Apabila bercakap tentang hormon, ramai wanita mengaitkannya dengan kesuburan atau kitaran haid. Namun, hormon juga mempengaruhi mood, tahap tenaga, selera makan dan kesihatan secara keseluruhan.
Apabila bercakap tentang hormon, ramai wanita mengaitkannya dengan kesuburan atau kitaran haid. Namun, hormon juga mempengaruhi mood, tahap tenaga, selera makan dan kesihatan secara keseluruhan.

Sebab itu, semakin ramai mencari makanan yang menyeimbangkan hormon sebagai salah satu cara menyokong kesihatan. Selain itu, ada juga yang ingin mengetahui cara stabilkan hormon wanita melalui amalan pemakanan yang lebih seimbang.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Salah satu cara stabilkan hormon wanita ialah dengan mengamalkan pemakanan yang lengkap dan seimbang. Pengambilan karbohidrat, protein, lemak sihat serta pelbagai vitamin dan mineral membantu menyokong fungsi hormon dalam badan.
Jika anda sedang mencari makanan untuk hormon wanita, berikut ialah beberapa pilihan yang boleh dimasukkan ke dalam diet harian.
Lemak sihat seperti yang terkandung di dalam minyak sayuran, kekacang dan ikan amat penting untuk penghasilan hormon.
Untuk memastikan badan mempunyai hormon yang seimbang, kita memerlukan lemak baik dalam setiap pemakanan.
Antara makanan yang menyeimbangkan hormon serta mengandungi lemak sihat ialah:
Biji rami merupakan antara sumber fitoestrogen yang terbaik. Ia juga merupakan antara makanan yang menyeimbangkan hormon badan secara semula jadi, terutamanya hormon estrogen dalam badan.
Selain itu, anda juga boleh mengamalkan ‘seed cycling’. Melalui kaedah ini, anda perlu mengambil 4 jenis kekacang yang berbeza iaitu biji labu, bijan, bunga matahari dan rami.
Semua makanan ini kaya dengan zink dan selenium. Ia juga dapat memberikan manfaat kepada wanita yang mempunyai masalah kelenjar tiroid.

Kebanyakan hormon dirembeskan di dalam perut. Oleh sebab itu, sebarang masalah pada sistem pencernaan boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon.
Ada dua cara untuk memperkenalkan bakteria baik dalam badan. Pertama adalah melalui pengambilan probiotik. Cara kedua pula adalah daripada suplemen.
Makanan yang ditapai merupakan salah satu sumber probiotik semula jadi untuk badan.
Sebagai contoh, yogurt, miso, tempe, kimchi dan jeruk merupakan antara makanan yang boleh diambil untuk pastikan perut anda sentiasa sihat.
Selain menyokong kesihatan usus, keseimbangan mikrobiom juga dikaitkan dengan keseimbangan hormon dalam badan.
Organ hati kita menghasilkan banyak hormon. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan organ yang bertanggungjawab untuk mengkumuhkan bahan buangan dari darah.
Untuk memastikan hormon sentiasa seimbang, minuman herba yang bebas kafein mungkin dapat mempercepatkan proses detoks dan mengurangkan stres.
Selain itu, anda juga boleh ambil teh hijau! Minuman ini sangat terkenal dengan manfaatnya terhadap kesihatan. Malah, ia juga dapat meningkatkan metabolisme badan.
Teh hijau mengandungi theanine, sejenis bahan yang dapat mengurangkan penghasilan kortisol, sejenis hormon stres. Ia juga mempunyai antioksidan yang mengurangkan inflamasi dan juga risiko menghidap penyakit tertentu.
Apa itu diet pelangi? Diet pelangi ialah sejenis pemakanan yang menggabungkan sayur dan buah-buahan berbeza warna.
Diet pelangi bukanlah perkara yang baharu. Namun, ia sangat popular. Setiap makanan dengan warna yang berbeza mengandungi nutrisi yang berbeza. Antioksidan yang terkandung di dalamnya juga dapat menyokong kesihatan dan melawan stres.
Sebagai contoh:
Diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna-warni bukan sahaja membantu memenuhi keperluan nutrien harian, malah boleh menjadi sebahagian daripada makanan untuk hormon wanita yang menyokong kesihatan secara menyeluruh.
Selain memilih makanan yang menyeimbangkan hormon, amalan pemakanan yang lengkap dan gaya hidup sihat juga merupakan antara cara stabilkan hormon wanita secara semula jadi. Menggabungkan pelbagai makanan berkhasiat dalam diet harian dapat membantu menyokong kesihatan secara menyeluruh.
Mengamalkan makanan yang menyeimbangkan hormon boleh menjadi salah satu langkah untuk menyokong kesihatan wanita. Dengan memilih makanan untuk hormon wanita yang kaya dengan nutrien serta mengamalkan gaya hidup sihat, anda dapat membantu mengekalkan keseimbangan hormon dalam badan.
Walau bagaimanapun, jika anda mengalami simptom yang berpanjangan atau mengesyaki masalah hormon, dapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada doktor bagi mengenal pasti punca sebenar serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
08/07/2026
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor