Dr. Amy Kor memperoleh ijazah perubatan pada tahun 2011 di Russian National Research Medical University, Moscow, Rusia. Beliau kemudiannya kembali ke Kuala Lumpur bagi menjalani latihan Housemanship di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan menamatkan perkhidmatannya di hospital kerajaan pada 2014.
Dr. Amy kemudian menyambung perkhidmatan di sektor swasta dalam Jabatan Kemalangan & Kecemasan. Selepas 2 tahun, beliau berhijrah ke Suzhou, China dan berkhidmat sebagai Doktor Perubatan. Dengan pengalaman yang ditimba di sana, beliau kemudiannya kembali ke Malaysia dan berkhidmat di salah sebuah klinik korporat di Kuala Lumpur. Dr. Amy yang juga memiliki Diploma Kesihatan Pekerjaan dan Persijilan Estetik Malaysia kini berkhidmat di Klinik Neumedik Bangkok Bank.