backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

Ada Banyak Warna Air Mani, Dan Setiap 'Color' Mempunyai Maksud Tertentu, Lelaki Kena Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 05/10/2022

    Ada Banyak Warna Air Mani, Dan Setiap 'Color' Mempunyai Maksud Tertentu, Lelaki Kena Tahu!

    Jangan tak tahu, warna air mani pun ada pelbagai. Air mani lelaki yang kita ketahui biasanya berwarna putih atau sedikit kekuning-kuningan.

    Namun, dalam masa yang sama terdapat juga air mani berwarna lain seperti merah, hijau, merah jambu, coklat, oren bahkan berwarna hitam.

    Kesemua jenis air mani lelaki ini mempunyai maksud dari segi kesihatan. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    Mengapa ada warna air mani tertentu?

    Air mani pada kebiasannya mempunyai tekstur seperti jeli dan berwarna putih atau sedikit kekuningan.

    Air mani dengan warna yang normal ini bergantung kepada genetik, pemakanan dan juga tahap kesihatan keseluruhan anda. 

    Namun, adakalanya warna air mani akan berubah seketika sekiranya anda mengalami simptom tertentu.

    Maksud jika warna air mani jernih, putih atau kelabu?

    Jika air mani anda berwarna jernih, putih atau sedikit kelabu, ia petanda air mani normal dan sihat.

    Air mani terbuat daripada pelbagai jenis mineral, hormon dan enzim. Kesemua ini mempengaruhi warna dan juga tekstur air mani anda.

    Bahan utama dalam kelenjar prostat mempengaruhi warna air mani. Bahannya ialah: 

    • Asid sitrik
    • Asid fosfatase
    • Kalsium
    • Sodium
    • Zink
    • Kalium
    • Enzim pemisahan protein
    • Fibrinolysin

    Bagaimana pula jika warna air mani kuning atau hijau?

    #1. Air kencing dalam air mani

    warna air mani

    Dalam salur kencing, mungkin terdapat sisa air kencing yang masih tertinggal dalam saluran tersebut. Ia disebut sebagai urinary retention.

    Apabila air mani keluar melalui saluran ini, ia akan bercampur dengan sisa air kencing anda yang menyebabkannya berwarna kekuningan

    Ini biasanya berlaku apabila anda berejakulasi selepas membuang air kecil. Ini adalah normal dan tidak perlu dirisaukan.

    Namun, terdapat juga beberapa penyebab lain seperti jangkitan saluran kencing, prostat yang membesar dan jangkitan pada prostat.

    #2. Jaundice atau penyakit kuning

    Penyakit kuning berlaku apabila pigmen berwarna kuning, bilirubin ditinggalkan dalam tubuh saat hati menguraikan sel darah merah. Ini juga menyebabkan warna air mani kekuningan.

    #3. Leukocytospermia

    Terjadi apabila terlalu banyak sel darah putih dalam air mani anda, menyebabkan ia menjadi kuning. 

    Penyebab kepada berlakunya Leukocytospermia- jangkitan kelamin, jangkitan pada prostat dan penyakit autoimun.

    #4. Jangkitan pada prostat (Prostatitis)

    Jangkitan pada prostat juga boleh menyebabkan air mani kekuningan.

    Jenis air mani lelaki ini terjadi apabila bakteria daripada saluran kencing memasuki kelenjar prostat.

    Antara simptom jangkitan prostat ialah:

    • Sukar kencing
    • Kesakitan ketika kencing
    • Rasa ingin kerap kencing
    • Sakit pada bahagian tubuh bawah
    • Sakit pada sekitar rektum
    • Sakit ketika berejakulasi
    • Rasa letih
    • Demam
    • Kesejukan

    #5. Pemakanan

    Makan makanan yang tinggi dengan pewarna kuning turut boleh menyebabkan kekuningan pada air mani anda.

    Selain itu makanan yang tinggi dengan kandungan sulfur seperti bawang dan juga bawang putih juga memberi kesan terhadap air mani anda

    Apa tandanya jika air mani warna merah, merah jambu, coklat atau oren?

    Air mani merah atau merah jambu adalah tanda berlakunya pendarahan.

    Air mani yang mempunyai warna sedikit kecoklatan atau oren pula lazimnya adalah tanda kesan darah lama.

    Air mani berdarah disebut sebagai hematospermia dan ia biasanya dikaitkan dengan beberapa jenis keadaan kesihatan iaitu:

    #1. Biopsi atau pembedahan prostat

    warna air mani

    Biopsi adalah satu kaedah di mana doktor mengambil sampel tisu daripada kelenjar prostat anda.

    Apabila tisu dipotong, mungkin akan berlaku sedikit pendarahan pada saluran kencing anda, sekali gus menyebabkan air mani bertukar menjadi merah, merah jambu atau kecoklatan.

    #2. Penyakit kelamin

    Penyakit kelamin seperti herpes, chlamydia dan juga gonorea boleh menyebabkan adanya darah dalam air mani anda.

    #3. Jangkitan prostat

    Jangkitan prostat juga boleh menyebabkan jenis air mani lelaki mempunyai warna kemerahan.

    Simptom-simptom jika berlakunya jangkitan prostat ialah:

    • Kesukaran untuk kencing
    • Kesakitan ketika kencing
    • Rasa ingin kerap kencing
    • Sakit pada bahagian tubuh bawah
    • Sakit pada sekitar rektum
    • Sakit ketika berejakulasi
    • Rasa letih
    • Demam
    • Kesejukan

    #4. Kerap melancap atau melakukan seks

    Selain itu, ada sesetengah kes yang berlaku menunjukkan ejakulasi yang kerap turut menyebabkan munculnya darah dalam air mani.

    Selain itu, jika anda menahan diri daripada klimaks, ia juga boleh menyebabkan kemunculan darah dalam air mani anda.

    Bagi jenis air mani lelaki ini, ia bukanlah satu perkara yang serius dan biasanya ia akan kembali normal dalam tempoh 1 atau 2 hari.

    #5. Kanser prostat, testis atau uretra

    Ada kemungkinan air mani berdarah adalah tanda kepada berlakunya kanser prostat, testikel atau uretra.

    Anda tidak perlu berasa risau memandangkan kebanyakan kes kanser seperti ini berjaya dirawat walaupun pada fasa akhir.

    Antara simptom-simptom yang memungkinkan anda menghidap kanser seperti ini ialah:

    • Sakit pada testis
    • Sakit pada skrotum
    • Sakit pada bahagian tubuh bawah
    • Sakit pada bahagian tubuh bawah (belakang)
    • Sakit di sekitar kawasan kemaluan

    Apakah maksud jika warna air mani hitam?

    Ini mungkin disebabkan oleh hematospermia.

    Ia adalah darah yang berada dalam tubuh pada waktu yang lama dan bertukar hitam.

    Dalam beberapa keadaan, jenis air mani lelaki ini juga menunjukkan beberapa perkara seperti berikut:

    #1. Kecederaan pada saraf tunjang

    warna air mani

    Jika berlaku kecederaan pada saraf tunjang anda, ia juga mungkin akan menyebabkan air mani anda berwarna coklat gelap atau hitam.

    Sebab utamanya masih tidak diketahui, namun ia mungkin ada kaitan dengan vesikel atau kelenjar air mani yang tidak berfungsi dengan baik. 

    #2. Adanya logam berat dalam tubuh

    Ada satu kajian yang dijalankan pada tahun 2013 mendapati, tahap logam berat yang tinggi dalam tubuh seperti plumbum, mangan, dan nikel boleh menyebabkan air mani bertukar menjadi hitam.

    Ini disebabkan beberapa faktor seperti makanan yang tercemar, air minuman atau faktor persekitaran yang lain.

    Kesimpulan

    Warna dan jenis air mani lelaki sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor keadaan kesihatan yang dialaminya.

    Ia juga bertindak sebagai petunjuk bagi beberapa keadaan kesihatan yang sedang dialami oleh seseorang lelaki.

    Jika anda mempunyai warna air mani atau jenis air mani lelaki seperti yang dinyatakan di atas, sila berjumpa dengan doktor dan lakukan pemeriksaan secepatnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 05/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan