home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kiraan Sperma Rendah

Definisi|Simptom-simptom|Punca|Faktor-faktor Risiko|Diagnosis dan Rawatan|Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Kiraan Sperma Rendah

Sperma rendah merupakan salah satu masalah yang menjadi mimpi ngeri untuk kaum lelaki. Jumlah sperma rendah bermakna bahawa air mani yang terpancut semasa syahwat mengandungi sperma lebih sedikit daripada biasa.

Definisi

Apa itu Jumlah Sperma Rendah?

Kiraan sperma yang rendah juga dikenali sebagai oligospermia. Ketiadaan langsung sperma dipanggil azoospermia.

Jumlah sperma anda dianggap lebih rendah daripada biasa jika anda mempunyai kurang daripada 15 juta sperma dalam setiap mililiter air mani.

Mempunyai jumlah sperma yang rendah mengurangkan kebarangkalian sperma anda menyuburkan telur pasangan anda untuk kehamilan.

Namun begitu, ramai lelaki yang mempunyai kiraan sperma yang rendah masih mampu mendapatkan anak.

Apakah kebarangkalian Sperma Rendah?

Kiraan sperma rendah adalah sangat biasa berlaku tanpa mengira usia.

Ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Jumlah Sperma Rendah?

Simptom umum kiraan sperma rendah adalah:

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai simptom tertentu, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor anda jika anda mempunyai masalah berikut:

Punca

Apakah Punca Jumlah Sperma Rendah?

jumlah sperma

Pengeluaran sperma adalah satu proses yang kompleks dan memerlukan fungsi normal buah zakar (testis) dan juga hipotalamus dan kelenjar pituitari – (organ dalam otak anda yang menghasilkan hormon yang meransang pengeluaran sperma).

Apabila sperma dihasilkan dalam testis, tiub halus mengangkutnya sehingga bercampur dengan air mani dan ejakulasi mengeluarkannya daripada zakar.

Masalah dengan sebarang sistem ini boleh menjejaskan pengeluaran sperma.

Juga, terdapat masalah bentuk sperma tidak normal (morfologi), pergerakan (motiliti) atau fungsi.

Kiraan sperma yang rendah boleh disebabkan oleh beberapa isu-isu kesihatan dan rawatan perubatan. Antaranya ialah:

  • Varikosele adalah bengkak pada vena testis. Ia adalah punca utama kemandulan lelaki yang boleh dirawat. Varikosele menyebabkan pengurangan kualiti sperma.
  • Sesetengah jangkitan boleh mengganggu pengeluaran sperma atau kesihatan sperma atau menyebabkan parut yang menghalang laluan sperma.
  • Masalah ejakulasi. Ejakulasi songsang berlaku apabila air mani memasuki pundi kencing semasa orgasm dan bukannya keluar daripada hujung zakar. Pelbagai keadaan kesihatan boleh menyebabkan ejakulasi songsang atau kurang ejakulasi, termasuklah kencing manis, kecederaan saraf tunjang, dan pembedahan pundi kencing, prostat atau uretra.
  • Ubat-ubatan tertentu juga boleh menyebabkan masalah ejakulasi, seperti ubat tekanan darah yang dikenali sebagai penghalang alfa (alpha blocker).
  • Antibodi yang menyerang sperma. Antibodi anti-sperma adalah sel-sel sistem imun yang tersilap mengenal pasti sperma sebagai penceroboh berbahaya dan cuba untuk memusnahkannya.
  • Kanser dan ketumbuhan bukan malignan boleh menjejaskan organ-organ pembiakan lelaki secara langsung. Pembedahan, radiasi atau kemoterapi untuk merawat ketumbuhan juga boleh menjejaskan kesuburan lelaki.
  • Testis tak turun. Semasa perkembangan janin, satu atau kedua-dua testis/buah zakar kadangkala gagal untuk turun dari abdomen ke dalam kantung (skrotum). Masalah kesuburan cenderung berlaku pada lelaki dengan keadaan ini.
  • Ketidakseimbangan hormon. Hipotalamus, pituitari dan buah zakar menghasilkan hormon yang diperlukan untuk menhasilkan sperma. Perubahan dalam hormon ini, dan juga dalam sistem lain seperti tiroid dan kelenjar adrenal, boleh menjejaskan pengeluaran sperma.
  • Kecacatan tiub yang membawa sperma. Banyak tiub yang membawa sperma. Tiub tersebut boleh tersekat kerana pelbagai sebab, termasuk kecederaan yang tidak disengajakan sewaktu pembedahan, jangkitan, trauma atau perkembangan yang tidak normal, seperti cystic fibrosis atau keadaan lain yang diwarisi.
  • Kecacatan kromosom. Gangguan yang diwarisi seperti sindrom Klinefelter, cystic fibrosis, sindrom Kallmann dan sindrom Kartagener berkait dengan kemandulan.
  • Penyakit seliak. Gangguan pencernaan yang disebabkan oleh sensitiviti gluten, penyakit seliak boleh menyebabkan kemandulan lelaki. Kesuburan mungkin bertambah baik selepas mengamalkan diet bebas gluten.
  • Ubat-ubatan tertentu. Terapi testosteron ganti, penggunaan jangka panjang steroid anabolik, ubat-ubatan kanser (kemoterapi), ubat anti-kulat tertentu dan ubat-ubatan antibiotik, beberapa ubat ulser dan ubat-ubatan lain boleh menjejaskan pengeluaran sperma dan mengurangkan kesuburan lelaki.
  • Sejarah pembedahan. Pembedahan tertentu mungkin menghalang sperma keluar dalam ejakulasi air mani anda, antaranya termasuklah vasektomi, pembaikan hernia inguinal, pembedahan buah zakar atau testis, pembedahan prostat, dan pembedahan abdomen untuk kanser buah zakar dan rektum.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Jumlah Sperma lelaki Rendah?

Terdapat banyak faktor-faktor risiko untuk kiraan sperma yang rendah, seperti:

  • Merokok
  • Minum alkohol
  • Menggunakan ubat tertentu
  • Berat badan berlebihan
  • Mempunyai sejarah jangkitan tertentu atau sedang mengalami jangkitan
  • Terdedah kepada toksin
  • Pemanasan melampau buah zakar
  • Trauma terhadap buah zakar
  • Dilahirkan dengan masalah kesuburan atau mempunyai saudara dengan masalah kesuburan
  • Mempunyai keadaan kesihatan tertentu, termasuklah ketumbuhan dan penyakit-penyakit kronik
  • Menjalani rawatan kanser, seperti radiasi
  • Mengambil ubat-ubatan tertentu
  • Pernah menjalani vasektomi atau pembedahan abdomen atau pelvis
  • Mempunyai sejarah buah zakar tidak turun

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit didiagnosis?

Apabila anda berjumpa doktor kerana mengalami masalah kesuburan, doktor akan cuba untuk menentukan punca.

Walaupun doktor anda berpendapat jumlah sperma yang rendah adalah masalah disebaliknya, pasangan anda disyorkan untuk dinilai untuk menolak kemungkinan lain dan untuk menentukan sama ada teknik bantuan kesuburan diperlukan.

Antara ujian dan diagnosis yang terlibat:

  • Pemeriksaan fizikal dan sejarah perubatan: Ini termasuk pemeriksaan kemaluan anda dan soalan tentang sebarang keadaan kesihatan yang diwarisi, masalah kesihatan yang kronik, penyakit, kecederaan atau pembedahan yang boleh menjejaskan kesuburan. Doktor anda juga mungkin bertanya mengenai tabiat seksual dan perkembangan seksual anda.
  • Analisis air mani: Kiraan sperma rendah didiagnosis melalui ujian analisis air mani. Jumlah sperma biasanya ditentukan dengan memeriksa air mani di bawah mikroskop untuk melihat kiraan berapa banyak sperma dalam satu petak pada corak grid. Dalam beberapa kes, komputer mungkin digunakan untuk mengukur jumlah sperma.

Bergantung kepada penemuan awal, doktor anda mungkin mengesyorkan ujian tambahan untuk mencari punca kiraan sperma rendah dan kemungkinan punca kemandulan lelaki yang lain.

Ini termasuklah:

  • Ultrabunyi skrotal. Ujian ini menggunakan gelombang bunyi dengan frekuensi tinggi untuk melihat buah zakar dan struktur sokongannya.
  • Ujian hormon. Doktor anda mungkin mengesyorkan ujian darah untuk menentukan tahap hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pituitari dan buah zakar, yang memainkan peranan penting dalam perkembangan seksual dan pengeluaran sperma.
  • Ujian air kencing selepas ejakulasi. Sperma dalam air kencing menunjukkan masalah ejakulasi sonsang ke dalam pundi kencing dan bukannya keluar daripada zakar.
  • Ujian genetik. Kiraan sperma terlalu rendah boleh berpunca daripada genetik. Ujian darah boleh mendedahkan sama ada terdapat perbezaan ketara dalam kromosom Y – tanda kelainan genetik. Ujian genetik juga mungkin disarankan untuk mendiagnosis pelbagai sindrom kongenital atau diwarisi.
  • Biopsi buah zakar. Ujian ini melibatkan pengeluaran sampel dari buah zakar dengan jarum. Keputusan biopsi membolehkan kita mengetahui jika pengeluaran sperma normal. Jika ya, masalah mungkin disebabkan laluan tersumbat atau masalah lain dengan pengangkutan sperma. Walau bagaimanapun, ujian ini biasanya hanya digunakan dalam keadaan tertentu dan jarang digunakan untuk mendiagnosis punca kemandulan.
  • Ujian antibodi anti-sperma. Ujian yang digunakan untuk mengesan sel-sel imun (antibodi) yang menyerang sperma dan menjejaskan keupayaan mereka untuk berfungsi, jarang ditemui.

Bagaimana pesakit dirawat?

Sebagai contoh, varikosele atau vas deferen yang terhalang kebiasaannya boleh dibaiki dengan pembedahan. Vasektomi boleh dibuka semula.

Dalam kes di mana tidak ada sperma langsung dalam air mani, sperma selalunya boleh diambil terus dari buah zakar atau epididimis menggunakan teknik pengambilan sperma.

Untuk merawat jangkitan, antibiotik boleh menyembuhkan jangkitan saluran pembiakan, tetapi ini tidak semestinya mengembalikan kesuburan.

Untuk rawatan masalah hubungan seks, ubat atau kaunseling boleh membantu meningkatkan kesuburan dalam keadaan seperti mati pucuk atau ejakulasi pra-matang.

Rawatan hormon dan ubat-ubatan. Doktor anda mungkin mengesyorkan terapi hormon ganti atau ubat-ubatan dalam kes di mana kemandulan adalah disebabkan oleh tahap tinggi atau rendah hormon tertentu atau masalah penggunaan hormon oleh badan.

Teknologi bantuan kesuburan (ART). Rawatan ART melibatkan pengambilan sperma melalui ejakulasi normal, atau melalui pembedahan atau daripada penderma, bergantung kepada kes dan kehendak anda.

Sperma kemudiannya dimasukkan ke dalam saluran pembiakan wanita, atau digunakan untuk persenyawaan in vitro (IVF) atau suntikan sperma intrasitoplasmik.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani kiraan sperma rendah:

jumlah sperma

  • Meningkatkan kekerapan seks. Hubungan kelamin setiap hari atau setiap selang sehari bermula sekurang-kurangnya empat hari sebelum ovulasi meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan anak.
  • Mengadakan hubungan kelamin apabila persenyawaan mungkin berlaku. Seorang wanita berpeluang hamil semasa ovulasi – yang berlaku di pertengahan kitaran haid, iaitu antara waktu haid. Ini akan memastikan bahawa sperma, yang boleh hidup beberapa hari, ada sewaktu peluang persenyawaan.
  • Elakkan pelincir. Beberapa produk seperti Astroglide atau jeli KY, losyen, dan air liur mungkin menjejaskan pergerakan dan fungsi sperma. Tanya doktor anda mengenai pelincir sperma yang selamat.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai sperma lelaki, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Low sperm count. http://www.nhs.uk/conditions/low-sperm-count/Pages/Introduction.aspx. Accessed 2 Mar 2017.
  2. Low sperm count. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/low-sperm-count/basics/definition/con-20033441. Accessed 2 Mar 2017.
  3. https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/m/male-infertility
  4. https://umiamihealth.org/en/treatments-and-services/fertility-center/low-sperm-count-and-poor-sperm-health
  5. https://www.endocrine.org/news-and-advocacy/news-room/2018/low-sperm-count-not-just-a-problem-for-fertility
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nisreen Nadiah Disemak pada 4 minggu lalu
Fakta Disemak oleh Nurul Halifah
x