backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

5 Langkah Tingkatkan Kualiti Air Mani, Tip No. 2 Bagi Isteri Cepat 'Lekat'!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 14/06/2023

    5 Langkah Tingkatkan Kualiti Air Mani, Tip No. 2 Bagi Isteri Cepat 'Lekat'!

    Kualiti air mani memainkan peranan dalam menentukan tahap kesuburan lelaki. Ini sekali gus meletakkan faktor kegagalan untuk mendapat zuriat ke atas kaum Adam. Tetapi adakah ia benarkah?

    Kualiti air mani dan kuantiti sperma normal 

    Sperma subur adalah faktor yang paling penting dalam kesuburan seorang lelaki. Jika wanita sering kali dipersalahkan dalam masalah kesuburan, lelaki juga sebenarnya perlu bertanggungjawab jika ujian kesuburan lelaki membuktikannya, kerana punca kegagalan mendapat anak adalah hampir sama bagi kedua-dua pihak, lelaki dan perempuan.

    Kualiti dan kuantiti sperma adalah penting untuk membolehkan persenyawaan berlaku.

    Untuk mengatakan air mani seorang lelaki itu sihat dan subur, beberapa aspek perlu dilihat termasuk:

    • Isipadu air mani
    • Kuantiti sperma
    • Pergerakan sperma (motility)
    • Bilangan sperma berbentuk normal (morphology)

    Semua faktor di atas akan diambil kira ketika melakukan analisis ke atas air mani.

    kualiti air mani
    Pemeriksaan air mani boleh menentukan kualiti sperma anda

    Kualiti air mani penentu kesuburan lelaki? 

    Air mani itu akan dikira sebagai normal dan sihat jika:

    • Isipadu antara 2 hingga 5 ml dalam setiap ejakulasi. Jika kurang daripada 1.5 ml (hypospermia) atau melebihi 5.5 ml (hyperspermia) adalah tidak normal
    • Kuantiti sperma antara 20 hingga 200 juta dalam setiap 1 ml. Kurang daripada 15 juta (oligospermia) adalah tidak normal
    • Sekurang-kurangnya 25 peratus daripada sperma bergerak ke hadapan dengan pantas
    • Sekurang-kurangnya 30 peratus daripada sperma adalah berbentuk normal

    Di samping angka-angka di atas, kadangkala seorang lelaki masih lagi boleh mendapat anak dengan cara semula jadi. Namun, ia mungkin mengambil masa lebih lama daripada pasangan biasa.

    Kesuburan lelaki juga tidak sepenuhnya bergantung kepada kualiti dan kuantiti sperma, walaupun ia adalah faktor utama. Ada juga punca ketidaksuburan yang lain seperti mati pucuk (disfungsi erektil) dan ejakulasi pramatang.

    Cara tingkatkan kualiti air mani dan kuantiti sperma subur

    Ada beberapa cara untuk meningkatkan kualiti air mani dan kuantiti sperma anda.

    kualiti air mani

    #1 Bersenam secara berkala

    Selain meningkatkan keyakinan dan prestasi fizikal, bersenam juga meningkatkan tahap testosteron di dalam badan. Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang bersenam secara berkala mengandungi tahap testosteron yang lebih tinggi dan kualiti sperma yang lebih tinggi bebanding lelaki yang tidak bersenam.

    Testosteron adalah hormon utama bagi lelaki. Ia bertanggungjawab dalam memberikan kesuburan lelaki serta sifat-sifat fizikal dan emosi lelaki.

    #2 Bertenang dan kurangkan stres

    Stres boleh mengurangkan kepuasan seks serta mengurangkan kesuburan anda. Kajian mendakwa bahawa ia adalah disebabkan oleh hormon kortisol.

    Stres berpanjangan meningkatkan tahap kortisol yang memberikan kesan negatif terhadap testosteron. Apabila kortisol naik, testosteron akan turun.

    Uruskan stres anda dengan bercuti bersama pasangan, menghabiskan masa bersama kawan-kawan dan keluarga atau solat dan meditasi.

    #3 Suplemen D-aspartic acid (D-AA)

    D-AA adalah sejenis asid amino yang dijual sebagai suplemen. Ia adalah berbeza dengan L-aspartic acid yang membentuk struktur banyak protein dan lebih kerap ditemui berbanding D-AA.

    Tahap D-AA adalah rendah secara signifikan dalam kalangan lelaki yang tidak subur. Kajian pula menunjukkan bahawa lelaki yang tidak subur mengalami peningkatan kuantiti sperma sebanyak 30 hingga 60 peratus, dan pergerakan sperma sebanyak 60 hingga 100 peratus dengan pengambilan 2.66 g D-AA dalam tempoh 3 bulan.

    D-AA mungkin meningkatkan tahap testosteron dan kesuburan lelaki.

    #4 Ambil vitamin C dan D untuk tingkatkan kualiti air mani

    Vitamin C adalah sejenis antioksidan penting dalam melawan radikal bebas yang dipercayai menjejaskan kesuburan lelaki.

    Vitamin D pula didakwa berkaitan dengan tahap testosteron yang rendah.

    Oleh itu, mengambil suplemen vitamin C dan D mungkin membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma anda.

    #5 Zink

    Zink adalah mineral penting yang terkandung di dalam daging, ikan dan telur.

    Pengambilan zink yang mencukupi adalah faktor yang penting dalam kesuburan lelaki. Kajian menunjukkan bahawa tahap zink yang rendah terkait dengan kadar testosteron dan kualiti sperma yang rendah.

    Bagaimana jika tidak berjaya?

    Jika langkah-langkah di atas tidak memberikan hasil, anda mungkin memerlukan bantuan teknologi seperti pemancutan beradas (IUI) dan kaedah bantuan pensenyawaan. Dengan perkembangan teknologi perubatan, banyak masalah kesuburan yang dapat dirawat.

    Sila dapatkan bantuan daripada pakar kesuburan untuk mengetahui masalah sebenar anda.

    Apa tanda jika sperma subur dan isteri positif hamil

    Jika anda mahu tahu tentang tanda isteri positif hamil atau tidak selepas pencubaan anda, sila semak tanda-tanda ini:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 14/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan