backup og meta

Tak Sabar Tunggu 14 Hari Untuk Buat Ujian Kehamilan? Ini Tanda Persenyawaan Berjaya!

Tak Sabar Tunggu 14 Hari Untuk Buat Ujian Kehamilan? Ini Tanda Persenyawaan Berjaya!

Bagi pasangan yang merancang kehamilan, penantian tempoh 2 minggu untuk mengetahui tanda persenyawaan berjaya atau tidak, tentunya mendebarkan. Tapi tak mengapa, kerana ada tanda ovulasi berjaya disenyawakan yang boleh anda lihat, tanpa perlu tunggu 14 hari.

Ingin tahu apakah tanda ovulasi berjaya disenyawakan? Ayuh teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Mengenal pasti tanda ovulasi berjaya disenyawakan

Mesti anda tidak sabar untuk tahu apakah tanda ovulasi berlaku serta berapa lama proses persenyawaan berlaku bukan?

Namun sebelum itu, anda harus fahami bahawa simptom awal kehamilan boleh menyamai dengan gejala ketika ovulasi, sindrom pramentruasi (PMS) dan mereka yang mengambil ubat kesuburan.

Disebabkan itu, gejala ovulasi lepas atau days past ovulation (DPO) bukanlah ukuran yang boleh dipercayai 100% ketepatannya untuk menentukan seseorang wanita itu hamil atau tidak. 

Semestinya mendapatkan pemeriksaan doktor adalah jawapan yang terbaik!

wanita berovulasi
Tanda wanita sedang berovulasi.

Tanda ovulasi berjaya disenyawakan pada hari 0-7

Tempoh ovulasi adalah saat di mana ovari mengeluarkan telur – bermakna fasa luteal kitaran haid bermula. Fasa luteal ini akan berakhir dengan pendarahan haid, melainkan kehamilan berlaku.

Pada awal fasa luteal, wanita tidak akan mengalami sebarang tanda ovulasi berhasil berapa hari. Ini kerana ia tidak akan berlaku sehingga telur yang disenyawakan menempel ke dinding rahim.

Ketika fasa luteal, badan menghasilkan lebih progesteron – hormon yang membantu mengekalkan kehamilan awal. Tahap hormon ini akan memuncak pada hari ke 6-8 selepas ovulasi – walaupun kehamilan tidak terjadi.

Tahap progesteron boleh menjejaskan mood atau badan wanita – bermakna selepas seminggu atau lebih, anda mungkin mengalami gejala awal kehamilan yang sama seperti sebelum haid.

Apabila telur yang disenyawakan mencapai rahim dan menanam diri ke dalam rahim – tanda ovulasi berjaya disenyawakan ini dikenali sebagai implantasi dan menandakan permulaan kehamilan.

Proses implantasi ini biasanya berlaku antara 6-12 hari selepas tanda persenyawaan berjaya.

Pada ketika inilah anda mungkin mengalami gejala kehamilan seperti:

  • Kelembutan pada payudara
  • Kembung perut
  • Mengidam makanan
  • Tahap sensitiviti puting meningkat
  • Sakit kepala dan sakit otot

Pun begitu, gejala ini juga boleh dialami oleh mereka yang tidak hamil – disebabkan oleh peningkatan tahap progesteron semasa peringkat terakhir kitaran haid.

tanda ovulasi berjaya disenyawakan
Tempoh ovulasi lazim bagi wanita dengan kitaran haid teratur adalah pada hari ke-14.

Tanda ovulasi berjaya disenyawakan pada hari ke 7-10

Apabila proses implantasi berjaya, dianggarkan satu pertiga wanita akan mengalami pendarahan ringan atau bertompok yang disebut sebagai pendarahan implantasi.

Pendarahan atau tompokan darah ini biasanya berlangsung hanya 1-2 hari dan sangat ringan. Ia dianggap antara tanda awal kehamilan.

Semasa implantasi, badan akan mula menghasilkan hormon kehamilan yang disebut sebagai human chorionic gonadotropin (hCG). hCG bersama progesteron dan estrogen – bertanggungjawab untuk simptom kehamilan awal. hCG juga merupakan hormon yang akan dikenal pasti semasa ujian kehamilan dilakukan. 

Namun, ia boleh mengambil masa beberapa hari untuk hCG mencapai tahap yang boleh dikesan – jadi wujud kemungkinan jika ujian kehamilan dilakukan, anda akan mendapat keputusan negatif.

Tanda ovulasi berjaya disenyawakan pada hari ke 11-14

Beberapa hari selepas implantasi, tahap hCG mungkin cukup tinggi untuk menyebabkan gejala awal kehamilan.

Dalam masa yang sama, tempoh ini juga merupakan fasa kitaran haid jadi anda mungkin mengalami simptom sebelum pendarahan haid.

Bagi wanita yang mengenali keadaan badan mereka setiap bulan mungkin akan dapat mengenal pasti sama ada gejala yang dialami adalah kerana kehamilan atau haid.

tanda ovulasi berjaya disenyawakan
Mengira kitaran haid dan hari subur.

Beberapa gejala awal kehamilan lain seperti:

  • Warna puting bertambah gelap
  • Keletihan
  • Keinginan makan atau peningkatan rasa lapar
  • Kekerapan untuk ke bilik air
  • Perubahan berkaitan gastrousus seperti kekejangan atau cirit-birit

Apabila anda mengalami beberapa simptom awal mengandung, ia berkemungkinan tanda persenyawaan berjaya dan merupakan masa yang sesuai untuk melakukan ujian kehamilan kerana tahap hCG tinggi.

Gejala awal kehamilan yang boleh dialami 

  • Keletihan
  • Kekejangan perut
  • Sakit pinggang
  • Payudara sensitif
  • Sakit kepala
  • Loya
  • Masalah penghadaman

Fahami tanda persenyawaan berjaya

Terdapat sesetengah wanita boleh mengesan tanda-tanda ovulasi gaga atau tanda ovulasi berjaya disenyawakan dengan melihat gejala fizikal serta memantau ujian ovulasi.

Ujian kesuburan adalah satu-satunya cara untuk mengesan ovulasi melalui kaedah perubatan.

Anda perlu juga ketahui bahawa simptom-simptom ini agak sukar dikenal pasti dan mungkin tidak begitu tepat.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 10 DPO: Early Pregnancy Signs 10 Days Past Ovulation. https://flo.health/getting-pregnant/trying-to-conceive/signs-of-pregnancy/10-dpo-symptoms, Accessed on June 14, 2022
  2. Cervical mucus and your fertility. http://americanpregnancy.org/getting-pregnant/cervical-mucus/, Accessed on June 14, 2022
  3. Kumar, P., & Magon, N. (2012, October–December). Hormones in pregnancy. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3640235/, Accessed on June 14, 2022 
  4. Pregnancy: Ovulation, Conception & Getting Pregnant. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/11585-pregnancy-ovulation-conception–getting-pregnant, Accessed on June 14, 2022 
  5. Your Fertility right time for sex. https://www.yourfertility.org.au/everyone/timing, Accessed on June 14, 2022 
  6. Can You Get Pregnant After Ovulation? https://americanpregnancy.org/getting-pregnant/infertility/getting-pregnant-after-ovulation/, Accessed on June 14, 2022 

Versi Terbaru

10/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Nak Tahu Masa Terbaik Untuk Hamil? Lihat Sahaja Konsistensi Keputihan Anda!

Teruja Nak Lakukan Ujian Kehamilan? Pasangan Baru Berkahwin Ambil Tahu Ini Dulu Sebelum Buat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan