamat mencuba!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://hellodoktor.com/ms/gaya-hidup-sihat/tips-kesihatan/anda-alami-selesema-atau-flu/ / Accessed on Dec 30, 2019

 Accessed on Dec 30, 2019

https://www.unitypoint.org/livewell/article.aspx?id=7c49d7c3-70be-463a-94c8-333afff15992&Food+and+Drink+to+Help+You+Fight+the+Flu+(Infographic)

https://www.aarp.org/health/healthy-living/info-09-2013/flu-fighting-foods-photos.html#slide1

https://www.memorialcare.org/blog/flu-fighting-nutrition-give-your-immune-system-boost

Can Nutrition Help Prevent Common Cold & Flu Viruses?

Top Five Cold and Flu Fighting Foods

Versi Terbaru

16/08/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Antara Influenza Dan Selesema Biasa, Apa Perbezaannya & Mana Lebih BAHAYA?

Cuaca Tak Menentu Penyebab Selesema? Ikut 4 Tip Ini Elak Satu Keluarga Berjangkit!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 16/08/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan