Anda pasti?
Jika anda tertanya-tanya tentang apa itu sembelit, ini adalah definisinya.
Penyakit sembelit adalah apabila seseorang itu mengalami kesukaran untuk membuang air besar dan mempunyai tekstur najis yang keras.
Jika najis berada dalam saluran kolon (usus besar), ia akan membuatkan ia menjadi keras dan semakin sukar untuk disingkirkan.
Sistem pencernaan adalah satu fungsi badan yang sangat berkesan.
Dalam tempoh beberapa jam, sistem pencernaan akan menyerap nutrisi daripada makanan dan minuman yang anda ambil, memprosesnya ke dalam aliran darah, dan menyediakan sisa buangan untuk disingkirkan.
Sisa buangan yang akan disingkirkan akan melalui usus sebelum disimpan sementara dalam usus besar, dan sebelum dikeluarkan daripada tubuh, dalam masa 1 atau 2 hari.
Najis yang normal adalah tidak memiliki tekstur yang keras atau terlalu cair, dan tidak menyakitkan anda apabila ingin membuangnya daripada tubuh.
Tugas utama kolon adalah untuk menyerap air daripada sisa makanan yang melalui sistem pencernaan dan menghasilkan najis (sisa buangan).
Otot-otot kolon akan mengeluarkan sisa melalui rektum untuk disingkirkan, dan najis yang berada untuk tempoh yang lama di dalam kolon, akan menyebabkan ia menjadi keras serta sukar untuk melalui rektum.
Jika keadaan ini berterusan, penyakit sembelit yang kronik juga boleh menjadi simptom kepada masalah kesihatan yang lebih serius.
Ini termasuklah sindrom usus besar, kanser kolorektal, kencing manis, penyakit Parkinson, kemurungan, atau kelenjar tiroid menjadi kurang aktif.
Kecenderungan usus untuk menjalankan fungsinya adalah bergantung kepada usia, diet pemakanan, aktiviti harian anda dan keadaan persekitaran.
Sebagai contoh, bayi yang diberi susu formula lebih berpotensi mempunyai najis yang keras dan berdepan masalah sembelit berbanding bayi yang hanya minum susu ibu.
Bagi sesetengahkanak-kanak, mereka berdepan isu sembelit ini apabila memulakan sesi persekolahan kerana malu untuk meminta izin menggunakan tandas.
Bagi kanak-kanak yang sedang berlatih menggunakan tandas (toilet training) pula, mereka turut berpotensi berdepan masalah ini jika mereka tidak mahu atau takut untuk menggunakan tandas.
Akibat daripada kesakitan yang dirasai ketika proses membuang air besar semasa sembelit, ini menjadikan kanak-kanak cenderung mengelakkan diri untuk ke tandas.
Masalah ini juga boleh berlaku jika memakan makanan tertentu seperti produk tenusu.
Untuk individu dewasa yang lebih berusia, masalah ini akan kerap dihadapi terutama jika mereka kurang aktif.
Gaya hidup yang sibuk, tidak makan serat atau minum air secukupnya, tekanan, kurang bersenam, perubahan rutin harian, tidak menghiraukan keinginan atau rasa untuk ke bilik air adalah penyebab timbulnya masalah sembelit ini.
Antara faktor lain yang menyebabkan sembelit:
Kekerapan membuang air besar adalah berbeza bagi setiap individu, sesetengahnya mungkin akan membuang 3 kali sehari, sementara yang lain mungkin 3 kali seminggu.
Walau bagaimanapun, anda mungkin mendapat sembelit jika mengalami simptom berikut:
Pengambilan diet yang tidak seimbang dan kurang bersenam adalah faktor utama sembelit. Anda mungkin berdepan risiko yang lebih tinggi jika anda:
Ubah diet pemakanan dan tingkatkan aktiviti fizikal adalah cara paling mudah dan berkesan untuk merawat sembelit. Anda boleh mencuba teknik berikut:
Kesimpulannya, jika anda tertanya-tanya mengenai apa itu sembelit dan ragu-ragu sama ada mempunyai penyakit sembelit ataupun tidak, periksa simptom yang kami nyatakan di atas.
Namun, jika anda masih tidak pasti sama ada mengalami masalah ini, dapatkan konsultasi daripada doktor.
Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.
Lelaki
Wanita
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/constipation/symptoms-causes/syc-20354253
https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/art-20043983
https://www.gastrojournal.org/article/S0016-5085(12)01544-2/fulltext
https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/4059-constipation
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3638410/
https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/constipation-children/definition-facts
https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/constipation/treatment
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen