backup og meta

Artikel Ditaja Oleh Yakult

Kenapa Perlu Probiotik Setiap Hari? Ini Cara Mudah Bina Rutin Usus Sihat

Ramai antara kita sibuk menguruskan kerja, keluarga dan pelbagai komitmen harian sehingga terlupa untuk memberi perhatian kepada kesihatan usus.

Kenapa Perlu Probiotik Setiap Hari? Ini Cara Mudah Bina Rutin Usus Sihat

Sedangkan, usus yang sihat bukan sahaja penting untuk sistem penghadaman, malah turut menyokong kesejahteraan tubuh secara keseluruhan.1,2.

Sebab itu, semakin ramai mula menjadikan pengambilan probiotik sebagai sebahagian daripada rutin harian.

Dengan mengamalkan tabiat mudah ini secara konsisten, anda dapat menikmati kelebihan probiotik sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat1,2.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, klik di sini.

Kenapa kelebihan probiotik hanya dapat dinikmati jika diamalkan secara konsisten?

Sama seperti tabiat minum air atau bersenam, pengambilan probiotik juga lebih bermanfaat apabila diamalkan secara konsisten1.

Sebab utama pengambilan sekali-sekala mungkin tidak mencukupi ialah:

  • Mikrobiota usus boleh dipengaruhi oleh pemakanan dan gaya hidup2.
  • Keseimbangan bakteria baik memerlukan sokongan yang berterusan1,2.
  • Gangguan penghadaman seperti perut kembung, sembelit atau ketidakselesaan perut boleh menjejaskan aktiviti harian3.
  • Penjagaan kesihatan usus seharusnya diamalkan secara konsisten, bukan hanya apabila timbul masalah.

kelebihan probiotik
Gangguan penghadaman boleh menjejaskan keselesaan dan aktiviti harian.

Kenapa perlu probiotik setiap hari?

Pengambilan probiotik secara konsisten memudahkan anda membina tabiat penjagaan kesihatan usus sebagai sebahagian daripada gaya hidup harian1,2.

Antara kelebihan probiotik yang sering dikaitkan dengan kesihatan usus termasuk:

Mengimbangi mikrobiom usus

Probiotik membantu mengimbangi mikrobiom usus dan menyokong keseimbangan bakteria baik dalam sistem penghadaman1,5.

Kajian menunjukkan penggunaan probiotik boleh meningkatkan bilangan bakteria baik seperti Lactobacillus dan Bifidobacterium dalam usus1.

Ini antara sebab utama kelebihan probiotik sering dikaitkan dengan kepentingan menjadikannya sebahagian daripada rutin penjagaan kesihatan harian.

Membantu pencernaan, antara kelebihan probiotik

Satu lagi kelebihan probiotik ialah keupayaannya menyokong fungsi penghadaman. Probiotik membantu meningkatkan fungsi penghalang usus serta menyokong proses pencernaan dan penyerapan nutrien2.

kelebihan probiotik
Probiotik menyokong fungsi penghadaman dan keseimbangan bakteria baik dalam usus.

Menyokong fungsi imun

Selain kesihatan penghadaman, kelebihan probiotik juga termasuk membantu menyokong fungsi sistem imun6,7. Ini kerana usus mempunyai hubungan yang rapat dengan sistem pertahanan semula jadi badan8.

Tip membina tabiat penjagaan usus harian tanpa culas

Untuk menikmati kelebihan probiotik secara berterusan,cara paling mudah ialah mengaitkan pengambilannya dengan rutin yang sudah dilakukan setiap hari.

Membina tabiat baharu tidak semestinya sukar, contohnya dengan mengambil probiotik selepas bersarapan atau sebelum keluar bekerja.

Selain itu, anda juga boleh menetapkan peringatan pada telefon, menyimpan minuman probiotik di tempat yang mudah dilihat atau menjadikannya sebahagian daripada rutin seisi keluarga. Langkah kecil ini dapat membantu memastikan pengambilan probiotik dilakukan secara lebih konsisten setiap hari.

Antara tip yang boleh diamalkan:

  • Minum probiotik selepas sarapan setiap hari
  • Tetapkan peringatan pada telefon
  • Simpan minuman probiotik di tempat yang mudah dilihat
  • Jadikan pengambilan probiotik sebagai sebahagian daripada rutin keluarga

Bagi mereka yang mempunyai jadual harian yang padat, minuman probiotik seperti Yakult boleh menjadi pilihan yang mudah dan praktikal untuk dijadikan sebahagian daripada rutin harian9.

Setiap botol Yakult mengandungi lebih daripada 30 bilion bakteria hidup Lacticaseibacillus paracasei Shirota strain (LcS), iaitu strain probiotik yang telah dikaji secara meluas. Pengambilannya yang mudah menjadikannya pilihan sesuai untuk diamalkan setiap hari10.

kelebihan probiotik
Shirota strain dalam Yakult menyokong keseimbangan bakteria baik dalam usus.

Bila nak makan probiotik?

Secara umumnya, probiotik boleh diambil pada bila-bila masa. Tidak kira waktu pagi, tengah hari atau malam, pilihlah waktu yang paling mudah untuk anda kekal konsisten setiap hari9.

Antara waktu yang sering dipilih oleh individu untuk mengambil probiotik termasuk:

  • Pada waktu pagi selepas sarapan
  • Selepas makan tengah hari
  • Sebelum tidur
  • Pada waktu yang sama setiap hari

Walaupun ramai mencari bila nak makan probiotik untuk mendapatkan kesan terbaik, perkara yang lebih penting ialah memastikan ia menjadi sebahagian daripada rutin harian yang konsisten1,2.

Jadikan Yakult sebahagian daripada rutin harian anda

Kesihatan usus memerlukan perhatian setiap hari, bukan hanya apabila timbul masalah penghadaman. Sebab itu, pengambilan probiotik secara konsisten penting untuk membantu membantu mengekalkan komuniti bakteria baik dalam usus1,2.

Menjadikan Yakult sebahagian daripada rutin harian tidak memerlukan perubahan besar. Dengan hanya sebotol setiap hari, anda boleh mengambil langkah mudah untuk menyokong kesihatan usus sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat.

Antara sebab ramai memilih Yakult sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka:

  • Mengandungi lebih daripada 30 bilion bakteria hidup Lacticaseibacillus paracasei Shirota strain (LcS) dalam setiap botol
  • Mengandungi strain unik yang telah dikaji secara saintifik10
  • Mudah diamalkan sebagai sebahagian daripada rutin harian
  • Menyokong kesihatan usus1,2.

Apabila pengambilan probiotik dijadikan sebahagian daripada rutin harian, lebih mudah untuk menikmati manfaatnya secara konsisten sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat1,2.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, klik di sini.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Sanders, M. (2011). Impact of Probiotics on Colonizing Microbiota of the Gut. Journal of Clinical Gastroenterology, 45, S115–S119. https://doi.org/10.1097/MCG.0b013e318227414a, Diakses pada Jun 15, 2026. 
  2. Sanders, M., Merenstein, D., Reid, G., Gibson, G., & Rastall, R. (2019). Probiotics and prebiotics in intestinal health and disease: from biology to the clinic. Nature Reviews Gastroenterology & Hepatology, 1-12. https://doi.org/10.1038/s41575-019-0173-3.  Diakses pada Jun 15, 2026.
  3. Mahadeva, S., Yadav, H., Rampal, S., & Goh, K. (2010). Risk Factors Associated With Dyspepsia in a Rural Asian Population and Its Impact on Quality of Life. The American Journal of Gastroenterology, 105, 904-912. https://doi.org/10.1038/ajg.2010.26. Diakses Jun 15, 2026. 
  4. Papizadeh, M., Rohani, M., Nahrevanian, H., Javadi, A., & Pourshafie, M. (2017). Probiotic characters of Bifidobacterium and Lactobacillus are a result of the ongoing gene acquisition and genome minimization evolutionary trends.. Microbial pathogenesis, 111, 118-131 . https://doi.org/10.1016/j.micpath.2017.08.021. Diakses Jun 15, 2026. 
  5. Cristofori, F., Dargenio, V., Dargenio, C., Miniello, V., Barone, M., & Francavilla, R. (2021). Anti-Inflammatory and Immunomodulatory Effects of Probiotics in Gut Inflammation: A Door to the Body. Frontiers in Immunology, 12. https://doi.org/10.3389/fimmu.2021.578386. Diakses Jun 15, 2026. 
  6. Hardy, H., Harris, J., Lyon, E., Beal, J., & Foey, A. (2013). Probiotics, Prebiotics and Immunomodulation of Gut Mucosal Defences: Homeostasis and Immunopathology. Nutrients, 5, 1869 – 1912. https://doi.org/10.3390/nu5061869. Diakses Jun 15, 2026. 
  7. Ashraf, R., & Shah, N. (2014). Immune System Stimulation by Probiotic Microorganisms. Critical Reviews in Food Science and Nutrition, 54, 938 – 956. https://doi.org/10.1080/10408398.2011.619671. Diakses Jun 15, 2026.  
  8. Wiertsema, S. P., van Bergenhenegouwen, J., Garssen, J., & Knippels, L. M. J. (2021). The Interplay between the Gut Microbiome and the Immune System in the Context of Infectious Diseases throughout Life and the Role of Nutrition in Optimizing Treatment Strategies. Nutrients, 13(3), 886. https://doi.org/10.3390/nu13030886. Diakses Jun 15, 2026. 
  9. Harvard Health. (2025). How to get more probiotics. https://www.health.harvard.edu/staying-healthy/how-to-get-more-probiotics. Diakses Jun 15, 2026. 
  10. Roselli M, Natella F, Zinno P, Guantario B, Canali R, Schifano E, De Angelis M, Nikoloudaki O, Gobbetti M, Perozzi G and Devirgiliis C (2021) Colonization Ability and Impact on Human Gut Microbiota of Foodborne Microbes From Traditional or Probiotic-Added Fermented Foods: A Systematic Review. Front. Nutr. 8:689084. doi: 10.3389/fnut.2021.689084. https://doi.org/10.3389/fnut.2021.689084.  Diakses Jun 15, 2026.

Versi Terbaru

06/08/2026

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Nak Cepat Hentikan Cirit-Birit? Amalkan 4 Makanan & Minuman Ini!

Nak Probiotik Berkesan Pada Badan? Jangan Salah Pilih Waktu Makan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan