Tanda-tanda dan simptom lain yang boleh berlaku dengan PE termasuk:
- Kesakitan atau pembengkakan kaki, atau kedua-duanya, biasanya di dalam labu betis
- Berlengas (clammy) atau cynosis (keadaan kulit dan membran mukus yang menjadi biru akibat kurangnya oksigen di dalam darah)
- Demam
- Peluh berlebihan
- Degupan jantung yang laju atau tidak teratur
- Pening kepala terlampau
Faktor risiko
Faktor yang meningkat risiko seseorang membangunkan trombosis urat dalam dan PE termasuk:
- Kanser
- Sejarah mbolisme keluarga
- Keretakan kaki atau pinggul
- Sejarah serangan jantung atau strok
- Pembedahan besar
- Obesiti
- Berumur 60 tahun ke atas
- Mengambil estrogen atau testosteron
- Gaya hidup tidak aktif
- Keadaan hiperkuagulabel atau gangguan pembekuan darah genetik
Diagnosis
Dalam sesetengah kes, embolisme pulmonari sukar untuk didiagnosis. Terutamanya jika anda mempunyai keadaan paru atau jantung, seperti emfisema atau tekanan darah tinggi.
Doktor biasanya akan melakukan satu atau lebih ujian berikut untuk mengetahui punca simptom anda. Antaranya
- Imbasan-X dada
- Elektrokardiografi (ECG)
- MRI
- Imbasan CT
- Angiografi pulmonari
- Duplex venous ultrasound:
- Venography
- Ujian D-dimer
Rawatan
Sekiranya mempunyai PE, anda memerlukan rawatan perubatan dengan serta-merta. Rawatan untuk embolisme pulmonari bergantung kepada saiz dan lokasi bekuan darah. Sekiranya masalah ini kecil dan dikesan dengan lebih awal, doktor mungkin mengesyorkan ubat sebagai rawatan. Sesetengah ubat boleh memecahkan bekuan kecil.
Bagaimanapun, jika pengeluarannya bekuan darah bermasalah, pembedahan mungkin diperlukan, terutama yang menyekat aliran darah ke paru-paru atau jantung.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen