Kebiasaannya, merkuri ditemui dalam produk kecantikan kulit wajah. Pun begitu, tahukah anda bahawa merkuri juga sebenarnya ada dalam makanan laut? Ketahui jenis makanan laut yang mengandungi merkuri.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Jom teruskan pembacaan anda.
Bagi kebanyakan individu, tahap merkuri yang terkandung dalam ikan dan kerang-kerangan bukanlah satu hal yang membimbangkan kerana makanan laut atau seafood ini secara umumnya adalah makanan yang sihat.
Pengambilannya mengikut kuantiti yang sesuai setiap hari akan menyediakan anda dengan protein berkualiti tinggi dan nutrien serta mineral penting lain.
Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa makanan laut adalah rendah lemak tepu dan tinggi asid lemak omega-3.
Namun begitu, pengambilannya yang terlalu banyak pula akan menyebabkan tahap merkuri yang tinggi dalam badan.
Ia sangat berbahaya buat janin dan kanak-kanak kerana tahap merkuri yang tinggi boleh merosakkan otak dan sistem saraf mereka.
Jadi, Food and Drug Administration (FDA) dan Environmental Protection Agency (EPA) menyarankan bakal ibu, wanita hamil, ibu menyusu, dan kanak-kanak harus mengehadkan pengambilan makanan laut mereka.
Pengambilan diet yang seimbang sangat penting dalam kehidupan seharian terutamanya ketika anda sedang hamil.
Terdapat beberapa jenis makanan yang tidak disarankan oleh pakar nutrisi untuk dimakan oleh ibu hamil termasuklah seafood.
Secara amnya, makanan ini adalah sihat dan selamat untuk dimakan. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui terlebih dahulu.
Wanita hamil perlu mengambil sekurang-kurangnya 200 hingga 350 gram ikan dalam masa seminggu.
Ini kerana ia merupakan jenis makanan yang penting kerana ia kaya dengan protein, zat besi dan omega-3.
Wanita hamil yang tidak mempunyai apa-apa komplikasi kesihatan perlu mengambil sekurang-kurangnya 27 mg zat besi setiap hari untuk mengelakkan anemia.
Selain itu, wanita hamil juga perlu mengambil 71 gram protein setiap hari untuk memastikan tumbesaran bayi yang sihat.
Ikan juga kaya dengan asid lemak omega-3 yang penting untuk otak dan sistem saraf bayi dalam kandungan.
Asid lemak ini mampu membantu mengelakkan kelahiran bayi pramatang, bayi kurang berat ketika lahir serta mengurangkan risiko praeklampsia.
Usah risau, bukan semua seafood mengandungi merkuri! Namun, ada beberapa jenis makanan laut yang anda perlu kawal pengambilannya kerana mengandungi merkuri.
Merkuri merupakan bahan toksik yang boleh ditemui dalam beberapa jenis ikan seperti ikan kembung. Wanita hamil yang makan ikan mengandungi kadar merkuri tinggi berisiko merosakkan otak bayi dan tumbesaran mereka.
Ikan tuna mempunyai amaun merkuri yang sedikit berbanding ikan yang lain dan selamat untuk dimakan oleh wanita hamil.
Namun langkah pencegahan harus dibuat dan pengambilan ikan yang mempunyai kandungan merkuri tidak disyorkan untuk dimakan oleh wanita hamil.
Ikan yang disalai tidak seharusnya ada dalam diet wanita hamil kerana boleh meningkatkan risiko listeria. Lebih selamat jika anda makan seafood dalam tin.
Namun harus diingatkan bahawa makanan dalam tin tersebut perlu dipastikan untuk dimasak dengan baik sebelum dimakan oleh wanita hamil.
Ikan yang tercemar akibat persekitaran habitat mereka mempunyai kandungan polychlorinated biphenyls (PCBs) yang tinggi.
Anda perlu memeriksa dan memastikan ikan sungai atau tasik seperti ikan pike dan ikan salmon yang ingin dimakan bebas daripada persekitaran yang tercemar sebelum membeli dan memakannya.
Bukan sahaja buat wanita hamil, merkuri juga sebenarnya sangat berbahaya kepada semua individu tidak kira jantina atau usia. Oleh itu, cuba kurangkan pengambilan seafood.
Persoalannya, bagaimana kita boleh menukar tabiat pemakanan kita untuk mengurangkan pendedahan kepada merkuri yang terdapat dalam makanan laut?
Anda boleh mengikuti nasihat berikut untuk mengelakkan pengambilan atau pendedahan tinggi kepada merkuri dalam amalan pemakanan anda:
Secara umumnya, makanan laut bermanfaat untuk kesihatan anda.
Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang disarankan untuk mengelak pengambilan makanan yang mengandungi merkuri. Oleh itu, awasi keadaan kesihatan dan diet anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen