Memiliki cahaya mata adalah impian bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, tapi, realitinya bukan semudah itu. Di sinilah pengetahuan berkenaan waktu subur wanita sebelum atau selepas haid memainkan peranan!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Memiliki cahaya mata adalah impian bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, tapi, realitinya bukan semudah itu. Di sinilah pengetahuan berkenaan waktu subur wanita sebelum atau selepas haid memainkan peranan!
Ikuti perbincangan artikel ini untuk memahami waktu subur selepas haid dengan lebih lanjut. Jom baca!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkan di sini.
Ovulasi berlaku apabila telur matang dilepaskan dari ovari dan kemudian telur akan bergerak ke dalam tiub fallopio.
Sekiranya sperma berada di dalam tiub fallopio ketika telur dilepaskan, akan wujud kemungkinan besar telur tersebut untuk disenyawakan, menjadi embrio, yang kemudiannya membentuk janin.
Jadi, anda perlu tahu bilakah waktu subur wanita sebelum atau selepas haid.
Kehamilan secara teknikalnya mungkin hanya terjadi jika anda melakukan hubungan seks selama 5 hari sebelum ovulasi atau pada hari ovulasi.
Tetapi, hari yang paling subur adalah 3 hari menjelang ovulasi dan hari subur itu sendiri.
Maka, bersenggama pada tempoh ini, iaitu waktu subur wanita sebelum atau selepas haid, memberi kalian peluang terbaik untuk hamil.
Seterusnya, 12 ke 24 jam selepas ovulasi, seorang wanita tidak lagi dapat hamil kerana telurnya tidak lagi berada di dalam saluran fallopian.
Peluang untuk hamil akan terjejas jika anda melakukan hubungan seks sebelum atau selepas waktu subur, yang biasanya berlangsung sekitar 6 hari setiap bulan.
Ini kerana, telur biasanya akan mati dalam masa 12 hingga 24 jam jika tidak disenyawakan oleh sperma.
Sebilangan besar wanita mengalami ovulasi sekitar 12 hingga 14 hari selepas hari haid pertama.
Tetapi, ada juga wanita yang mengalami kitaran lebih pendek secara semula jadi.
Golongan ini mungkin berovulasi secepat 6 hari setelah hari pertama haid terakhir mereka.
Maka, untuk pasangan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat, gunakan jangka waktu subur ini untuk melakukan hubungan seks dengan lebih kerap!
Buat mereka yang sedang family planning dan ingin menangguhkan kehadiran anak pula, elakkan daripada bersama pada tempoh tersebut.
Jika anda berhasrat untuk mengandung, mengenal pasti tempoh ovulasi atau waktu subur wanita sebelum atau selepas haid menjadi langkah pertama yang penting.
Terdapat beberapa cara yang boleh kalian cuba untuk memahami corak ovulasi atau waktu subur wanita sebelum atau selepas haid anda. Ia merangkumi:
Kesimpulannya, jika anda dan pasangan tercinta berhasrat untuk mendapatkan anak, wajib untuk kalian faham serta manfaatkan waktu subur isteri dengan sebaik mungkin.
Sekiranya mempunyai sebarang kebimbangan atau persoalan, rujuklah doktor atau pakar sakit puan untuk mendapatkan bantuan. Semoga bermanfaat!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen