backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Masih Belum Timang Cahaya Mata? Ini 9 Tanda TIDAK SUBUR Pada Lelaki & Wanita

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/09/2021

    Masih Belum Timang Cahaya Mata? Ini 9 Tanda TIDAK SUBUR Pada Lelaki & Wanita

    Kalau cakap berkenaan tidak subur, mesti jari akan menunding ke arah wanita. Namun, pada hakikatnya masalah berkaitan kesuburan ini boleh berlaku sama ada kepada lelaki mahupun wanita.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Masalah tidak subur

    Antara tanda tidak subur yang paling biasa adalah apabila anda dan pasangan kerap melakukan hubungan seksual dan telah mencuba untuk hamil dalam tempoh lebih setahun, tetapi masih tidak berhasil.

    Ini sudah pasti menimbulkan rasa keliru apatah lagi jika pasangan anda mempunyai kitaran menstruasi yang teratur, kehidupan seks baik dan tahap kesihatan yang sihat. Tetapi kenapa masih mengalami masalah ketidaksuburan?

    Selalunya apabila timbul masalah ini, individu wanita akan sering menjadi mangsa. Mereka akan dianggap sebagai punca tidak subur sehingga menyukarkan proses kehamilan.

    Tetapi adakah benar hanya wanita sahaja yang mengalami masalah ketidaksuburan ini?

    Tanda tidak subur lelaki dan wanita

    Hakikatnya, masalah kesuburan ini boleh berlaku kepada lelaki dan wanita. Bagi sesetengah pasangan, terdapat beberapa simptom atau tanda awal yang boleh menunjukkan wujudnya masalah berkaitan kesuburan.

    Berikut adalah beberapa tanda masalah kesuburan lelaki dan wanita yang boleh dikenal pasti:

    1. Kitaran haid tidak teratur

    Tanda masalah kesuburan yang paling mudah untuk dikenal pasti adalah apabila kitaran haid seseorang wanita itu tidak teratur. Keadaan ini boleh menjadi faktor kepada masalah kemandulan. 

    Haid yang tidak teratur ditafsir sebagai tempoh kitaran haid yang terlalu pendek iaitu kurang 24 hari atau terlampau lama melebihi 35 hari. Haid yang datang tanpa diduga juga dianggap sebagai masalah kitaran haid tidak teratur. 

    tidak-subur-masalah-kesuburan-lelaki-wanita

    1. Jumlah hari

    Jumlah hari mengalami haid juga boleh menjadi antara petanda sama ada mungkin wujudnya masalah kesuburan atau tidak. Tempoh menstruasi normal bagi setiap wanita adalah antara 3 hingga 7 hari.

    Jika pasangan anda mengalami tempoh haid yang kurang daripada 3 hari atau mungkin terlalu lama, berbincanglah dengan doktor. Pendarahan yang berbeza seperti jumlah atau warna mahupun rasa kesakitan yang tidak normal juga perlu diambil kira. 

    1. Usia melebihi 35 tahun

    Wanita yang berusia lebih 35 tahun adalah lebih berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesuburan.

    Sebagai contoh, pada usia 30 tahun, peluang untuk seseorang wanita itu hamil adalah sekitar 20% pada setiap kitaran haid. Manakala pada usia 40 tahun, peluangnya menurun kepada 15% bagi setiap kitaran haid. 

    Oleh itu, jika pasangan anda berusia lebih 35 tahun dan masih tidak mendapat keputusan positif selepas melakukan hubungan seks tanpa kontrasepsi, dapatkanlah rundingan daripada pakar kesuburan.

    1. Masalah ejakulasi

    Masalah berkaitan kesuburan bagi lelaki selalunya sukar untuk dikenal pasti. Biasanya masalah berkaitan jumlah sperma yang rendah atau laluan sperma yang terhalang hanya boleh ditentukan berdasarkan analisis sperma di makmal.

    Ini bermakna seseorang individu lelaki tidak akan dapat mengesan jika wujudnya masalah tersebut.

    Tetapi sekiranya pasangan anda mungkin mengalami masalah disfungsi ereksi, ia turut boleh menjadi masalah ketidaksuburan. 

    1. Berat badan

    Individu yang terlalu kurus atau mempunyai berat badan berlebihan juga berisiko mengalami ketidaksuburan. Diet yang ketat atau aktiviti fizikal yang terlalu padat juga boleh menyebabkan masalah berkaitan kesuburan.

    Bagaimana untuk mengetahui sama ada anda mengalami masalah berat badan atau tidak? Anda boleh menyemak tahap indeks jisim badan (BMI) anda sama ada berada pada skala yang seimbang atau tidak.

    1. Keguguran berturut-turut

    Ketidaksuburan sememangnya mempunyai kaitan dengan keupayaan untuk hamil. Tetapi seseorang wanita itu dianggap mempunyai masalah kesuburan apabila mengalami keguguran tiga kali berturut-turut. 

    Umumnya, keguguran adalah 1 perkara biasa yang boleh berlaku kepada sesiapa. Doktor tidak akan menganggap ia sebagai satu masalah berkaitan kesuburan melainkan seseorang itu keguguran 3 kali secara berturut-turut.

    1. Penyakit kronik

    Sebarang masalah kesihatan yang kronik dan rawatannya boleh menyebabkan berlakunya ketidaksuburan. Penyakit seperti diabetes dan hypothyroidism boleh meningkatkan risiko ketidaksuburan. 

    Ubatan seperti insulin, antidepresen dan hormon tiroid boleh menyebabkan kitaran haid menjadi tidak menentu.  Jadi sekiranya anda mahupun pasangan mempunyai sebarang penyakit kronik atau sedang dalam rawatan yang boleh menyebabkan ketidaksuburan, berbincanglah dengan doktor mengenai peluang untuk hamil. 

    tidak-subur-masalah-kesuburan-lelaki-wanita

    1. Penyakit kelamin

    Penyakit kelamin juga boleh mengakibatkan ketidaksuburan. Jangkitan dan keradangan akibat klamidia atau gonorrhea boleh menyebabkan penyumbatan pada tiub fallopian, menjadikan proses kehamilan sukar untuk berlaku. Lebih membimbangkan ia berisiko menyebabkan wanita mengalami kehamilan ektopik.

    Penyakit klamidia atau gonorrhea tidak menimbulkan gejala pada wanita, jadi ia adalah sangat penting untuk melakukan pemeriksaan supaya rawatan dapat dilakukan dengan segera.

    1. Tabiat merokok dan alkohol

    Sudah pasti ramai yang mengetahui tentang keburukan kedua-dua tabiat ini. Tabiat-tabiat tidak sihat ini boleh menyebabkan proses atau usaha kehamilan menjadi lebih sukar.

    Akhir kata

    Masalah tidak subur bukan hanya berlaku kepada wanita tetapi individu lelaki juga boleh mengalaminya. Jadi jika anda dan pasangan sudah mencuba pelbagai cara untuk hamil namun masih tidak berjaya, sebaiknya anda berdua mendapatkan pemeriksaan dan rundingan daripada pakar kesuburan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan