backup og meta

Ada Masalah Untuk Hamil Secara Natural? Boleh Cuba Kaedah Pembekuan Telur

Ada Masalah Untuk Hamil Secara Natural? Boleh Cuba Kaedah Pembekuan Telur

Setiap wanita pasti mahu mempunyai anak suatu hari nanti. Tetapi bagaimana jika belum menemui pasangan atau mengalami masalah kesuburan? Prosedur pembekuan sel telur mungkin jawapannya!

Membekukan sel telur adalah pilihan yang dapat membantu merealisasikan impian anda untuk menimang cahaya mata.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kehamilan, anda boleh klik di sini.

Apakah itu pembekuan telur?

Pembekuan telur, juga dikenali sebagai cryopreservation oosit matang, adalah kaedah yang digunakan untuk menyelamatkan kemampuan seseorang wanita untuk hamil pada masa akan datang.

Telur yang diambil daripada ovari dibekukan dan disimpan untuk digunakan pada kemudian hari.

Telur beku boleh dicairkan, digabungkan dengan sperma di dalam makmal dan ditanam kembali di dalam rahim anda (persenyawaan in-vitro).

Pembekuan telur adalah salah satu cara untuk mengekalkan kesuburan wanita sehingga dia mampu untuk memiliki keluarga di masa depan.

Peluang hamil seseorang wanita secara semula jadi akan menurun ketika meningkat usia kerana kualiti dan bilangan telurnya bakal menurun.

Pembekuan telur boleh menjadi salah satu usaha untuk mengekalkan kesuburan dengan membekukan telur ketika seseorang wanita masih muda dan mempunyai telur yang berkualiti tinggi.

Wanita yang boleh mendapat manfaat daripada rawatan ini adalah:

sel telur
Tip hamil dengan cepat.

Apakah proses membekukan telur?

Walaupun pembekuan telur adalah proses berperingkat, namun ia jauh lebih mudah daripada yang anda fikirkan.

Ia adalah proses yang sama seperti persenyawaan in-vitro (IVF), dan satu-satunya perbezaan adalah selepas pengambilan telur, ia akan disimpan untuk digunakan kemudian hari.

Ini yang anda boleh jangkakan daripada proses pembekuan telur:

  • Anda menyuntik sendiri 2 sehingga 3 ubat hormon setiap hari selama 10 hingga 12 hari. Rakan atau keluarga boleh membantu jika perlu. Suntikan ini akan mendorong telur untuk berkembang pada masa yang sama
  • Untuk mengesan perkembangan telur dalam tempoh ini, anda juga mempunyai 4 sehingga 6 ultrabunyi
  • Setelah telur tersebut menjadi matang, anda bakal menjalani prosedur pembedahan yang diperhatikan melalui ultrabunyi untuk mengambilnya
  • Ahli embriologi (individu yang dilatih untuk memeriksa telur dan embrio) akan mengesahkan sama ada telurnya sudah matang, yang bermaksud mereka berpotensi untuk disenyawakan

[embed-health-tool-ovulation]

Adakah prosedur ini selamat?

pembekuan sel telur
Prosedur IVF di dalam makmal.

Kebanyakannya prosedur IVF adalah sangat selamat, walaupun sebilangan wanita mengalami kesan sampingan daripada ubat kesuburan yang diambil.

Kesannya mungkin hanya ringan, tetapi dalam kes yang teruk, seseorang wanita boleh mengalami sindrom hiperstimulasi ovari (OHSS), yang berpotensi membawa maut, jadi anda harus berwaspada dengan gejala-gejalanya.

Pastikan anda mendapat konsultasi daripada doktor atau golongan pakar sebelum melakukan apa-apa prosedur.

Risiko-risiko yang berpotensi

Prosedur pembekuan telur mampu membawa pelbagai risiko, termasuk:

  1. Kondisi kesihatan yang berkaitan dengan penggunaan ubat bagi masalah kesuburan. Namun, jarang sekali, penggunaan suntikan ubat bagi masalah kesuburan, seperti hormon perangsang folikel sintetik atau hormon luteinizing untuk mendorong ovulasi, boleh menyebabkan ovari membengkak dan menyakitkan sejurus selepas proses ovulasi atau pengambilan telur. Namun, sila pantau tanda dan gejala termasuk sakit perut, kembung, mual, muntah dan cirit-birit.
  2. Komplikasi prosedur pengambilan telur. Walaupun ia mungkin jarang berlaku, penggunaan jarum penyedut untuk mengambil telur berisiko menyebabkan pendarahan, jangkitan atau kerosakan pada usus, pundi kencing mahupun saluran darah.
  3.  Risiko emosi. Pembekuan telur dapat memberikan harapan kepada seseorang individu untuk kehamilan yang akan datang, tetapi tidak ada jaminan kejayaannya.
  4. Sekiranya anda menggunakan prosedur ini untuk mempunyai anak, risiko keguguran bergantung terutamanya pada usia anda ketika telur dibekukan. Wanita yang lebih tua mempunyai kadar keguguran yang lebih tinggi, terutamanya kerana mempunyai telur yang lebih tua.

Penyelidikan setakat ini tidak menunjukkan peningkatan risiko kecacatan kelahiran bagi bayi yang dilahirkan melalui kaedah pembekuan sel telur.

Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan mengenai keselamatan kaedah ini.

Berapa lama telur saya boleh disimpan?

Tempoh penyimpanan standard untuk sel telur maksimum adalah 10 tahun, walaupun sesetengah wanita dalam kondisi tertentu mungkin dapat menyimpan telurnya hingga usia 55 tahun.

Usah risau kerana pakar akan memberi nasihat sama ada anda memenuhi kriteria penyimpanan sel telur ini dan menerangkan apa yang perlu dilakukan sekiranya memenuhi kriteria tersebut.

Selain itu, penting untuk difahami bahawa pada masa ini jika anda menyimpan telur untuk alasan sosial, ia hanya boleh disimpan sehingga maksimum 10 tahun.

Dalam tempoh masa tersebut, anda mesti memaklumkan pihak klinik sekiranya berpindah dan menukar alamat.

Perkara ini adalah sangat penting kerana jika mereka tidak dapat menghubungi anda pada akhir tempoh persetujuan, mereka mungkin perlu mengeluarkan telur anda daripada stok simpanan dan membiarkannya rosak.

Sekiranya anda mempunyai pilihan untuk menyimpan selama 55 tahun, anda perlu mengesahkan bahawa anda ingin menyimpannya dalam masa yang lama dan doktor perlu mengesahkan sama ada anda layak untuk melakukannya.

Sekali lagi, sangat penting agar anda sentiasa berhubung dengan klinik untuk mengelakkan telur anda dibuang sekiranya simpanan anda habis.

Situasi di Malaysia

sel telur
Ovum dengan jarum dan sperma untuk inseminasi buatan.

Situasi di Malaysia mungkin agak berbeza berbanding di Barat. Ini kerana mengikut satu fatwa, wanita Islam di negara ini dilarang membekukan sel telur sebelum bernikah.

Pada masa yang sama, undang-undang syariah hanya membenarkan sel telur disenyawakan dengan sperma si suami sendiri, sekali gus melarang sama sekali pembekuan telur itu untuk tujuan sosial.


Di samping itu, Islam hanya menggalakkan pembekuan telur jika wanita berkenaan tidak mampu hamil secara normal diakibatkan masalah perubatan.

Kebanyakan wanita Islam yang memilih untuk melakukan prosedur membekukan telur mereka biasanya terdiri daripada golongan yang berdepan masalah kesuburan atau penyakit serius seperti kanser.

#IWD2022 #StandStrong

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Egg freezing. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/egg-freezing/about/pac-20384556#:~:text=Egg%20freezing%2C%20also%20known%20as,and%20stored%20for%20later%20use. Diakses September 2, 2020.

Freezing Eggs: Preserving Fertility for the Future. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/freezing-eggs-preserving-fertility-for-the-future. Diakses September 2, 2020.

Egg freezing. https://www.hfea.gov.uk/treatments/fertility-preservation/egg-freezing/. Diakses September 2, 2020.

Fertility Preservation. https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/17000-fertility-preservation. Diakses September 2, 2020.

Freezing Your Eggs: The Pros + Cons. https://health.clevelandclinic.org/freezing-your-eggs-the-pros-cons/. Diakses September 2, 2020.

Versi Terbaru

29/10/2024

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

“Tak Kisah Hamil Lambat, Sebab IVF Kan Ada", Ini 7 Mitos Tentang Kemandulan

Sedang Jalani Rawatan IVF, Boleh Ke Jika Lakukan Hubungan Kelamin? Ini Penjelasannya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 29/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan