
Pun begitu, ada juga wanita yang tidak mengalami sebarang gejala. Oleh sebab itu, amat penting melakukan pemeriksaan rutin.
Tanda rahim tidak sihat #Adenomiosis
Keadaan ini sukar didiagnosis dengan hanya pemeriksaan pelvis biasa.
Ia melibatkan tisu endometrium yang tumbuh melalui dinding rahim. Ia boleh berkembang pada satu bahagian sahaja atau menjejaskan keseluruhan rahim.
Antara simptom yang boleh dialami adalah seperti kekejangan teruk semasa haid, aliran darah period yang banyak, kembung perut atau tekanan pada bahagian pelvis.
Kanser ginekologi
Kanser ginekologi adalah sebarang kanser yang bermula pada organ pembiakan wanita.
Kanser ini bermula pada bahagian berbeza dalam pelvis, iaitu di bawah perut dan di antara tulang pinggul.
- Kanser serviks bermula di serviks, iaitu bahagian bawah rahim yang sempit
- Kanser ovari bermula di ovari, yang terletak pada setiap sisi rahim
- Tanda kanser rahim bermula pada bahagian rahim, organ berbentuk pir di pelvis tempat bayi membesar semasa tempoh kehamilan
- Kanser faraj bermula pada faraj, saluran berongga seperti tiub antara bahagian bawah rahim dan bahagian luar badan
- Kanser vulva bermula di vulva, iaitu bahagian luar organ kemaluan
Polip
Polip rahim adalah perkara biasa. Ia merupakan ketumbuhan kecil dan lembut dalam rahim.
Keadaan ini boleh menyebabkan pendarahan haid banyak, tompokan darah di antara haid dan pendarahan selepas hubungan seks.
Tanda rahim tidak sihat #Sindrom kesakitan pundi kencing
Dikenali sebagai Interstitial cystitis (IC) yang mengakibatkan ketidakselesaan atau kesakitan berulang pada pundi kencing atau bahagian sekitar pelvis.
Sesetengah individu mungkin mengalami beberapa gejala berikut atau tiada langsung simptom:
- Rasa tidak selesa perut atau pelvis
- Kerap kencing
- Keinginan tinggi untuk kencing
- Rasa tekanan pada perut atau pelvis
- Kesakitan teruk pada pundi kencing atau bahagian pelvis
- Sakit perut teruk pada bahagian bawah perut yang bertambah kuat apabila pundi kencing kosong atau penuh
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen