home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Hipertensi: 4 Peringkat Yang Perlu Anda Tahu

Hipertensi: 4 Peringkat Yang Perlu Anda Tahu

Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah tekanan oleh darah terhadap dinding saluran darah. Tekanan ini bergantung kepada fungsi jantung dan rintangan saluran darah. Mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Persatuan Jantung Amerika (AHA) pada November 2017, hipertensi ditentukan apabila tekanan darah lebih tinggi dari 130 lebih dari 80 milimeter merkuri (mmHg).

Peringkat Hipertensi & Cadangan Rawatan

  • Normal

Sistolik kurang daripada 120 mm Hg dan diastolik kurang daripada 80 mm Hg. Tiada rawatan yang diperlukan, tetapi anda harus memantau tekanan darah anda untuk memastikan ia kekal dalam julat normal.

  • Pra-hipertensi

Sistolik antara 120 dan 139 mm Hg atau diastolik antara 80 dan 89 mm Hg. Pra-hipertensi adalah istilah sebelum seseorang mengalami hipertensi tetapi berisiko ke arah hipertensi. Tiada bukti bahawa penggunana ubat-ubatan ketika ini berguna untuk mencegah penyakit antung atau strok. Bagaimana pun, disebabkan individu kumpulan ini mempunyai risiko ke arah penyakit jantung, penjagaan gaya hidup dicadangkan bagi menghalang kewujudaan tekanan darah tinggi.

Antara langkah gaya hidup adalah senaman, menguruskan berat badan ke dalam julat normal, pengambilan diet tinggi buah-buahan dan sayur-sayuran, dan memilih produk tenusu rendah lemak.

  • Peringkat 1

Sistolik antara 140 dan 159 mm Hg atau diastolik 90 dan 99 mm Hg. Pengurusannya termasuk penjagaan gaya hidup yang sama seperti pra-hipertensi dan penggunaan salah satu daripada beberapa ubat-ubatan tertentu bukan sahaja mengurangkan tekanan darah tetapi juga untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok. Berbincang doktor anda untuk pemeriksaan dan cadangan rawatan yang bersesuaian.

  • Peringkat 2

Sistolik 160 mm Hg atau lebih tinggi atau diastolik 100 mm Hg atau lebih tinggi. Di samping perubahan gaya hidup, bagi kebanyakan pesakit, disyorkan menjalani pemeriksaan keadaan komplikasi lain dan perlu mengambil ubat-ubatan yang disaran oleh doktor. Kemungkinan ia membabitkan kombinasi ubat-ubatan lain yang terbaik untuk tubuh anda.

Jika tekanan sistolik dan diastolik anda jatuh ke peringkat yang berlainan, peringkat dengan nombor yang lebih tinggi yang akan dikira. Sebagai contoh, jika anda mempunyai tekanan sistolik 150 mm Hg tetapi tekanan diastolik anda hanya 85 mm Hg, anda akan diklasifikasikan sebagai hipertensi peringkat 1, bukannya pra-hipertensi. Dan jika anda berumur lebih daripada 50 tahun, itu adalah angka diastolik terbaik untuk meramalkan risiko penyakit kardiovaskular anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, rawatan atau diagnosis.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Understanding the Stages of Hypertension https://www.everydayhealth.com/hypertension/understanding-the-stages-of-hypertension.aspx Accessed on Sept 07, 2018.

Everything you need to know about hypertension https://www.medicalnewstoday.com/articles/150109.php Accessed on Sept 07, 2018.

Gambar penulis
Ditulis oleh Farah Aziz pada 07/09/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x