backup og meta

Tak Guna Membazir Beli Produk Anti Penuaan Mahal-Mahal Jika Masih Buat Tabiat Ini...

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 15/02/2023

    Tak Guna Membazir Beli Produk Anti Penuaan Mahal-Mahal Jika Masih Buat Tabiat Ini...

    Semua individu tanpa mengira usia pasti idamkan wajah yang cantik dan awet muda untuk kelihatan menarik. Tetapi, ia mungkin sukar dikecapi sekiranya anda masih kekal dengan gaya hidup tidak sihat.

    Tiada gunanya anda melabur duit yang banyak untuk rejim penjagaan kulit antipenuaan atau pergi ke spa sekiranya masih merokok, tidak bersenam dan sebagainya.

    Untuk memperlahankan proses penuaan, anda juga harus menitikberatkan kualiti kesihatan dalaman dan bukan luaran semata-mata!

    Jika anda berminat untuk mengetahui tabiat-tabiat buruk yang mampu mempercepatkan lagi proses penuaan, ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Kesan gaya hidup tidak sihat pada kulit wajah

    Kesan mengamalkan gaya hidup sihat memang ada banyak. Namun, begitu juga sebaliknya lebih-lebih lagi pada kulit wajah anda seperti berikut:

    1. Merokok

    Sudah diketahui umum bahawa rokok memberikan banyak kesan negatif terhadap kesihatan.

    Namun, tahukah anda gaya hidup tidak sihat ini juga juga mampu mempercepatkan proses penuaan normal kulit, sehingga menyebabkan kedutan pramatang.

    Merokok meningkatkan keradangan di dalam badan yang merosakkan kolagen dan protein elastin kulit, mewujudkan kedutan pramatang serta membuatkan individu kelihatan jauh lebih tua daripada usia sebenar.

    Justeru, dengan berhenti merokok, ia akan dapat memberikan manfaat kepada kesihatan anda secara menyeluruh, terutamanya terhadap kulit.

    gaya hidup tidak sihat

    Kesan gaya hidup tidak sihat #2. Tekanan dan stres

    Tekanan diketahui mampu menyebabkan banyak penyakit dalam badan seperti insomnia, kemurungan, kegelisahan dan juga penyakit Alzheimer.

    Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa tekanan juga dapat mempercepat proses penuaan kulit!

    Ini kerana stres akan menyebabkan keradangan di dalam tubuh, yang merosakkan pelbagai bahagian badan termasuk serat kulit dan menjadikan kulit kelihatan kusam serta tidak bermaya.

    Tambahan itu, tekanan merosakkan struktur sel tubuh, yang menyebabkan penuaan sel pramatang.

    Oleh itu, jika anda ingin kekal awet muda, jangan selalu stres okay!

    Baca juga:

    3. Pendedahan kepada cahaya matahari

    Pendedahan kulit secara berterusan terhadap sinar ultraviolet (UV) matahari boleh merosakkan serat elastik kulit anda.

    Serat elastik kulit ini membantu kulit agar kekal tegang. Apabila ia rosak, kedutan kulit akan mula timbul.

    Selain itu, pendedahan terhadap sinar UV yang berterusan juga menyebabkan bintik-bintik gelap (pigmentasi) untuk berlaku terhadap kulit muka mahupun badan.

    Untuk elak perkara ini daripada berlaku, pastikan anda sentiasa memakai krim pelindung matahari serta pakaian yang melindungi kulit seperti topi dan pakaian bertutup.

    Kesan gaya hidup tidak sihat #4. Kekurangan tidur

    gaya hidup tidak sihat

    Kekurangan tidur yang berterusan bukan sahaja boleh menyebabkan lingkaran hitam di bawah mata tetapi ia juga menyebabkan tanda-tanda penuaan lain seperti bintik hitam dan garis halus, jauh lebih awal daripada yang dijangkakan.

    Penyelidik dari University of California, Los Angeles mendapati tidur malam yang tidak mencukupi akan membuatkan sel-sel dalam badan seseorang mengalami proses penuaan yang lebih cepat.

    Justeru, kekurangan tidur bukan sahaja menyebabkan penuaan kulit pramatang tetapi juga menurunkan kemampuan kulit untuk melawan sinar UV yang berbahaya.

    Untuk memelihara kesihatan kulit dan badan, seseorang individu harus tidur sekurang-kurangnya 7 jam sehari.

    5. Kurang bersenam

    Bersenam secara berkala dapat meningkatkan peredaran darah di dalam badan, yang menjadikan kulit kelihatan lebih berseri dan tidak pucat.

    Kajian juga menunjukkan dengan melakukan senaman secara konsisten, proses penuaan akan dapat diperlahankan serta boleh menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bertenaga.

    Para doktor percaya bahawa melakukan senaman selama 30 minit sehari sudah cukup untuk memastikan tubuh kekal cergas dan sihat.

    Kesan gaya hidup tidak sihat #6. Pengambilan alkohol

    Pengambilan alkohol bukan sahaja meningkatkan kadar trigliserida di dalam badan anda tetapi juga membolehkan garis-garis halus dan kedutan muncul lebih awal daripada biasa.

    Ini kerana, alkohol menyebabkan dehidrasi di dalam badan dan juga ‘menghabiskan’ vitamin A, yang sangat penting untuk menjaga kulit agar tetap awet muda.

    gaya hidup tidak sihat

    Kesan gaya hidup tidak sihat #7. Makanan yang menyebabkan keradangan

    Sebenarnya, apa yang ada pada pinggan  anda boleh menjadi penyebab kedutan, kerana makanan tertentu seperti gula serta makanan diproses mampu menyumbang kepada masalah penuaan.

    Makanan-makanan sebegini boleh menyebabkan masalah keradangan di dalam badan, yang akan mempercepatkan pembentukan kedutan.

    Melalui proses yang disebut sebagai glycation, gula yang terdapat dalam makanan dengan indeks glisemik tinggi akan ‘mengikat’ kolagen dan elastin, lalu melemahkannya.

    Untuk mencegah penuaan pramatang, amalkan makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dan asid alpha-linolenik (ALA) seperti biji rami, alpukat, salmon, dan minyak zaitun.

    Selain pemakanan di atas, amalkan juga sayuran dan buah-buahan dalam diet harian anda, khasiat dalam makanan ini akan membantu kulit anda kekal lembap, sihat dan lembut.

    Untuk menjaga kualiti kesihatan badan dan elakkan proses penuaan berlaku dengan cepat, pastikan juga anda:

    • Menanggalkan semua solekan sebelum tidur: Tidur dengan muka yang tidak dicuci bersih akan menyumbat liang pori dan mengundang masalah kulit wajah yang kusam dan kotor
    • Cuci muka menggunakan pencuci yang lembut dan hypoallergenic: Pencuci muka yang kasar akan mengeringkan lagi kulit dan kedutan lebih cenderung untuk terbentuk
    • Kekal hidrat: Kekurangan air mampu menyebabkan masalah kulit kering. Minum 8 cawan air setiap hari untuk menghidrat badan anda

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 15/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan