What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Keguguran Awal: Punca Dan Pencegahan

    Keguguran Awal: Punca Dan Pencegahan

    Keguguran adalah istilah perubatan yang digunakan untuk proses kehamilan yang berakhir dengan sendirinya, dalam tempoh 20 minggu pertama kehamilan. Ia adalah satu topik yang tidak ada seorang ibu ingin bualkan. Malangnya, keguguran awal, yang berlaku peringkat awal kehamilan, adalah perkara kerap berlaku lebih daripada apa yang kita boleh bayangkan.

    Punca keguguran

    Apabila berlaku keguguran, ramai wanita akan menyalahkan diri sendiri. Walau bagaimanapun, dalam tempoh 20 minggu pertama, penyebab keguguran paling popular adalah kelainan kromosom.

    Ini bermakna sesuatu tidak betul berlaku pada kromosom bayi. Kebanyakan kelainan kromosom disebabkan sel telur atau sel sperma rosak atau berkaitan dengan masalah kesihatan zigot apabila melalui proses pembahagian.

    Sebab lain penyebab keguguran, (tidak terhad kepada):

    • Gaya hidup tidak sihat; merokok, penggunaan dadah, kekurangan zat makanan, minuman berlebihan dan pendedahan kepada radiasi atau bahan toksik.
    • Bakteria Listeria yang terdapat dalam daging mentah, telur mentah dan produk tenusu tidak dipastur.
    • Trauma ketika hamil seperti kemalangan kereta.
    • Masalah hormon, jangkitan atau masalah kesihatan ibu hamil.
    • Usia ibu hamil melebihi 35 tahun.
    • Jangkitan penyakit seperti Lyme atau Fifth.
    • Penyakit kronik seperti diabetes tidak terkawal, lupus dan lain-lain.
    • Proses implantation telur yang tidak betul.

    Simptom keguguran

    Tanda-tanda yang menunjukkan anda mungkin keguguran adalah seperti:

    • Kehilangan tanda kehamilan seperti mual atau muntah.
    • Mengalami kekejangan ringan hingga ke tahap yang teruk (lebih teruk dari kekejangan ketika haid).
    • Keluar lendir berwarna putih atau merah jambu.
    • Faraj menyingkirkan sesuatu yang tidak normal.
    • Kontraksi yang menyakitkan dan kerap.
    • Pengurangan berat.

    Cara mencegah keguguran

    Kebanyakan keguguran disebabkan oleh kelainan kromosom, jadi tidak banyak perkara yang boleh dilakukan untuk mencegahnya. Satu langkah penting adalah untuk berusaha kekal sihat seperti sebelum anda hamil. Berikut adalah beberapa cara untuk melakukannya:

    • Melakukan senaman secara teratur.
    • Mengamalkan pemakanan sihat.
    • Belajar uruskan tekanan.
    • Memastikan berat badan yang sihat.
    • Mengambil asid folik setiap hari.
    • Hindari dari merokok dan minuman alkohol.

    Apabila anda mengetahui bahawa anda mengandung, matlamat utama adalah anda perlu untuk kekal sihat sebaik mungkin, berikan anak dalam kandungan persekitaran yang sihat untuk pertumbuhannya:

    • Sentiasa pastikan perut anda selamat.
    • Jangan merokok atau berada disekeliling perokok.
    • Elakkan untuk minum alkohol.
    • Minta nasihat atau pandangan doktor sebelum mengambil sebarang ubatan tambahan.
    • Kawal atau elakkan kafein.
    • Jauhi persekitaran atau terdedah kepada bahaya alam sekitar seperti radiasi, penyakit berjangkit dan x-ray.
    • Hindari sukan berat atau aktiviti berat yang berpotensi mendatangkan kecederaan.
    health-tool-icon

    Pertambahan Berat Badan Kehamilan

    Kalkulator ini adalah untuk wanita yang ingin tahu berapa berat badan semasa hamil yang terbaik, berdasarkan berat badan mereka sebelum hamil.

    28


    Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!

    Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!


    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 26/11/2019
    Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor