backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

WOW! Ada 12 Manfaat Jambu Batu Untuk Ibu Hamil, Paling Best, Khasiat No.12!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 11/07/2023

    WOW! Ada 12 Manfaat Jambu Batu Untuk Ibu Hamil, Paling Best, Khasiat No.12!

    Buah jambu batu merupakan antara buah tropika kegemaran ramai. Lebih enak jika dimakan sejuk. Tapi ada ke khasiat jambu batu untuk ibu hamil?

    Selamatkah buah jambu batu buat wanita hamil?

    Dengan rasanya yang enak dan manis, buah jambu ini secara amnya selamat dan baik untuk dimakan buat wanita semua peringkat kehamilan. 

    Ia buah yang kaya dengan nutrien serta memberikan manfaat kesihatan, terutamanya sepanjang tempoh kehamilan.

    Buah ini harus dikupas sebelum dimakan bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan.

    Paling utama, ibu yang mengandung perlu memastikan pengambilan jambu batu ini tidak melebihi berat antara 100 hingga 125 gram sehari.

    Pengambilan secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan dan ia harus dielakkan bagi menghindari kesan buruk kepada janin

    Tetapi adakah anda tahu manfaat dan khasiat jambu batu ini untuk mereka yang sedang berbadan dua?

    Khasiat jambu batu untuk wanita hamil

    Buah jambu ini secara keseluruhan adalah amat baik untuk pemakanan ibu hamil.

    Ini kerana ia menawarkan pelbagai kebaikan dan nutrien yang diperlukan sepanjang tempoh mengandung.

  • Meningkatkan imuniti
  • Buah jambu ini kaya dengan vitamin C yang berperanan penting dalam menguatkan sistem imun. 

    Ia membantu meningkatkan metabolisme dan imuniti badan, serta melindungi daripada pelbagai penyakit dan jangkitan. 

    1. Mengimbangkan tahap tekanan darah

    Wanita hamil terdedah kepada tekanan darah tinggi semasa mengandung. 

    Tetapi pemakanan buah jambu batu yang tinggi kandungan kalium dapat membantu mengekalkan tahap tekanan darah dan mengelakkan risiko keguguran dan kelahiran pramatang

    1. Khasiat jambu batu dalam mengawal kadar gula dalam darah

    Diabetes gestasi adalah masalah biasa dialami ketika mengandung, terutamanya pada minggu ke-24 kehamilan. 

    Buah jambu berpotensi untuk mengawal kadar gula darah kerana kandungan serat yang tinggi serta kehadiran karbohidrat kompleks. Ini sekali gus dapat mencegah masalah diabetes semasa hamil. 

    1. Cegah sembelit dan buasir

    Sembelit dan buasir juga antara keadaan yang kerap dihadapi wanita hamil, tetapi pengambilan buah jambu dapat mencegahnya. 

    Anda perlu berterima kasih kepada kandungan serat tinggi dalam jambu yang memastikan perjalanan pergerakan usus baik dan tepat pada masanya. 

    khasiat jambu batu

    1. Meningkatkan pencernaan

    Memakan jambu batu semasa mengandung membantu menjaga kesihatan sistem pencernaan. Ia mencegah masalah pencernaan seperti pedih ulu hati, mual dan banyak lagi. 

    Memakan makanan beralkali disyorkan kepada wanita hamil kerana dapat menurunkan risiko mengembangkan keasidan dan refluks gastroesofagus.

    Buah jambu ini umumnya bersifat alkali dan membantu menyeimbangkan kandungan asid dalam perut. 

  • Rendahkan risiko kanser, salah satu khasiat jambu batu
  • Kes kanser dalam kalangan ibu mengandung jarang berlaku, tetapi bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati?

    Jambu yang mengandungi antioksidan boleh membantu melawan barah. Ia juga kaya dengan likopen dan vitamin C untuk menyahtoksik badan. 

    1. Meningkatkan penglihatan

    Jambu batu kaya dengan vitamin A dan dapat mencegah risiko kebutaan serta meningkatkan tahap penglihatan buat ibu dan janin. 

    1. Sistem saraf bayi

    Selain kebaikan pada ibu, buah jambu yang mengandungi asid folik dan vitamin B9 bermanfaat dalam membantu perkembangan otak dan sistem saraf bayi. 

    Asid folik adalah vitamin penting untuk wanita hamil kerana membantu mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida.

    1. Mengurangkan risiko anemia

    Keperluan zat besi semasa mengandung akan meningkat. 

    Buah jambu mempunyai kandungan zat besi yang mencukupi bagi menjaga kadar hemoglobin sekali gus mengurangkan kecenderungan mengalami anemia. 

    1. Sumber vitamin B3 dan B6

    Jambu batu merupakan sumber vitamin B3 dan B6 semula jadi yang baik serta penting untuk dimasukkan dalam pemakanan ibu hamil. Ini kerana ia dapat menyumbang kepada kesihatan kognitif.

    Vitamin ini juga meningkatkan kesihatan otak janin dan memperbaiki tahap tumpuan serta fokus kepada wanita yang sedang mengandung. 

    khasiat jambu batu

    1. Khasiat jambu batu: Boleh menenangkan fikiran ibu

    Tekanan yang dialami semasa hamil akan mengeluarkan kortisol, berisiko menjejaskan keadaan anda. 

    Tetapi dengan pengambilan jambu yang merupakan sumber magnesium dapat menenangkan otot dan saraf, sekali gus mengurangkan tekanan yang dihadapi. 

    1. Mengurangkan mabuk pagi

    Dikatakan kandungan vitamin C dalam jambu adalah baik untuk mengawal mabuk pagi (morning sickness).

    Apa kata jika anda berasa mual, cuba untuk memakan sepotong jambu. Mungkin ia membantu mengatasinya.

    Makan buah jambu dalam jumlah sederhana

    Apa juga makanan haruslah diambil dalam kuantiti yang sederhana dan berpada-pada. 

    Jika secara berlebihan, pastinya ia boleh mendatangkan kesan dan mudarat kepada kesihatan.

    Begitu jugalah dengan pengambilan jambu batu ini, jika wanita hamil memakannya secara berlebihan pasti akan menimbulkan masalah. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 11/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan