Selalu Bersin & Hidung Tersumbat Waktu Bangun Tidur? Anda Mungkin Alami Alahan Pagi!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 05/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Hidung tersumbat, berair, meleleh, bersin, batuk… Ini semua antara reaksi alergi menjengkelkan yang boleh terjadi.

Reaksi alergi boleh tercetus dan berlaku bila-bila masa sahaja sepanjang tahun, tanpa mengira musim panas mahupun sejuk.

Namun, sebilangan orang hanya mengalami gejala alergi pada waktu pagi! Adakah anda tergolong dalam golongan ini?

Jika ya, mari kita merungkai penyebab utama di sebalik kejadian tersebut berserta langkah pencegahan. Jom baca!

Alergi waktu pagi, apa punca?

Untuk pengetahuan, gejala alahan kadangkala berlaku disebabkan oleh rinitis alergi (allergic rhinitis) atau demam hay (hay fever).

Simptom juga berlaku apabila sistem kekebalan tubuh bertindak balas terhadap alergen di udara, menyebabkan pembengkakan dan keradangan di dalam hidung.

Selain itu, reaksi sistem imun ini bukan sahaja mencetuskan gejala-gejala yang disebutkan di atas, malah simptom lain turut boleh terjadi, seperti:

Sekarang berbalik kepada persoalan utama artikel ini, apa sebenarnya punca reaksi alergi pada waktu pagi ini?

1. Debunga

Debunga adalah serbuk halus yang dihasilkan oleh pokok, bunga, rumput dan rumpai yang digunakan sebagai baja.

Alahan debunga ini turut dikenali sebagai demam hay atau rinitis alahan, merupakan antara penyebab utama alahan di Amerika Syarikat.

Jika anda sudah mempunyai alahan terhadap debunga, potensi untuk mengalami reaksi alergi yang teruk pada waktu pagi adalah agak tinggi.

Ini kerana jumlah debunga adalah paling tinggi pada waktu pagi.

2. Hama debu

hama debu

Reaksi alergi juga boleh tercetus pada waktu pagi sekiranya anda alah kepada hama debu.

Mereka adalah pepijat mikroskopik yang turut menghuni rumah, termasuklah di bilik tidur kita yang merupakan tempat kegemarannya.

Tambahan itu, makhluk kecil ini cenderung tinggal dan membiak di tilam, bantal, cadar, karpet malah perabot.

Pun begitu, mereka tidak menggigit atau menyebarkan penyakit.

Tetapi jika anda tidur di tempat yang dipenuhi hama, anda mungkin akan bangun dengan gejala alergi setiap pagi.

3. Haiwan peliharaan

Haiwan peliharaan adalah satu lagi penyebab alahan pagi, terutamanya jika si gebu anda tidur sebilik atau sekatil.

Sekiranya anda tidak tidur bersama sekalipun, bulu-bulu mereka masih akan gugur dan bertebaran di kawasan bilik tidur kalian.

Bagi mengurangkan risiko berlakunya alahan pada waktu pagi, elakkan haiwan kesayangan anda daripada masuk bilik mahupun naik ke atas katil.

Apa lagi penyebab alahan waktu pagi yang lain?

Simptom alahan pada waktu pagi bukan hanya disebabkan oleh alergen.

Rinitis bukan alergi juga boleh mencetuskan alahan pagi seperti hidung tersumbat, berair, bersin, dan batuk.

Ini kerana rinitis alergi dan rinitis bukan alergi boleh menyebabkan simptom yang serupa.

Perbezaannya ialah rinitis bukan alergi tidak melibatkan sistem imun. Sebaliknya, perengsa dan faktor-faktor lain boleh menjadi pencetus, seperti:

  • Bau yang kuat

Penggunaan gel mandian wangi, essential oil, atau losen sebelum tidur, bau-bau ini boleh merengsakan saluran darah di hidung, menyebabkannya tersumbat dan berair. Sakit tekak dan batuk juga boleh berlaku.

Maka, pendedahan terhadap produk-produk ini setiap malam boleh menyebabkan anda bangun dengan gejala alahan.

Selain itu, anda turut berpotensi mengalami alahan ini sekiranya sensitif terhadap sabun basuh yang digunakan dalam mencuci cadar mahupun sarung bantal.

  • Ubatan

makan ubat

Bukan hanya bau kuat, ubat-ubatan tertentu juga boleh mencetuskan rinitis bukan alergi pada waktu pagi.

Kadangkala, saluran darah di hidung melebar sebagai kesan sampingan pengambilan ubatan tertentu seperti, ibuprofen, aspirin, sedatif, mahupun ubat untuk mengurangkan tekanan darah tinggi.

Jika diambil sebelum tidur, ubatan ini berisiko menyebabkan hidung berair atau tersumbat apabila bangun pada waktu pagi.

  • Refluks asid

Asid refluks berlaku apabila terdapat asid dari perut naik kembali ke saluran esofagus.

Keadaan ini adalah normal untuk berlaku tetapi boleh menyebabkan komplikasi kesihatan lain seperti masalah pedih ulu hati.

Posisi tidur secara terlentang boleh memperburuk refluks dan merengsakan tekak anda.

Justeru, perkara ini turut menyebabkan sakit tekak, hidung yang berair, dan simptom alahan lain.

  • Perubahan hormon

Perubahan hormon yang terjadi akibat kehamilan, haid, dan penggunaan pil perancang juga boleh menyumbang terhadap rinitis bukan alergi.

Ini kerana perubahan tahap hormon menyumbang kepada peningkatan pengeluaran lendir dan mencetuskan perubahan pada selaput lendir, mengakibatkan hidung berair, tersumbat dan bersin.

Alahan pagi, bagaimana nak cegah?

Berikut adalah beberapa tip yang boleh diamalkan untuk mencegah gejala alergi pada waktu pagi, tidak kira sama ada disebabkan oleh rinitis alergi atau rinitis bukan alergi.

  • Walau bagaimana sayang atau serapat mana pun anda dengan si gebu, JANGAN tidur bersama haiwan kesayangan atau membiarkannya ‘melepak’ di tempat tidur anda. Mandikan si gebu sekurang-kurangnya seminggu sekali (mengikut kesesuaian) untuk mengurangkan alergen di kawasan rumah
  • Elak gunakan karpet berbulu tebal di bilik tidur dan gantikan dengan lantai kayu atau jubin
  • Pastikan kelembapan di tahap rendah. Kekalkan kelembapan relatif di bawah 50% di rumah anda. Dehumidifier atau penghawa dingin dapat membantu menjaga tahap kelembapan
  • Gunakan penutup anti hama pada cadar dan sarung bantal
  • Ambil ubat antihistamin setiap malam sebelum tidur. Ubat ini dapat menghalang histamin yang dikeluarkan oleh tubuh
  • Sentiasa bersihkan katil setiap malam sebelum tidur, dan pastikan kebersihan bilik berada pada tahap yang optimum
  • Basuh tempat tidur secara mingguan. Basuh semua cadar, selimut, sarung bantal dan sarung tilam menggunakan air panas sekurang-kurangnya 130 F (54.4 C) untuk membunuh hama habuk dan menyingkirkan alergen

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Normal Ke Jika Mulut Berbau Waktu Pagi? Ini 5 Puncanya & Juga Tip Mencegah, Pasti BERKESAN!

Isu bau mulut adalah keadaan biasa yang dialami oleh kebanyakan individu selepas bangun tidur. Jom fahami punca mulut berbau dan cara untuk mengatasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 22/01/2021 . 3 minit bacaan

Ada Masalah Kulit Kering Di Sekitar Mulut? Ini Punca & Tip Merawatnya

Kulit kering sekitar mulut boleh berpunca daripada pelbagai masalah, termasuk dermatitis perioral, alergi dan kerengsaan akibat penggunaan produk tertentu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kesihatan Kulit, Penjagaan Kulit 14/01/2021 . 3 minit bacaan

Pening Kepala Kalau Bau Perfume Kuat Sangat? Mungkin Anda Ada Alahan Minyak Wangi

Tahukah anda, ada individu yang akan alami alahan kulit jika mereka terdedah dengan minyak wangi? Alahan jenis ini berbahaya dan perlukan perhatian doktor!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Alahan, Alahan Kulit 11/01/2021 . 3 minit bacaan

Info Lengkap Tentang ASMA: Jenis, Simptom, Risiko & Rawatan

Penyakit asma adalah antara gangguan pernafasan paling biasa dialami kebanyakan individu. Umumnya, penghidap asma juga akan berdepan simptom lain.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Asma, Kesihatan Pernafasan 07/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

suntikan vaksin

Betul Ke Vaksin COVID-19 Boleh Sebabkan Kesan Sampingan Kekal? 

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan
rawatan hospital

Bukan Semua Pesakit COVID-19 Perlu Masuk Hospital, KECUALI Yang Ada 11 GEJALA Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 10/02/2021 . 4 minit bacaan
sakit ketika seks

Buat Suami, Ini 7 Punca Yang Sebabkan Zakar Rasa Sakit Semasa Seks

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 05/02/2021 . 3 minit bacaan
alahan makanan

Lepas Makan Sesuatu Muncul Ruam Alahan, Alamak Ini Punca Tak Belek Label Makanan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 28/01/2021 . 3 minit bacaan