backup og meta

Nak Bayi Sihat Semasa Dilahirkan, Ibu Harus Amalkan 7 Makanan Terbaik Semasa Kehamilan Ini

Nak Bayi Sihat Semasa Dilahirkan, Ibu Harus Amalkan 7 Makanan Terbaik Semasa Kehamilan Ini

Tempoh kehamilan merupakan saat yang amat penting bagi setiap ibu yang sedang mengandung. Atas sebab itu ibu harus mengamalkan makanan awal kehamilan yang sihat supaya perkembangan ibu dan bayi berada dalam keadaan yang terbaik. 

Pemakanan yang diambil semasa mengandung bukan menyalurkan nutrisi kepada bayi dalam kandungan sahaja, tetapi turut memberikan tenaga dan nutrien kepada ibu.

Jadi apakah jenis makanan yang sesuai diamalkan dalam diet pemakanan ibu semasa tempoh awal kehamilan?

Ikuti artikel ini untuk jawapannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Makanan awal kehamilan yang bagus untuk ibu

Berikut antara jenis makanan terbaik sebagai langkah penjagaan awal kehamilan:

1. Produk tenusu

Ketika hamil, ibu perlu mengambil lebih protein dan kalsium untuk memenuhi keperluan tumbesaran fetus.

Produk tenusu merupakan sumber makanan terbaik semasa kehamilan yang mengandungi kalsium dan membekalkan khasiat yang tinggi iaitu fosforus, pelbagai jenis vitamin B, magnesium dan zink.

Yogurt antara produk tenusu yang memberikan banyak manfaat dan mengandungi lebih banyak kalsium berbanding produk tenusu yang lain. Sesetengah yogurt turut mengandungi beberapa jenis bakteria probiotik, yang menyokong kesihatan sistem pencernaan.

2. Makanan awal kehamilan – Telur

makanan awal kehamilan

Telur merupakan sumber terbaik bagi protein, ia adalah bahagian penting dalam diet pemakanan ketika hamil. Asid amino yang menghasilkan protein merupakan blok bangunan sel dalam badan anda dan bayi.

Telur turut mengandungi banyak vitamin dan mineral, termasuklah kolin (choline) yang berfungsi membantu perkembangan otak dan saraf tulang belakang bayi.

Bahkan, ia juga dapat mencegah kecacatan tiub neural yang menyebabkan keabnormalan pada otak dan tulang belakang bayi.

3. Ubi keledek

Kaya dengan beta-kerotin iaitu sebatian yang akan bertukar kepada vitamin A di dalam badan. Vitamin A penting untuk pertumbuhan bagi kebanyakan sel dan tisu sihat. 

Ubi keledek juga mengandungi serat – yang membuatkan perut lebih kenyang, mengurangkan kenaikan gula dalam darah dan mempertingkatkan kesihatan sistem pencernaan.

makanan awal kehamilan

4. Oat

Makanan yang kaya dengan serat, vitamin B, zat besi dan pelbagai mineral.

Bersama dengan karbohidrat kompleks lain, serat yang terkandung di dalam oat dapat membantu mencegah masalah sembelit.

5. Brokoli dan sayuran berdaun hijau

makanan awal kehamilan

Selain mengandungi nutrien penting untuk kesihatan ketika hamil, brokoli dan sayuran berdaun hijau, seperti bayam turut kaya dengan serat, pelbagai jenis vitamin, zat besi, kalium dan antioksidan yang membantu mencegah penyakit.

Sayuran hijau ini dapat membantu badan anda menyerap zat besi daripada makanan yang dimakan. Serat yang tinggi dapat mencegah sembelit yang merupakan masalah utama wanita hamil.

6. Salmon, antara jenis makanan awal kehamilan yang baik

Asid lemak omega-3 adalah penting untuk perkembangan sihat bagi tumbesaran otak dan mata janin serta dapat membantu meningkatkan mood ibu sewaktu mengandung.

Salmon adalah pilihan makanan rendah merkuri yang digalakkan pengambilannya setiap minggu dalam jumlah 8 ke 12 auns.

Baca juga:

7. Daging merah

Daging lembu dan ayam adalah sumber terbaik untuk kandungan protein berkualiti tinggi. Daging lembu kaya dengan zat besi, kolin dan vitamin B iaitu nutrisi yang diperlukan dalam jumlah yang tinggi ketika tempoh kehamilan.

Zat besi adalah mineral penting yang digunakan oleh sel darah merah sebagai hemoglobin. Di mana ia penting untuk pengedaran oksigen kepada sel di seluruh badan.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What to eat when pregnant. https://www.unicef.org/parenting/what-to-eat-when-pregnant. Accessed on Sept 18, 2023.
  2. An Essential Guide on What to Eat During Pregnancy. https://www.fhcsd.org/prenatal-care/what-to-eat-during-pregnancy/. Accessed on Sept 18, 2023.
  3. Eating healthy during pregnancy. https://www.marchofdimes.org/find-support/topics/pregnancy/eating-healthy-during-pregnancy. Accessed on Sept 18, 2023.
  4. Pregnancy Diet: Foods To Eat While Pregnant. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/12593-pregnancy-nutrition. Accessed on Sept 18, 2023.
  5. Eat Healthy During Pregnancy. https://health.gov/myhealthfinder/pregnancy/nutrition-and-physical-activity/eat-healthy-during-pregnancy-quick-tips. Accessed on Sept 18, 2023.

Versi Terbaru

18/09/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

WOW! Ada 12 Manfaat Jambu Batu Untuk Ibu Hamil, Paling Best, Khasiat No.12!

Anda Baru Saja Hamil 1 Bulan? Tolong Elakkan & Jauhkan 8 Jenis Makanan Ini Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 18/09/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan