Apakah antara rawatan yang ditawarkan di klinik kesuburan? Dan bagaimana pula kos rawatan kesuburan di klinik swasta? Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk maklumat lanjut mengenainya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Antara jenis rawatan di klinik kesuburan
Jika anda dan pasangan merupakan antara mereka yang menghadapi masalah kemandulan, pastinya kalian menyedari peluang untuk hamil boleh menjadi sesuatu yang sukar dicapai.
Namun kini terdapat pelbagai pilihan rawatan kesuburan yang ditawarkan bagi membantu meningkatkan peluang kehamilan.
Berikut merupakan antara gambaran ringkas berkaitan prosedur rawatan kesuburan yang boleh anda pilih dan lakukan.
Persenyawaan In-Vitro (IVF)
Dalam prosedur IVF, ovari dirangsang menggunakan ubat supaya ia menghasilkan lebih banyak telur berbanding biasa. Telur tersebut kemudiannya diekstrak dan disenyawakan dengan sperma di dalam makmal.
Telur yang berjaya disenyawakan – dikenali sebagai embrio – kemudiannya akan dikembalikan ke dalam rahim untuk membesar dan berkembang. Kaedah ini juga dikenali sebagai bayi tabung uji.
Intrauterine insemination (IUI)
IUI atau inseminasi dalam rahim melibatkan prosedur di mana sperma berkualiti tinggi diasingkan daripada yang tidak.
Sperma ini akan dimasukkan ke dalam rahim untuk bertemu dengan telur semasa tempoh subur (ovulasi).

Analisis air mani, antara rawatan ditawarkan di klinik kesuburan
Prosedur ini akan menjalankan pemeriksaan lebih terperinci terhadap air mani melibatkan bilangan sperma, morfologi, motility serta kualiti sperma.
Pengambilan oosit
Oocyte pick up adalah proses mengumpul telur matang terus daripada ovari wanita. Prosedur ini biasanya dilakukan melalui pembedahan kecil.
Pembekuan oosit embrio dan sperma
Oosit atau embrio mahupun sperma akan disimpan di dalam cecair nitrogen untuk kegunaan pada masa yang diperlukan.
Intracytoplasmic sperm injection (ICSI)
ICSI atau suntikan sperma intrasitoplasmik adalah rawatan bagi lelaki yang mempunyai kiraan sperma berkualiti rendah.
Dalam prosedur ini sperma disuntik terus ke dalam oosit untuk persenyawaan. Ia dipercayai dapat meningkatkan peluang untuk hamil kerana sperma tidak perlu untuk menembusi telur kerana proses itu sudah dilakukan dengan suntikan.


Pendermaan telur dan sperma
Jika anda dan pasangan mengalami masalah ketidaksuburan dengan telur atau sperma, anda mungkin boleh menerima telur atau sperma daripada penderma untuk membantu kehamilan.
Rawatan dengan telur penderma biasanya dijalankan dengan kaedah IVF.
Senarai klinik kesuburan seluruh Malaysia
Anda sudah tahu antara rawatan yang ditawarkan di klinik kesuburan. Jadi berikut pula antara senarai klinik swasta di seluruh Malaysia yang menawarkan rawatan kesuburan:
Selangor
Sophea Fertility Centre
106, Jalan Gasing, Seksyen 5, 46000 Petaling Jaya, Selangor
03-7622 8622
Ever Link Fertility Centre
Unit G-2 Level Ground, The Podium Tower 3, UOA Business Park, No 1, Jalan Pengaturcara U1/51a, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor
03-5888 8335
KPJ Damansara Fertility Centre
G-06, 119, Jalan SS 20/10, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
010-400 3163
Vamsam Fertility and Health Care
No 58, Jalan 11/10, Taman Koperasi Polis Fasa I, 68100 Batu Caves, Selangor
011-2321 2166
Klinik kesuburan di Kuala lumpur
KL Fertility & Gynecology Centre
LG Lot 30, DC MALL, No 6, Jalan Damanlela, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
03-2780 4288
Pusat Pakar Wanita & Kesuburan Ng
27, Jalan Kuchai Maju 1, Jalan Kuchai Lama, Kuchai Entrepreneurs Park, 58200 Kuala Lumpur
03-7984 8105
Mak Women & Fertility Center Specialist
5, Jalan 1/116B, Kuchai Entrepreneurs Park, 58200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
03-7980 4618
Verdure Healthcare Consultancy Sdn Bhd
16th Floor, Wisma Uoa 2, Suite 16-1, No.21, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur
03-2713 5565
Negeri sembilan
Metro IVF
16, 17 & 18, Jalan Rasah Prima 2, Pusat Komersial Rasah Prima, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
06-630 3202
Klinik Pakar Wanita Metro
Jalan S2 B17, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
06-603 6556
Klinik Pakar Wanita Sukhilmi
1-G, Jalan Coco Drive 3, Taman Bandar Senawang, Senawang, Negeri Sembilan, 70450 Seremban
06-675 2560
Klinik Nilai
59, Jalan Besar, Nilai, Seremban
06-799 1158
[embed-health-tool-ovulation]
Senarai klinik kesuburan di Melaka
Klinik Pakar Wanita Liu & Vincent Sdn Bhd
G18, Bangunan Kings Hotel, Lebuh Ayer Keroh, Ayer Keroh, 75450 Melaka
06-231 2468
Selva’s Fertility, Obstetrics and Gynaecology Clinic
Suite 105, Mahkota Medical Centre, 3 Mahkota Melaka, Jalan Merdeka 3 Mahkota Melaka, Jln Merdeka, 75000 Melaka
06-282 3833
Johor
Clinic Gynecologists And Fertility
41, Jalan Permas 4/4, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru, Johor
07-387 0466
TMC Fertility and Women’s Specialist Centre Johor Bahru
04-02 & 04-03 Level 4 Menara Landmark Medical Suites, 12, Jalan Ngee Heng, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
07-278 0088
Kensington Green Fertility Centre Johor Bahru
2, Jalan Ceria 20, Taman Nusa Indah, 79100 Nusajaya, Johor
07-213 3889
Dr Sharifah’s Obgyn Clinic & Laparoscopic Surgery
Suite D5, No, 1, Jln Suria, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor
010-288 8645
Perak
Ng Ipoh Specialist Clinic Fertility
91, Jalan Kamaruddin Isa, Taman Fair Park, 31400 Ipoh, Perak
05-546 6700
Sunfert Ipoh
NO 2-35G & 2-36G, Festival Walk @ Ipoh, Jalan Medan Ipoh 1, Medan Ipoh Bistari, 31400 Ipoh, Perak
03-7622 8633
Klinik Pakar Dr Dharmini
33A, Persiaran Komersial 4, Jln Lintang, Komersial Waterfront, 31200 Sungai Siput, Perak
018-900 2402
R. S. Specialist Clinic
36, Jalan Fair Park, Jalan Kamaruddin Isa, Fair Park, 31400 Ipoh, Perak
05-545 0700
Pulau Pinang
Genesis IVF & Women’s Specialist Centre
Gurney Paragon, Level 7, Unit L7-01, 163D, Persiaran Gurney, 10250 George Town
04-226 3322
Star Fertility Penang
Gembira Parade 1 No. 18-1-01 Lorong Delima 1 Jelutong, 11600 George Town, Pulau Pinang
04-656 2333
Ram Fertility & Women’s Specialist Clinic
2, 1-1-12,1-1-12A,1-1, 14, Lebuh Bukit Kecil 6, Krystal Point Corporate Park, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
011-5500 5992
Clinic & Specialist Clinic Qoay
40 A, Lintang Angsana, Bandar Baru Air Itam, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang
04-826 0813
Kedah
Klinik Pakar Wanita Dan Kesuburan Vistana
Jalan Vistana Indah 2, 06500 Langgar, Kedah
017-407 2149
Chang & Koh Maternity & Fertility Center Specialist
11,12&13, Jalan Kelang Lama, Taman Cenderawasih, 09000 Kulim, Kedah
04-495 3878
Puteri Ayu Obstetrics And Gynecology Specialist Centre
11, Lorong 17, Taman Petani Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah
04-421 1288
Klinik kesuburan di Terengganu
Klinik Raihana
pt 18092 (gf Jalan Besar, KPLK Perniagaan, Kampung Sura Gate, 23000 Kuala Dungun, Terengganu
09-848 1771
Klinik Ummi Azizan
Kampung Panglima, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu
09-624 5292
Klinik Ar-Rijal
Lot 2989, 5894, Jalan Sultan Mohamad, Gong Kapas, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu
011-1611 4545
Klinik Keluarga Ilyana Kuala Terengganu
Lot No 134-D, Wisma Kesang, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kg Tanjong Mengabang, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu
09-628 5969
Klinik kesuburan di Kelantan
ReHAK (Reproductive Health Association of Kelantan )
2, Jln Kebun Sultan, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan
09-748 3323
Klinik Primer Lembah Sireh Dr. Siti Sabariah Ismail
PT360, Klinik Primer Lembah Sireh, Lembah Sireh Shop Lot, 15050 Kota Bharu, Kelantan
09-743 7780
Klinik Medicure Wly
pt 704-G, persiaran humairah, Tanah Merah, 17500 Tanah Merah, Kelantan
09-955 1188
Pahang
Klinik Indra – Klinik Wanita Mentakab (Pakar Sakit Puan-Gynae)
32, Jalan Orchid, Kampung Catin, 28400 Mentakab, Pahang
09-277 3167
W.Y. Ko Specialist Maternity & Gynaecology Centre
B-2269, Jalan Beserah, 25300, Kuantan, Pahang, 25300
09-566 7805
Klinik Mutiara
61, Jalan Perdagangan 5, Pusat Perdagangan Raub, Pahang, 27600 Daerah Raub
09-355 3161
Klinik As-Salam Indera Mahkota, Kuantan
B42-B44 GF, Jalan IM 7/5, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
017-464 5969
Sarawak
Sunway Fertility Centre Kuching
Jln Stutong Baru, 93350 Kuching, Sarawak
019-432 8323
London Fertility Center
Lot 2753, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Central Park, 93150 Kuching, Sarawak
082-232 222
Klinik Syafa
Ground Floor, 512, Jln Kulas, 93400 Kuching, Sarawak
014-698 1573
Sabah
SabahCare Fertility Centre
Lot 17, Block C, Kepayan Point, 88300, 88200 Kota Kinabalu, Sabah
018-778 0185
SabahCare Specialist Clinic
Tingkat Bawah, Block C, Unit 9, Lintas Jaya, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
014-671 7851
Klinik kesuburan di Labuan
Klinik Suria (Labuan) Sdn. Bhd.
U0200, 700, 87000, Wilayah Persekutuan Labuan
087-504 969
Klinik Perubatan Ong Sdn. Bhd.
Bandar Labuan, 87007 Victoria, Wilayah Persekutuan Labuan
087-414 546

Kos rawatan kesuburan di klinik swasta
Mesti ada yang ingin mengetahui mengenai kos untuk mendapatkan rawatan kesuburan, bukan?
Sudah tentu, kos rawatan kesuburan di klinik swasta adalah lebih mahal berbanding di klinik kesuburan kerajaan.
Kos bagi klinik kesuburan swasta seperti kos rawatan kesuburan di KPJ terbahagi kepada beberapa peringkat.
Untuk melakukan penilaian kesuburan asas, bayaran yang dikenakan bermula RM700 dan ke atas. Manakala pemeriksaan asas IVF pula bermula RM900.
Manakala bagi kos rawatannya pula boleh mencecah ribuan bahkan puluhan ribu ringgit bergantung kepada rawatan pilihan anda.
Untuk mengetahui kos dengan lebih terperinci, anda disarankan untuk berunding terus dengan pakar di klinik yang menawarkan prosedur rawatan kesuburan.
Penafian:
Senarai klinik di atas adalah berdasarkan carian di Google. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang penukaran alamat atau no telefon.