home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Mengidam Makanan Manis Tanda Hamil Anak Perempuan & 5 Kepercayaan KARUT Lain!

Mengidam Makanan Manis Tanda Hamil Anak Perempuan & 5 Kepercayaan KARUT Lain!

Pendedahan mengenai jantina bayi merupakan salah satu perkara yang paling teruja yang anda akan lalui. Malah, pasangan suami isteri pasti tertanya-tanya adakah anda akan memiliki anak perempuan atau anak lelaki, kan?

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang didakwa sebagai tanda-tanda bahawa anda memiliki anak perempuan. Adakah ia benar-benar tepat dan berkesan?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Mood swing yang melampau

Perubahan hormon semasa kehamilan seringkali menyebabkan mood swing. Sesetengah individu menyatakan bahawa wanita yang hamil bayi perempuan mempunyai tahap estrogen yang lebih tinggi lalu menyebabkan kekerapan mood swing.

Walau bagaimanapun, tidak terdapat sebarang kajian yang membuktikan dakwaan ini.

Ini kerana perubahan hormon kerap berlaku semasa kehamilan tanpa mengira sama ada anda mengandungkan bayi lelaki mahupun perempuan.

Perut yang lebih besar

tanda awal hamil

Ada terori yang menyatakan, sekiranya seseorang wanita bertambah berat badan di bahagian perut ketika hamil, itu menandakan bahawa dia hamil anak perempuan.

Malang sekali, dakwaan ini ternyata tidak benar kerana wanita yang mengalami peningkatan berat badan sebenarnya bergantung kepada jenis tubuhnya, bukan jantina bayinya.

Perut lebih tinggi

Ini juga merupakan salah satu dakwaan yang tidak tepat. Ia tidak mempunyai asas saintifik yang tepat. Perut kandungan tinggi atau rendah bergantung kepada jenis tubuh wanita, penambahan berat badan, tahap kecergasan dan kekuatan otot.

Keinginan terhadap makanan manis

Ada teori yang menyatakan sekiranya wanita hamil berkeinginan terhadap sesuatu makanan yang manis, ia menandakan bahawa dia sedang hamil anak perempuan.

Sekiranya lebih gemar makanan yang masin, ia petanda sedang hamil anak lelaki. Kedua-dua teori tersebut adalah tidak tepat sama sekali kerana ia bergantung kepada kekurangan mineral dalam badan, bukannya keinginan bayi anda.

Kulit berminyak dan rambut yang kusam

Sesetengah individu juga percaya sekiranya ibu hamil mempunyai kulit berminyak dan rambut yang kusam, ini bermakna bahawa dia sedang hamil bayi perempuan.

Dakwaan ini juga adalah tidak tepat memandangkan perubahan pengeluaran minyak pada kulit dan penampilan rambut semasa hamil bergantung kepada perubahan hormon.

Degupan jantung bayi yang lebih cepat

Ramai juga yang mempercayai sekiranya degupan jantung bayi itu lebih cepat atau pantas, ia bermakna bahawa bayi tersebut adalah bayi perempuan.

Walau bagaimanapun, dakwaan ini juga adalah tidak benar memandangkan kajian telah menunjukkan bahawa tiada perbezaan antara degupan jantung bayi lelaki atau perempuan.

Jelas sekali bahawa kesemua dakwaan atau teori berkenaan penentuan jantina tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

Sekiranya anda benar-benar ingin mengetahui jantina bayi, lakukan ujian ultrasound kerana ia lebih dipercayai dan lebih berkesan. Elakkan daripada mempercayai dakwaan karut yang tidak mempunyai sebarang asas dan telah dibuktikan tidak benar.

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.medicalnewstoday.com/articles/322368.php

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Disemak pada 17/03/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung