Pernah dengar mengenai keadaan rahim terbalik? Ada yang mengatakan bahawa individu dengan keadaan rahim ini sukar untuk hamil.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Pernah dengar mengenai keadaan rahim terbalik? Ada yang mengatakan bahawa individu dengan keadaan rahim ini sukar untuk hamil.
Adakah ia benar atau mungkin tiada kesan kepada peluang kehamilan?
Mendengar perkataan rahim terbalik mesti akan menyebabkan anda terfikir, adakah ia 1 keadaan yang berbahaya, bukan?
Bagaimana yang dikatakan rahim terbalik? Dikenali dengan nama saintifik retroverted uterus, ia adalah keadaan di mana posisi rahim menghala ke belakang secara semula jadi.
Dalam penjelasan mudah, rahim yang normal sepatutnya cenderung ke depan iaitu ke arah perut tetapi rahim terbalik akan menghala ke arah belakang.
Keadaan itu merupakan antara variasi rahim normal. Berdasarkan kajian, dianggarkan 5-10% wanita di dunia dilahirkan dengan keadaan rahim yang terbalik.
Rahim dalam keadaan ini juga merupakan salah 1 bentuk tilted uterus (rahim menyerong) – kategori variasi rahim – termasuklah anterverted uterus dan retroflexed uterus.
Ada sesetengah wanita dengan keadaan rahim terbalik ini tidak mempunyai sebarang simptom atau gejala.
Ini bermakna anda mungkin tidak akan menyedari mengenainya.
Namun sekiranya anda mengalami simptom seperti di bawah, ia mungkin menunjukkan anda mempunyai rahim jenis ini:
Keadaan rahim terbalik ini merupakan 1 variasi standard anatomi pelvis, sama ada wanita tersebut dilahirkan dengan rahim sebegini atau memperolehinya ketika dewasa.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan yang boleh mendasari kejadian rahim terbalik ini, antaranya:
Tisu parut endometrium atau lekatan boleh menyebabkan rahim berada pada posisi belakang. Ia seperti rahim terlekat pada kedudukan tersebut.
Fibroid rahim boleh menyebabkan uterus tersekat atau menjejaskan bentuknya. Ia juga boleh mengakibatkan rahim condong ke belakang.
Sekiranya tidak dirawat, PID boleh menyebabkan parut dan mungkin akan mempunyai kesan yang sama seperti endometriosis.
Menjalani pembedahan pelvis juga boleh menyebabkan parut.
Dalam sesetengah keadaan, ligamen yang memegang rahim terlalu meregang semasa kehamilan dan kekal dalam keadaan itu. Ia membolehkan rahim beralih ke belakang.
Adakah rahim terbalik seperti ini boleh mengurangkan peluang kehamilan bagi seseorang wanita?
Sejujurnya peluang kehamilan bagi wanita yang mempunyai rahim retrovert tidak akan terjejas atau terkesan. Ia bukan keadaan yang boleh mengganggu kesuburan wanita.
Rahim yang terbalik biasanya tidak akan mempengaruhi kemampuan seorang wanita untuk mengandung.
Namun kesuburan mungkin terjejas jika ia dipengaruhi masalah kesihatan lain seperti:
Masalah endometriosis dan fibroid boleh dirawat dan diatasi dengan prosedur pembedahan kecil.
Bagi PID pula, ia boleh dirawat dengan pengambilan ubat antibiotik sekiranya melakukan diagnosis awal.
Jika perlu, wanita dengan diagnosis keadaan ini boleh melakukan rawatan kesuburan seperti inseminasi intrauterin (IUI) atau persenyawaan in vitro (IVF) untuk meningkatkan peluang kehamilan.
Keupayaan anda untuk mengandung biasanya tidak akan terjejas walaupun anda mempunyai keadaan rahim terbalik.
Walau bagaimanapun, rahim retrovert cenderung menyebabkan lebih banyak tekanan pada pundi kencing pada trimester pertama.
Keadaan ini juga boleh menyebabkan peningkatan masalah kesukaran untuk kencing.
Rahim anda mungkin lebih sukar untuk dikesan melalui ultrasound sehinggalah ia mula membesar seiring dengan tumbesaran janin.
Apabila janin semakin membesar, kedudukan rahim akan keluar daripada pelvis dan tidak lagi mengundur ke belakang.
Namun, jika keadaan ini tidak berlaku, risiko untuk mengalami keguguran adalah tinggi.
Situasi tersebut dikenal sebagai incarcerated uterus. Jika situasi ini dikesan pada peringkat awal, ia boleh dirawat bagi mengurangkan risiko keguguran.
Bagi sesetengah wanita, mereka mungkin cenderung untuk mengalami masalah sakit belakang dengan lebih kerap pada trimester ketiga.
Keseronokan aktiviti seksual biasanya tidak terganggu dengan keadaan rahim retrovert ini. Tetapi ia mungkin membuatkan hubungan seksual menjadi sesuatu yang menyakitkan.
Ketidakselesaan ini lebih ketara jika berada dalam posisi seks yang tertentu. Keadaan ini boleh diatasi dengan mengubah kedudukan semasa melakukan hubungan seksual.
Amat jarang untuk keadaan rahim terbalik menjejaskan kesuburan atau peluang untuk anda mengandung. Tetapi jika masalah tersebut didasari dengan isu kesihatan lain, mungkin akan mengganggu potensi kesuburan.
Ada kalanya anda mungkin tidak mengetahui atau menyedari bahawa anda mempunyai rahim retrovert kerana tidak ada simptom yang dialami.
Jadi sekiranya anda mempunyai kebimbangan, pilihan terbaik adalah dengan melakukan pemeriksaan doktor.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen