home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Apa Yang Perlu Dijangkakan Daripada Pakar Psikiatri

Apa Yang Perlu Dijangkakan Daripada Pakar Psikiatri

Kesihatan mental adalah keadaan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial yang lengkap, dan bukan sekadar ketiadaan penyakit atau kelemahan dan jika terganggu, rawatan daripada pakar psikiatri diperlukan.

Untuk mendapatkan penilaian kesihatan mental yang lebih baik, kebiasaannya memerlukan bantuan pakar.

Pakar psikiatri adalah bidang perubatan yang melibatkan diagnosis, rawatan dan pencegahan gangguan mental, tingkah laku dan emosi.

Siapa pakar psikiatri?

pakar sakit puan

Psikiatri adalah doktor perubatan yang mendapat kelulusan daripada kolej perubatan dan kemudian pakar dalam bidang psikiatri.

Psikiatri layak untuk mengendalikan masalah psikologi, sama ada melibatkan aspek fizikal atau mental.

Berlawanan dengan kepercayaan umum, psikiatri tidak hanya merawat individu yang ‘gila’ atau ‘tidak waras’.

Salah faham ini wujud apabila individu yang menderita disebabkan khayalan atau halusinasi merupakan sebahagian kecil daripada kumpulan pesakit psikiatri.

Sedangkan hakikatnya, ramai individu yang berdepan situasi psikiatri sementara yang mungkin mendapat rawatan yang berkesan dari psikiatri, dapat pulih sepenuhnya.

Seseorang individu mungkin berjumpa dengan psikiatri apabila mereka berdepan kesukaran di tempat kerja, perhubungan atau melibatkan masalah kesihatan.

Kebanyakan pesakit mungkin mengalami simptom yang berbeza termasuk kegelisahan, kesedihan, kekurangan tenaga atau perubahan emosi.

Simptom lain yang mungkin adalah seperti kesukaran untuk tidur, berdepan masalah untuk menumpukan perhatian, atau mengalami masalah berkaitan tabiat pemakanan.

Dalam sesetengah kes, simptom yang dialami mungkin lebih serius dan melibat halusinasi atau percubaan untuk membunuh diri.

Apa yang boleh dijangkakan dari psikiatri?

Psikiatri boleh menawarkan lingkungan penyelesaian yang pelbagai termasuk berkaitan pengendalian dan rawatan berkaitan masalah mental, emosi dan tingkah laku.

Melalui beberapa sesi terapi dan temu ramah, mereka boleh mengenal pasti faktor dan memberikan pilihan rawatan yang bersesuaian.

Tambahan pula, psikiatri mempunyai latar belakang yang membolehkan mereka menjelaskan tentang risiko dan manfaat perubatan serta potensi berkaitan dengan perubatan yang anda pilih.

Psikiatri boleh menjalankan pemeriksaan fizikal lengkap dan penyelidikan berkaitan untuk menilai sama ada wujudnya faktor fizikal atau ketidakseimbangan kimia yang menjadi mendasari tekanan emosi yang dialami.

Sekali gus, ini membantu mereka untuk memberikan rawatan yang bersesuaian.

Masalah kesihatan mental yang mungkin boleh didiagnosis dan dirawat oleh psikiatri, termasuk:

masalah kemurungan
masalah kemurungan
  • Kegelisahan
  • Kemurungan dan gangguan bipolar
  • Gangguan personaliti
  • Fobia
  • Gangguan pemakanan (contohnya, anoreksia dan bulimia)
  • Gangguan tidur (contohnya, insomnia)
  • Gangguan seksual
  • Ketagihan dadah atau alkohol
  • Kecelaruan obsesif kompulsif (OCD)
  • Gangguan tekanan selepas trauma (PTSD)
  • Skizofrenia dan paranoia

Psikiatri juga boleh memberikan galakan psikologi kepada individu yang berdepan keadaan kesihatan fizikal yang lemah.

Dalam beberapa keadaan, mereka dapat mengesan keadaan pesakit yang perlu dimasukkan ke hospital.

Sebagai kesimpulan, psikiatri dapat merawat pelbagai masalah gangguan mental; dari yang ringan sehingga kes kronik.

Kaedah pengendalian mungkin berbeza bergantung kepada pesakit. Kesinambungan rawatan adalah sangat penting dan menghentikan rawatan boleh menyebabkan wujudnya bahaya dan impak negatif.

Sebahagian daripada perkhidmatan yang ditawarkan pakar psikiatri atau jabatan psikiatri adalah perkhidmatan kesihatan mental setempat yang berterusan kepada pesakit dan memeriksa status kesihatan, memberi ceramah kepada komuniti dan sekolah untuk kesedaran tentang kesihatan mental dan berusaha untuk mengurangkan stigma negatif ke atas kesihatan mental atau pesakit yang mengalami penyakit mental.

Perkhidmatan ini dikendalikan oleh unit-unit kecil atau klinik dengan matlamat untuk membantu individu mengatasi masalah kesihatan untuk membolehkan mereka berfungsi secara optimum walaupun mengalami masalah kesihatan dan menjadi produktif serta tidak dipencilkan oleh masyarakat.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

What is Psychiatry. https://www.psychiatry.org/patients-families/what-is-psychiatry. Accessed December 21st, 2016.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Dr. Maria Zalina Abdul Rahim Disemak pada 27/07/2020
x