backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

12

Tanya Doktor
Simpan

Kerap Rasa Mual, Simptom Mengandung @ 'Period'? Ada 8 Tanda Hamil VS Haid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/12/2023

    Kerap Rasa Mual, Simptom Mengandung @ 'Period'? Ada 8 Tanda Hamil VS Haid

    Tanda awal kehamilan seakan sama seperti datang bulan. Sebab itu ramai wanita keliru ketika datang bulan atau period tapi mengandung. Bagaimana untuk membezakan sama ada anda positif hamil ataupun ia adalah simptom period?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkan di sini.

    Kenapa tanda-tandanya sama? Apa beza period tapi mengandung?

    Kedua-duanya, sama ada kehamilan atau period merupakan perkara yang terhasil daripada proses yang sama, iaitu ovulasi. Anda boleh semak kitaran haid dan ovulasi dalam Kalkulator Kesuburan kami. 

    Ovulasi merupakan tempoh ovari melepaskan sel telur yang matang untuk disenyawakan dengan sperma.

    Ovulasi atau turut dikenali sebagai waktu subur adalah fasa yang dialami oleh individu wanita sihat setiap bulan.

    Tetapi sekiranya tiada sperma yang menyuburkan telur yang dilepaskan itu, maka bermulalah tempoh kedatangan haid.

    Adakah anda period tapi mengandung? 

    period tapi mengandung

    Sebenarnya untuk membezakan antara tanda-tanda positif hamil atau simptom kedatangan haid (premenstrual syndrome (PMS) tidaklah terlalu sukar.

    Berikut adalah beberapa perkara yang boleh membantu anda mengenal pasti perbezaan antara kedua-duanya

    1. Period tapi mengandung – Kesakitan payudara

    Hamil atau haid, kedua-duanya akan membuatkan payudara anda terasa sakit dan mungkin bengkak. Anda mungkin menyedari payudara terasa lebih berat dan padat/keras apabila disentuh. 

    Hamil: 

    Berlangsung untuk tempoh satu hingga dua minggu selepas persenyawaan. Kesakitan ini mungkin akan dirasai sepanjang tempoh kehamilan dan akan berhenti selepas melahirkan bayi.

    Period:

    Hanya berlaku dalam tempoh yang sementara. Biasanya muncul satu atau dua hari sebelum haid. Rasa sakit ini akan berhenti pada hari pertama anda keluar haid.

    2. Period tapi mengandung – Kekejangan abdomen

    Hampir kebanyakan wanita merasai kekejangan ini setiap kali tiba waktu period. Namun, sebenarnya ia juga boleh menjadi tanda-tanda positif kehamilan.

    Hamil: 

    Kekejangan abdomen yang berlaku adalah kerana proses implantasi embrio.

    Biasanya kekejangan ini cenderung berpusat pada satu bahagian. Sebagai contoh, jika telur disenyawa dilekatkan pada sisi kanan rahim, kekejangan akan lebih ketara pada bahagian tersebut.

    Rasa kejang ini biasanya berlaku untuk tempoh yang sementara dan kembali reda setelah beberapa jam.

    Period:

    Jika PMS, ia disebabkan oleh kekejangan pada bahagian otot-otot rahim.

    Kesakitan yang dirasai akan lebih tertumpu pada bahagian bawah, ada kalanya rasa sakit ini akan merebak sehingga ke bahagian belakang badan. 

    Jika kekejangan berlaku untuk tempoh lebih daripada satu hari, ia mungkin tanda kedatangan period. Ia biasanya akan berlaku sehingga hari terakhir datang bulan.

    3. Period tapi mengandung – Tompokan darah

    period tapi mengandung

    Tompokan darah juga boleh berlaku pada awal kehamilan yang dipanggil pendarahan implan. Tetapi, ada yang menganggap ia sebagai hari pertama period

    Hamil:

    Jika anda positif hamil, darah yang muncul biasa hanya setitik dua. Warnanya juga cenderung berwarna merah jambu atau cerah kekuningan.

    Dipanggil sebagai implantasi dan berlaku dalam tempoh 10 hingga 14 hari selepas persenyawaan. Tempoh keluar darah ini biasanya antara 1-2 hari dan tidak akan berlanjutan sehingga 5-7 hari.

    Artikel berkaitan:

    Period:

    Jika simptom period, anda tidak akan mengalami sebarang tompokan atau bintik-bintik darah. Pendarahan hanya akan keluar pada hari pertama haid.

    Darah yang keluar ketika haid biasanya cenderung berwarna gelap dan pekat dan ada masanya disertai oleh gumpalan darah.

    4. Period tapi mengandung: Mengidam 

    Keinginan untuk memakan sesuatu juga boleh menyebabkan kekeliruan antara tanda positif hamil atau simptom period.

    Hamil:

    Lazimnya, mengidam disebabkan kehamilan sangat spesifik dan luar biasa. Adakalanya ia melibatkan sesuatu yang mungkin anda tidak sukai atau tidak pernah makan sebelum ini.

    Selalunya keinginan ini perlu dipenuhi segera. Sesetengah individu menganggap rasa mengidam ini mungkin berlangsung sepanjang tempoh mengandung.

    Period:

    Biasanya jika ia adalah tanda kedatangan haid, anda akan cenderung mengidam makanan manis atau masin seperti coklat atau kerepek kentang mahupun makanan bergoreng.

    Selalunya keinginan ini hanyalah sementara dan hilang sebaik sahaja period.

    5. Mual dan muntah

    period tapi mengandung

    Sesetengah individu wanita akan mengalami mual dan muntah pada waktu pagi sebelum disahkan positif hamil.

    Ada juga individu wanita yang mengalami perkara yang sama kerana kedatangan haid. 

    Hamil:

    Morning sickness adalah satu tanda awal kehamilan paling biasa untuk terjadi.

    Malahan terdapat sesetengah individu mengalaminya sehingga tempoh bulan keempat atau kelima kehamilan. 

    Ia tidak hanya berlaku pada waktu pagi, tetapi boleh juga berlaku pada waktu tengah hari, petang mahupun malam.

    Period:

    Biasanya jika anda akan mengalami haid, anda tidak akan mengalami mual mahupun muntah.

    Cuma anda mungkin akan berasa perut tidak selesa, seperti kembung dan mungkin cirit-birit.

    6. Period tapi mengandung: Sakit belakang

    Sama ada anda sememangnya mengandung atau period, anda akan mengalami rasa sakit pada bahagian belakang anda.

    Hamil:

    Jika anda hamil, rasa sakit belakang yang dialami biasanya berlaku dalam trimester kedua sehingga akhir tempoh kehamilan.

    Keadaan ini disebabkan oleh pertambahan berat badan dan juga tumbesaran bayi di dalam kandungan.

    Period:

    Sakit belakang adalah simptom biasa apabila anda haid. Ia tertumpu kepada bahagian belakang dan mungkin menjalar hingga ke betis. Sesetengah wanita akan berasa kesakitan yang agak teruk.

    7. Perubahan mood

    Kedua-dua keadaan sememangnya boleh membuatkan emosi anda mudah berubah. 

    Hamil:

    Period tapi mengandung biasanya berlaku disebabkan hormon kehamilan yang naik dan turun bagi menyesuaikan dengan perubahan yang berlaku dalam badan.

    Perubahan mood swings mungkin akan berlaku sepanjang tempoh kehamilan dan hanya akan pulih selepas anda bersalin.

    Period:

    Selalunya jika emosi anda naik turun disebabkan simptom period, ia tidak akan bertahan lama dan akan segera hilang selepas haid anda habis.

    8. Lewat 

    Tempoh kedatangan haid yang lewat boleh menjadi petanda hamil penting atau mungkin cuma kerana period lambat muncul.

    Hamil:

    Ia biasanya lambat untuk tempoh seminggu hingga dua minggu dari tarikh anda sepatutnya period, lebih-lebih lagi jika jadual haid anda teratur.

    Selain itu ia juga perlu disertai dengan beberapa tanda awal kehamilan yang lain.  

    Period:

    Anda dikategorikan sebagai lewat period jika haid anda tidak hadir selepas lima hari dari tarikh sepatutnya anda keluar period, khususnya jika tiada sebarang tanda-tanda yang disenaraikan di atas.

    Haid anda mungkin lewat disebabkan tekanan atau pengambilan ubat-ubatan tertentu.

    Lewat haid juga tidak bermakna anda hamil sekiranya kitaran haid anda tidak teratur sebelum ini.

    Akhir kata

    Untuk memastikan bahawa anda benar-benar positif hamil, cara terbaik adalah untuk melakukan ujian kehamilan yang boleh dibeli di farmasi.

    Jangan sekadar melihat ciri-ciri di atas, ini kerana tindak balas setiap badan adalah berbeza. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan