Orang kata makan overnight oat ini bagus untuk kesihatan, tetapi apakah manfaatnya, ya? Kalau ingin tahu, bacalah artikel ini. Hello Doktor ada selitkan resepi overnight oat yang boleh anda cuba, sedap dan berkhasiat!
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Orang kata makan overnight oat ini bagus untuk kesihatan, tetapi apakah manfaatnya, ya? Kalau ingin tahu, bacalah artikel ini. Hello Doktor ada selitkan resepi overnight oat yang boleh anda cuba, sedap dan berkhasiat!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Anda sering berdepan situasi kelam kabut pada waktu pagi kerana perlu bersiap untuk pergi kerja sehingga terlupa untuk bersarapan pagi?
Bagaimana jika ada sarapan pagi sihat dan sedap tersedia menunggu untuk dimakan setiap hari? Kedengaran menyeronokkan, kan?
Jangan risau, ia bukanlah angan semata-mata. Sebaliknya ia boleh menjadi realiti dengan overnight oat.
Oat yang direndam semalaman, biasanya dalam susu atau yogurt, ditambah buah-buahan segar dan kering, biji chia, kacang serta bahan berkhasiat lain menjadikan ia hidangan yang sangat sihat.
Sebelum dikongsikan resepi overnight oat yang boleh anda cuba, jom kita ketahui apakah antara kebaikan pengambilan hidangan oat ini kepada kesihatan.
Oat adalah protein berasaskan tumbuhan yang mengandungi sifat antidiabetik.
Diabetes jenis 2 adalah keadaan di mana individu mempunyai paras glukosa darah berlebihan dalam buah pinggang. Kesannya proses penapisan sisa menjadi tidak berkesan.
Ia tinggi serat dan rendah indeks glisemik (GI), pengambilan oat membantu meningkatkan fungsi buah pinggang, sekali gus dapat mengawal paras gula dalam darah.
Oat terdiri daripada serat yang dikenali sebagai beta glucan – terbukti dapat mengurangkan tahap peredaran kolesterol dalam darah dengan meningkatkan perkumuhan hempedu.
Oat juga kaya dengan antioksidan dan apabila digabungkan dengan vitamin C – ia membantu menghalang pengoksidaan LDL – punca masalah serangan jantung, strok, kerosakan tisu dan keradangan arteri.
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat, overnight oat adalah pilihan terbaik kerana ia rendah kalori tetapi tetap mengenyangkan kerana kehadiran beta-glukan. Keadaan ini akan menghalang anda makan secara berlebihan.
Beta-glukan juga menggalakkan pembebasan hormon peptida yang dihasilkan dalam usus sebagai tindak balas kepada makanan dan boleh mengurangkan jumlah pengambilan kalori harian.
Baca juga:
Oleh sebab oat mengandungi serat tidak larut, ia membantu pergerakan usus. Kesannya risiko untuk mengalami sembelit dapat dikurangkan. Jadi pastikan anda mengambil oat dalam hidangan sarapan pagi.
Oat terdiri daripada karbohidrat yang kemudian bertukar menjadi glukosa – bahan api untuk otak.
Kaya dengan serat bersama GI rendah, oat terurai dengan perlahan tanpa meningkatkan paras glukosa darah dan membolehkan otak mendapat manfaatnya untuk jangka masa lebih lama.
Oat dilengkapi dengan pelbagai nutrien seperti asid lemak omega-3, zat besi, serat, asid lemak tak tepu dan zink – mineral yang diperlukan rambut.
Zat besi dalam oat bagus untuk rambut kerana ia membantu dalam mengawal pertumbuhan rambut yang normal.
Sumber biotin dalam rambut pula berkesan melawan masalah seperti kekeringan dan penipisan rambut. Ia juga membantu mencegah alopecia – keadaan di mana folikel rambut sihat menjadi rosak disebabkan sistem imun.
Dalam fasa endemik ini, kita masih belum selamat daripada jangkitan COVID-19. Meningkatkan tahap imuniti badan antara perkara penting yang harus diutamakan pada masa kini.
Kehadiran beta-glukan dalam oat membantu meningkatkan aktiviti sel darah putih (WBC) dalam badan yang bertanggungjawab untuk melindungi diri daripada sebarang jenis penyakit.
Beta-glukan juga dapat menjadi antibiotik lebih berkesan dan mempercepatkan proses penyembuhan luka.
Kandungan zink dan selenium dalam oat juga memainkan peranan penting dalam memerangi jangkitan.
Sudah bersedia untuk mengetahui apakah resepi overnight oat yang boleh dicuba?
Resipi untuk menghasilkan overnight oat ini, tidaklah rumit. Bahkan ia sebenarnya boleh dihasilkan mengikut cita rasa individu.
Tetapi sebagai panduan bagi mereka yang pertama kali ingin mencuba makanan ini, berikut dikongsikan 2 resipi.
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
Penulis juga rajin membuat overnight oat. Tetapi resipi olahan penulis ringkas dengan hanya menggunakan susu berperisa coklat, rolled oat, biji chia dan hirisan kacang walnut.
Sebenarnya resepi overnight oat ini boleh diolah sendiri. Tidak ada peraturan bahan wajib yang perlu digunakan, sebaliknya mengikut cita rasa anda tersendiri.
Buat mereka yang ingin menjaga kesihatan dan berat badan, apa kata anda amalkan overnight oat ini. Selamat mencuba!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen