Semasa ovulasi, perubahan hormon menjadikan deria bau wanita lebih sensitif. Anda mungkin mendapati diri anda mampu untuk menghidu dan membezakan sesetengah bau yang tidak anda kenali sebelum ini. Pada masa ini, deria lain seperti rasa dan penglihatan juga akan meningkat.
Pada setiap ovulasi, tubuh anda akan melepaskan lebih daripada 1 telur
Dalam kebanyakan kes, tubuh wanita hanya melepaskan satu telur pada setiap ovulasi. Walau bagaimanapun, sesetengah ovari wanita berupaya melepaskan dua atau lebih telur semasa satu kitaran, yang mungkin menyebabkan kehamilan kembar dua, tiga, atau lebih lagi.
Pengambilan pil pencegah kehamilan akan menghalang proses ovulasi
Hakikatnya, selepas anda mengambil pil pencegah kehamilan atau pil perancang, hormon estrogen dan progestin anda akan menyimpan telur di dalam ovari, dan bukannya membebaskan telur keluar. Pengambilan pil kontraseptif kecemasan langsung memberi kesan kepada proses ovulasi dengan cara menghentikan pertemuan antara telur dan sperma di dalam tubuh wanita.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen