Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Ini Antara Perubahan Tubuh & Emosi Sepanjang Kehamilan, Wanita Hamil WAJIB Ambil Tahu

Ditulis oleh Pamilia Lourdunathan · Hello Health Group


Disemak pada 24/03/2021

Ini Antara Perubahan Tubuh & Emosi Sepanjang Kehamilan, Wanita Hamil WAJIB Ambil Tahu

Bagi ibu hamil, mengetahui info ibu mengandung serta keadaan yang akan dialami sepanjang tempoh kehamilan pastinya dapat bantu memantau tahap kesihatan diri dan bayi.

Berbadan dua adalah istilah yang merujuk kepada tempoh di mana janin berkembang di dalam rahim.

Tempoh kehamilan biasanya berlangsung sekitar 40 minggu atau 9 bulan.

Apabila anda disahkan hamil, akan berlaku perubahan dalam hormon dan jumlah ini akan meningkat setiap hari.

Sudahkah anda bersedia untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perubahan semasa kehamilan dan persediaan untuk bersalin?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang kehamilan di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Info ibu mengandung

Kehamilan berlaku apabila telur disenyawakan oleh sperma setelah dibebaskan dari ovari semasa ovulasi.

Telur ini kemudiannya akan bergerak ke rahim, di mana implantasi akan berlaku. Jika proses implantasi berjaya, maka akan terjadilah kehamilan.

Anda mungkin akan melihat beberapa tanda dan gejala sebelum menjalani ujian kehamilan.

Antara simptom awal kehamilan adalah seperti:

  • Tiada pendarahan haid
  • Sakit kepala
  • Pendarahan implantasi
  • Payudara sensitif
  • Rasa mual
  • Kerap membuang air kecil
  • Gangguan mood
  • Letih dan lesu

Kebanyakan simptom yang berlaku adalah disebabkan perubahan hormon pada tubuh seorang wanita hamil.

Jangkaan untuk ibu hamil: Perubahan yang bakal berlaku

Secara umumnya, tempoh kehamilan dibahagikan kepada 3 trimester. Setiap satunya mempunyai titik perubahan tersendiri sama ada melibatkan tubuh, emosi atau tahap kesihatan.

ibu hamil

#1 – 3 bulan

Perubahan pada tubuh

Tubuh akan mengalami beberapa perubahan besar sebagai persediaan untuk membesarkan satu kehidupan baharu.

Perubahan tersebut akan menyebabkan pelbagai simptom seperti mual, keletihan, payudara sensitif dan kerap kencing.

Ia adalah gejala kehamilan biasa, namun setiap wanita hamil akan mengalami pengalaman berbeza.

Ada wanita mungkin berasa lebih bertenaga dalam fasa ini dan sesetengah yang lain mengalami keletihan dan sangat beremosi.

Emosi

Tahap estrogen dan progesteron lebih tinggi semasa trimester pertama menjadi punca kepada perubahan emosi seperti roller coaster.

Keletihan yang teruk atau mabuk pagi boleh mengganggu perjalanan hari anda. Mood swings seperti sindrom pramentruasi adalah perkara biasa untuk terjadi.

Info ibu mengandung: Penjagaan kehamilan

Bagi ibu hamil, gejala awal kehamilan boleh mendatangkan ketidakselesaan.

Namun ia boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat serta senaman teratur.

Anda disarankan untuk meneruskan aktiviti fizikal harian selagi berasa selesa dan larat melakukannya.

Semakin aktif semasa berbadan dua, ia akan memudahkan anda untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan tubuh yang berlaku.

#4 – 6 bulan

Perubahan pada tubuh

Trimester kedua kehamilan dianggap sebagai ‘golden period’ kerana kebanyakan rasa tidak selesa yang dialami pada awal kehamilan akan mulai menghilang.

Pada fasa ini, anda mungkin kurang mengalami loya, corak tidur lebih baik dan mengalami peningkatan tahap tenaga.

Pun begitu, antara info ibu mengandung yang perlu anda ketahui semasa di trimester kedua ini di mana terdapat kemungkinan berlaku gejala baharu seperti:

Emosi ibu hamil

Rasa letih, mabuk pagi atau emosi roller coaster biasanya akan bertambah baik atau hilang.

Namun, anda mungkin akan menjadi pelupa dan kurang teratur berbanding sebelum ini.

Pertambahan berat, baby bump yang semakin kelihatan dan dapat merasai pergerakan bayi boleh menimbulkan pelbagai emosi bercampur baur dalam diri.

Penjagaan kehamilan

Walaupun simptom yang dialami pada trimester pertama semakin reda, namun anda akan mula melihat perubahan lebih besar pada tubuh.

Sudah tentu pengambilan makanan berkhasiat serta senaman yang teratur adalah kunci pada trimester ini dan juga sepanjang tempoh kehamilan.

Teruskan dengan rutin senaman anda, tetapi jangan sampai memenatkan diri, okay? Berpada-padalah ya wahai ibu hamil.

info ibu mengandung

#7 – 9 bulan

Perubahan pada tubuh

Anda kini berada pada tahap akhir kehamilan dan sudah tentu rasa teruja serta tidak sabar menantikan kelahiran si kecil!

Beberapa gejala fizikal mungkin akan berlaku pada tempoh ini seperti:

Emosi

Rasa mudah terlupa itu masih terjadi.

Malah, semakin menghampiri tarikh bersalin (EDD), adalah perkara biasa untuk anda rasa lebih cemas mengenai kelahiran bayi dan bagaimana perubahan yang akan berlaku.

Mood juga lebih mudah terganggu. Ia mungkin disebabkan rasa keletihan bersama ketidakselesaan dialami seiring dengan kandungan yang semakin membesar.

Penjagaan kehamilan

Oleh kerana bayi semakin menghampiri tempoh kehamilan penuh, rasa ketidakselesaan akan lebih banyak dirasai berbanding semasa trimester kedua.

Jika mengalami kesukaran untuk tidur, anda boleh mencuba menggunakan bantal untuk memberikan sokongan tambahan kepada seluruh badan atau bahagian tertentu yang memerlukan.

Ia dapat mengurangkan ketegangan semasa anda berehat.

Di samping itu, anda mungkin akan mula mengalami kontraksi. Ia boleh menjadi tanda kontraksi palsu atau betul.

Kontraksi palsu ini dikenali sebagai Braxton Hicks. Ia merupakan cara tubuh mempersiapkan diri menghadapi proses bersalin sebenar.

Jika ia berlaku, anda mungkin berasa seperti kekejangan haid atau rasa menekan pada bahagian abdomen.

Persediaan bersalin untuk ibu hamil

Risau untuk melahirkan anak adalah perkara biasa. Namun ia bukan bermakna anda tidak perlu melakukan persiapan untuk menghadapinya!

Mengetahui apa yang berkemungkinan akan berlaku pastinya dapat mengurangkan debaran di hati.

Ibu hamil, perhatikan 5 tanda ini

Anda benar-benar akan bersalin apabila mengalami simptom seperti:

  • Kontraksi kuat dan kerap. Ia mungkin berlangsung sekitar 30 hingga 70 saat dengan jarak antara 5 hingga 10 minit bagi setiap kontraksi yang berlaku. Secara amnya, ia adalah kontraksi yang betul apabila anda tidak boleh berjalan atau bercakap semasa mengalaminya. Intensitinya akan semakin kuat apabila menghampir waktu bersalin
  • Berasa sakit pada sekitar perut dan punggung. Kesakitan tersebut tidak reda walaupun anda bergerak atau tukar posisi duduk
  • Mengalami lendir berdarah – kecoklatan atau kemerahan
  • Air ketuban pecah
  • Keinginan untuk kencing yang lebih kerap. Ini berlaku kerana kepala bayi menekan usus anda

Seperkara yang perlu anda ketahui, kesakitan sebelum bersalin yang dialami mungkin berlangsung sehingga 36 jam.

Jika perlu, doktor mungkin akan memberikan ubat untuk membantu anda berehat.

Tempoh bersalin normal dan caesarean

Bagi kelahiran secara pembedahan atau caesarean, ia biasanya memakan masa sekitar 45 minit.

Setelah bayi selamat dilahirkan, doktor akan menjahit rahim dan menutup luka pada abdomen ibu.

Terdapat pelbagai jenis situasi kecemasan yang boleh timbul semasa bersalin.

Dalam beberapa kes, kelahiran C-Sec boleh berlaku dengan cepat. Ia mungkin hanya memerlukan tempoh masa antara 15 hingga 20 minit.

Ia dipanggil sebagai kelahiran pembedahan kecemasan.

Selepas itu, masa tambahan diperlukan untuk doktor menjahit rahim dan abdomen.

Manakala proses bersalin normal pula mungkin akan memerlukan antara 6 hingga 18 jam untuk ibu hamil yang pertama kali melahirkan bayi.

Anda mungkin memerlukan masa daripada beberapa minit hingga jam atau mungkin lebih hanya untuk meneran bayi keluar.

ibu hamil

Info ibu mengandung: Kesakitan semasa melahirkan

Kesakitan ketika bersalin terjadi kesan pengecutan otot-otot rahim dan tekanan pada serviks.

Kesakitan ini akan dirasai seperti kekejangan dan rasa kuat pada abdomen, pangkal paha serta punggung.

Punca lain kesakitan adalah disebabkan berlakunya tekanan pada pundi kencing dan usus.

Rasa sakit untuk bersalin ini adalah berbeza bagi setiap ibu hamil, bahkan anda akan merasai kesakitan yang berlainan pada setiap kehamilan.

Ada wanita mungkin mengalami rasa sakit serupa dengan senggugut ketika haid. Manakala bagi yang lain akan berasa seperti kesakitan kuat seakan mengalami cirit-birit.

Tip meneran

Apabila bayi sudah bersedia pada saluran kelahiran, kebanyakan ibu akan mendapat dorongan semula jadi untuk meneran.

Antara tip semasa meneran yang boleh diamalkan adalah anda perlu berbaring sambil menongkat dagu pada dada dan angkat kaki sehingga lutut berada pada sisi abdomen.

Anda boleh menggunakan tangan untuk menahan paha.

Ikutlah naluri semula jadi untuk meneran.

Tarik nafas sedalam yang mungkin dan tahan ia semasa meneran ketika bersalin.

Rasa cemas? Bertenang, doktor dan jururawat yang ada bersama di dalam bilik bersalin akan membantu anda untuk meneran.

Percaya pada diri, anda pasti boleh melakukannya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Ditulis oleh

Pamilia Lourdunathan

· Hello Health Group


Disemak pada 24/03/2021

Iklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

Iklan
Iklan
Iklan