Lambat Datang Bulan Buat Bakal Ibu Teruja? Ini Dia 10 Tanda-Tanda Hamil 1 Minggu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk makluman, tiada seorang wanita pun yang pernah mengalami tanda hamil 1 minggu.

Apabila seseorang itu menggunakan terma “1 minggu” dalam perbualannya, ia merujuk kepada minggu pertama mereka mengetahui tentang kehamilan tersebut.

Apabila persenyawaan di antara ovum dan sperma telah berjaya, badan akan merembeskan hormon yang dikenali sebagai human chorionic gonadotropin (hCG). Hormon ini akan memastikan paras estrogen dan progesteron berada pada tahap yang optimum untuk kehamilan.

Perubahan hormon tersebut akan menyebabkan seseorang wanita itu mengalami simptom kehamilan. Badan anda sedang dalam usaha untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran hormon yang tinggi.

Bergantung kepada tahap kepekaan anda terhadap kitaran haid, kebiasaannya, anda akan membuat ujian kehamilan pada minggu ke 4 dan ke atas. 

Mungkin ada wanita yang mengalami simptom kehamilan lebih awal, namun hormon hCG cuma boleh dikesan di dalam air kencing pada hari ke 8 (secara purata) selepas anda tidak datang haid. 

Ini bermakna jika anda mempunyai kitaran haid 28 hari dan ovulasi berlaku pada hari ke 14 (purata), jika persenyawaan berjaya, hormon hCG cuma boleh dikesan pada anggaran 22 hari (3 minggu) selepasnya. 

Pelbagai jenis tanda hamil 1 minggu yang boleh anda alami. Yang penting adalah dengan membuat ujian air kencing kehamilan dan pergi ke fasiliti kesihatan terdekat untuk pemeriksaan.

10 tanda hamil 1 minggu

tanda hamil 1 minggu

Berikut merupakan tanda hamil 1 minggu. Penulis mengecualikan simptom tidak datang haid memandangkan ia merupakan tanda umum yang diketahui ramai sebagai simptom hamil.

1. Pendarahan ringan dan kekejangan perut

Jika anda mengalami pendarahan ringan (tompok-tompok), itu mungkin tanda hamil 1 minggu. Apabila persenyawaan telah berjaya, janin akan dibenamkan ke dalam dinding rahim bagi mendapatkan nutrien sepanjang tempoh kehamilan.

Proses tersebut menyebabkan pendarahan ringan yang sering kali disertakan dengan simptom sakit.

Faktor-faktor lain seperti merokok, pengambilan alkohol dan penggunaan terlarang boleh menyebabkan pendarahan tersebut menjadi lebih banyak. Rujuk doktor anda sekiranya perkara tersebut berlaku.

Tanda tanda mengandung minggu pertama #2 Suhu badan naik

Jika anda tiba-tiba terasa panas, itu mungkin tanda hamil 1 minggu. Kenaikan suhu badan boleh berlaku ketika anda mengalami ovulasi atau setelah persenyawaan berjaya

Ketika janin dibenamkan ke dalam dinding rahim, kajian menunjukkan bahawa proses keradangan memainkan peranan penting. Ini bermakna, anda akan mengalami kenaikan suhu badan.

Selain daripada kehamilan, aktiviti senaman dan cuaca panas juga boleh meningkatkan suhu badan individu. Untuk kepastian, sila lakukan pemeriksaan.

3. Kelesuan dan mudah rasa mengantuk

Ketika anda hamil, penghasilan hormon hCG akan mengawal atur rembesan hormon progesteron. Ia bukan sahaja memainkan peranan penting sewaktu kehamilan malah berperanan dalam mengawal atur kitaran tidur jaga individu.

Kelesuan dan mudah rasa mengantuk merupakan dua tanda hamil 1 minggu.  Pastikan anda mendapat tidur yang cukup. 

Tanda tanda mengandung minggu pertama #4 Rasa berdebar-debar

Selain daripada mempunyai kaitan dengan penyakit kardiovaskular, rasa berdebar-debar juga merupakan salah satu tanda hamil 1 minggu.

Jumlah isipadu darah anda akan bertambah bagi menampung keperluan janin. Ini akan menyebabkan jantung anda berdegup 25% lebih laju berbanding dengan keadaan biasa. 

Jika anda mempunyai sejarah penyakit jantung, amat penting untuk anda berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat dan pemeriksaan fizikal.

sakit perut, hamil

5. Payudara membesar dan terasa sakit

Perubahan hormon boleh menyebabkan payudara anda mengalami perubahan. Segelintir individu berisiko untuk mendapat payudara bengkak namun ia akan beransur-ansur hilang apabila badan anda sudah biasa dengan persekitaran hormon yang tinggi.

Puting (areola) anda akan menghitam dan ukur lilitnya akan bertambah. Pastikan anda memakai bra yang bersesuaian untuk mengurangkan kesakitan.

Tanda tanda mengandung minggu pertama #6 Kerap kencing

Peningkatan pada isi padu darah di dalam badan akan menyebabkan buah pinggang wanita menapis lebih banyak air. 

Perkara ini akan menyebabkan anda kerap kencing. Satu nasihat yang sering diberikan adalah jangan tahan kencing anda. Pastikan anda minum air secukupnya untuk memenuhi keperluan harian.

7. Sembelit dan kembung perut

Sama seperti simptom yang anda alami sebelum fasa pendarahan dalam kitaran haid, sembelit dan kembung perut merupakan salah satu tanda hamil 1 minggu.

Semasa anda hamil, perubahan hormon akan menyebabkan sistem penghadaman anda menjadi perlahan. Ia boleh menyebabkan anda mengalami kembung perut dan sembelit. 

Banyakkan mengambil makanan berserat bagi membantu melegakan simptom tersebut.

Tanda tanda mengandung minggu pertama #8 Mabuk hamil dan kurang selera makan

kencing, buang air kecil

Walaupun punca kepada simptom mabuk hamil (muntah dan loya) masih lagi kurang jelas, perubahan hormon mungkin memainkan peranan penting.

Ia merupakan salah satu tanda hamil 1 minggu yang popular. Lihat sahaja pada drama yang memaparkan babak wanita mengandung. Pasti mereka akan muntah-muntah.

Mabuk hamil kebiasaannya berlaku antara minggu ke 4 dan ke 6. Pastikan anda minum air secukupnya. Jika anda asyik termuntah setelah minum atau makan, jumpa dengan doktor anda.

9. Pening kepala

Terdapat pelbagai jenis perubahan fisiologi yang dialami oleh wanita semasa mengandung. Salah satu daripadanya adalah tekanan darah rendah. Hormon yang dirembeskan boleh menyebabkan salur darah mengembang.

Perkara ini menyumbang kepada penurunan tekanan darah yang membuatkan anda pening dan berasa seperti dunia berpusing. 

Jika anda mengalami tekanan darah tinggi, pastikan anda rujuk kepada doktor untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Tanda tanda mengandung minggu pertama #10 Pedih ulu hati

Perubahan hormon sewaktu hamil boleh menyebabkan otot sfinkter (bukaan pada hujung esofagus) mengendur. Perkara ini akan memudahkan pengaliran asid di dalam perut untuk memasuki esofagus yang menyebabkan pedih ulu hati.

Jika anda mengalami keadaan ini, makan dengan bahagian yang kecil secara kerap. Jangan baring selepas makan dan beritahu doktor anda jika simptom tersebut kerap berlaku. Jika tiada larangan, doktor anda mungkin akan memberikan ubat antasid.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Teruja Nak Lakukan Ujian Kehamilan? Pasangan Baru Berkahwin Ambil Tahu Ini Dulu Sebelum Buat!

“Adakah aku mengandung?” Ini adalah salah satu daripada soalan terpenting dalam hidup seorang  insan yang bergelar wanita. Ini cara periksa ujian kehamilan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kehamilan, Rancang Kehamilan 03/09/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil, Jaga Berat Badan Jangan Sampai Obes! Risiko Bukan Hanya Pada Anda, Tapi Juga Bayi

Obesiti dan masalah berat badan berlebihan dalam kalangan wanita hamil menjadi salah satu masalah kesihatan kaum Hawa yang paling penting.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 20/08/2020 . 3 minit bacaan

Nak Berjimat, Guna Kit Ujian Kehamilan Berkali-kali, Boleh Ke? Ini Cara Betul Guna UPT

Ujian kehamilan murah dan mudah untuk didapatkan tetapi masih ramai lagi menggunakannya berulang kali. Boleh ke? Jika anda ingin tahu, baca artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Kehamilan, Rancang Kehamilan 18/08/2020 . 3 minit bacaan

Risau Kakak Masih Belum Hamil Sebab Endometriosis, Ibu Pun Pernah Alaminya, Ini Penyakit KETURUNAN?

Apa yang anda faham tentang penyakit endometriosis? Ada kata ia masalah ketidaksuburan yang diwarisi, benarkah? Jom fahami tentang keadaan kesihatan ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 07/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sakit kepala ketika hamil

Mengapa Saya Makin Kerap Sakit Kepala Semasa Hamil? Ini Sebabnya, Setiap Trimester Lain Puncanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
sakit punggung ketika hamil

Ibu Hamil Selalu Ada Masalah Sakit Punggung? Jom Cuba 11 Cara Ini Untuk Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
ubat untuk masalah kesuburan

Wanita Yang Nak Hamil, Sebelum Ambil Ubat Kesuburan, Ketahui Kesan Sampingan Jangka Panjang

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
telur wanita

Wanita Sudah Ada Telur Sejak Lahir? Ini Fakta Menarik Tentang Ovum, Dari Dalam Rahim Sampai Menopaus

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan