backup og meta

Ini 5 Tanda Biasa Hipertensi! Pantau Tekanan Darah Anda Guna Alat Ini

Ini 5 Tanda Biasa Hipertensi! Pantau Tekanan Darah Anda Guna Alat Ini

Ramai orang risau akan simptom darah tinggi. Tetapi, tidak ramai yang ambil berat soal kenapa boleh kena darah tinggi? Hipertensi atau penyakit darah tinggi merupakan penyakit kronik yang banyak dihidapi dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Faktor risiko seperti obesiti dan gaya hidup tidak aktif yang kian meningkat boleh menyumbang kepada terjadinya penyakit ini. Dalam artikel ini, kami akan membincangkan 5 simptom darah tinggi dan cara untuk memantau tekanan darah dengan teratur. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Jantung, sila dapatkannya di sini.

Apa yang anda perlu tahu mengenai hipertensi

Berapa bacaan tekanan darah tinggi, rendah atau normal sebenarnya? 

Untuk pengetahuan anda, ada 2 bacaan yang anda perlu lihat apabila memeriksa tekanan darah, iaitu sistolik dan diastolik.

Jika anda tidak tahu apa itu tekanan darah sistolik atau diastolik, ia merupakan bacaan tekanan darah sewaktu ruang ventrikel di dalam jantung mengembang atau mengecut.

Bacaan sistolik mengukur tekanan darah sewaktu ruang ventrikel jantung mengepam darah ke seluruh badan 1

Manakala bacaan diastolik pula merupakan ukuran tekanan darah sewaktu jantung berehat di antara degupan dan ventrikel diisi dengan darah 1.

Bagaimana nak tahu bila memiliki tekanan darah tinggi?

Menurut Panduan Amalan Klinikal (CPG) Kementerian Kesihatan Malaysia, hipertensi berlaku apabila terdapat kenaikan berterusan pada bacaan sistolik tekanan darah bersamaan dengan 140 mmHg atau lebih, atau/dan kenaikan berterusan pada bacaan diastolik tekanan darah bersamaan dengan 90 mmHg atau lebih 2.

Bila memiliki tekanan darah tinggi atau simptom darah tinggi, seseorang itu kebiasaannya akan mempunyai bacaan tidak normal pada salah satu atau kedua-dua bacaan tersebut. 

Hipertensi bukanlah satu penyakit yang akan menyebabkan gejala secara serta-merta.

Ia hanya memberikan kesan kepada tubuh selepas tempoh masa yang panjang. 

Bagi kebanyakan individu, mereka tidak mengalami apa-apa tanda atau simptom darah tinggi yang jelas. Oleh itu, anda perlu merujuk kepada doktor untuk tahu kenapa tekanan darah diastolik tinggi, begitu juga dengan bacaan sistolik. 

5 simptom darah tinggi yang tidak boleh diambil ringan

simptom darah tinggi
Mesin untuk memeriksa tekanan darah.

Berikut adalah lima simptom hipertensi yang biasa berlaku:

#1. Bacaan tekanan darah melebihi bacaan normal

Berapa bacaan bila memiliki tekanan darah tinggi? Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sekiranya tekanan darah sistolik, diastolik atau kedua-duanya melebihi nilai bacaan normal yang disarankan oleh garis panduan CPG, ia merupakan simptom darah tinggi 2.

Bacaan tekanan darah anda kebiasaannya ditulis dalam susunan sistolik, diastolik dan unit. 

Contohnya, 110/85 mmHg. 110 merupakan bacaan sistolik, 85 merupakan bacaan diastolik dan mmHg adalah unit kepada bacaan tekanan darah.

Apa yang anda perlu tahu adalah, tidak semua mesin pengukur tekanan darah menunjukkan bacaan dalam urutan sedemikian. 

Oleh itu, penting bagi anda untuk memastikan bacaan yang ditunjukkan merupakan bacaan yang betul.

Jika anda mempunyai bacaan yang tidak normal pada salah satu atau kedua-dua nilai, apa yang perlu anda lakukan? 

Menurut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia, untuk mendapatkan nilai yang betul, ukuran tersebut perlu dilakukan sebanyak dua kali pada dua waktu berbeza 2.

Anda juga perlu berehat sekurang-kurangnya 1 jam selepas melakukan aktiviti fizikal supaya ia tidak mempengaruhi bacaan tekanan darah.

Namun, kami menggalakkan pembaca untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan khidmat nasihat dan pemeriksaan fizikal jika anda khuatir atau ragu-ragu akan bacaan tersebut.

#2. Simptom darah tinggi: Penglihatan semakin kabur

Simptom darah tinggi juga boleh mempengaruhi fungsi salur darah di segenap tubuh. Salah satu daripadanya adalah salur darah pada bahagian mata

Salur darah tersebut terdedah kepada kerosakan dek tekanan darah tinggi berikutan saiznya yang kecil 3.

Jika tekanan darah tinggi sudah menampilkan dirinya melalui simptom penglihatan, ini bermakna keadaan kesihatan tersebut mula untuk menjadi lebih serius.

Penglihatan kabur merupakan satu komplikasi hipertensi bila memiliki darah tinggi.

Ia bukanlah simptom darah tinggi secara langsung. Namun ia disebabkan oleh kejadian hipertensi yang berlaku secara senyap dalam tempoh yang panjang 3

Ini mungkin simptom darah tinggi yang paling jelas dialami buat sesetengah pesakit sebelum didiagnosis.

#3. Pening dan berasa tidak seimbang

simptom darah tinggi
Tekanan darah tinggi boleh sebabkan pening kepala.

Jika anda berasa pening, ia tidak semestinya menunjukkan anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi. 

Namun, jika dibiarkan sahaja, ia boleh membawa padah. Hipertensi merupakan faktor risiko utama bagi kejadian strok 4.

Jika anda pening dan hilang keseimbangan badan secara tiba-tiba, segeralah berjumpa dengan doktor. 

Ini kerana, selain daripada hilang keseimbangan badan, pertuturan tidak jelas, sukar untuk berjalan, dan pening kepala juga merupakan gejala amaran strok.

Selain itu, pening juga boleh disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan tekanan darah tinggi 5

Ia merupakan kesan sampingan yang diakui dan sering dimaklumkan kepada pesakit ketika doktor ingin mempreskripsikan ubat-ubatan berkaitan 5.

Simptom darah tinggi #4. Mual dan muntah

Seperti pening kepala, mual dan muntah juga merupakan simptom darah tinggi yang tidak spesifik kepada masalah hipertensi.

Ini kerana ia juga boleh berlaku dalam pelbagai jenis penyakit lain. Contohnya, seorang wanita yang berada dalam lingkungan usia subur berasa mual dan muntah, pasti dianggap mengandung.

Sukar untuk ditentukan diagnosis kepada tanda seperti ini. Namun jika ia berlaku kepada pesakit yang menghidap masalah darah tinggi, ia sering kali terjadi dalam keadaan bahaya.

Krisis hipertensi merupakan keadaan di mana tekanan darah sistolik berada pada tahap 180 mmHg atau lebih, atau tekanan darah diastolik berada pada tahap 120 mmHg atau lebih 6.

Keadaan ini kebiasaannya berlaku kepada pesakit yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi tidak terkawal.

krisis hipertensi
Perbezaan dua jenis krisis hipertensi.

Simptom lain seperti 6:

Tanda-tanda berikut merupakan simptom darah tinggi tidak terkawal yang mungkin juga menjadi petunjuk krisis hipertensi bila memiliki tekanan darah tinggi.

#5. Sukar kencing

Menurut National Kidney Foundation, hipertensi tidak terkawal merupakan punca kedua tertinggi kepada masalah kerosakan buah pinggang 7.

Ia merupakan komplikasi lewat yang boleh merendahkan kualiti hidup individu, di samping mengganggu produktiviti harian kesan daripada keperluan untuk menghadiri rawatan dialisis secara kerap.

Apabila berlakunya hipertensi, salur darah yang membekalkan oksigen dan nutrisi penting kepada unit buah pinggang yang dikenali sebagai nefron tidak berfungsi dengan baik 8.

Ini akan menyebabkan kerosakan kepada unit tersebut dan kesannya, buah pinggang anda tidak akan dapat berfungsi dengan baik 8.

Ia kemudiannya akan mengganggu rutin pembuangan air kecil anda. 

Manfaat Samsung Galaxy Watch6 Series untuk pemantauan tekanan darah

Jam Galaxy Watch6
Jam pintar Samsung Galaxy Watch6 Series.

Dalam dunia moden hari ini, ramai rakyat Malaysia terdedah kepada gaya hidup yang tidak aktif yang boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan, termasuklah menjadi punca kenapa boleh kena darah tinggi.

Tidak hanya golongan berusia, malah individu dewasa juga perlu sentiasa memantau kesihatan mereka. 

Bagi individu yang sibuk bekerja, memantau kesihatan diri sendiri dan ibu bapa yang semakin tua boleh menjadi satu cabaran. 

Samsung Galaxy Watch6 Series menawarkan penyelesaian menyeluruh bagi masalah ini dengan fungsi pemantauan kesihatan yang komprehensif.

Samsung Galaxy Watch6 Series adalah alat canggih yang dapat membantu memantau tekanan darah anda dan ibu bapa secara mudah dan tepat. 

Dilengkapi dengan teknologi terkini, jam tangan pintar ini boleh mengukur tekanan darah anda dengan cepat, memberikan notifikasi jika terdapat bacaan yang tidak normal, dan menyimpan rekod sejarah bacaan anda untuk rujukan perubatan. 

Dengan menggunakan Samsung Galaxy Watch6 Series, anda boleh mengambil langkah proaktif untuk mengawal kesihatan anda dan mencegah komplikasi yang lebih serius. 

Selain itu, jam tangan ini juga mampu melakukan ujian ECG, memantau komposisi badan, serta mempunyai fungsi pengesanan jatuh dan panggilan kecemasan SOS.

Menerusi pengumpulan data kesihatan yang direkodkan dalam aplikasi Samsung Health, anda boleh membawa data ini ketika berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang lebih tepat. Lebih mudah bukan?

Kini, Samsung Galaxy Watch6 Series ditawarkan dengan promosi hebat untuk pembaca Hello Doktor! Bagi setiap pembelian, anda akan turut mendapat aksesori bernilai sehingga RM887 yang dibungkus dalam kotak hadiah khas. 

Ia adalah hadiah yang sempurna untuk Hari Ibu, Hari Bapa, hari lahir, ulang tahun dan pelbagai tujuan lain. 

Anda juga boleh mendapatkan Galaxy Watch5 Pro dan menerima mesin tekanan darah OMRON secara percuma!

Kesemua promosi Galaxy Watch ini tersedia di laman Samsung.com, Samsung Experience Store, dan kedai-kedai terpilih.

Kesimpulan

Kini anda telah tahu berapa bacaan tekanan darah tinggi. Hipertensi adalah penyakit yang serius dan boleh membawa kepada komplikasi yang lebih teruk jika tidak dikawal dengan baik. 

Menerusi alat pintar pelbagai fungsi seperti Samsung Galaxy Watch6 Series, pemantauan kesihatan anda kini menjadi lebih mudah dan efisien.

Tip

Jam tangan pintar ini bukan sahaja membantu anda memantau tekanan darah anda secara berkala, tetapi juga menyediakan data yang berguna untuk temu janji bersama doktor.

Ambil langkah proaktif untuk kesihatan anda hari ini dengan Samsung Galaxy Watch6 Series. 

Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web Samsung Malaysia di sini atau kunjungi saluran media sosial mereka

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Understanding Blood Pressure Readings. https://www.heart.org/en/health-topics/high-blood-pressure/understanding-blood-pressure-readings. Diakses pada Mei 20, 2024. 
  2. Panduan Amalan Klinikal (CPG) Pengurusan Hipertensi Edisi Kelima. https://www.moh.gov.my/moh/resources/penerbitan/CPG/MSH%20Hypertension%20CPG%202018%20V3.8%20FA.pdf. Diakses pada Mei 20, 2024.
  3. High blood pressure and eye disease. https://www.mountsinai.org/health-library/diseases-conditions/high-blood-pressure-and-eye-disease#:~:text=High%20blood%20pressure%20can%20damage,pressure%20is%20called%20hypertensive%20retinopathy. Diakses pada Mei 20, 2024.
  4. Johansson B. B. (1999). Hypertension mechanisms causing stroke. Clinical and experimental pharmacology & physiology, 26(7), 563–565. https://doi.org/10.1046/j.1440-1681.1999.03081.x. Diakses pada Mei 20, 2024.
  5. High Blood Pressure. https://www.fda.gov/consumers/womens-health-topics/high-blood-pressure. Diakses pada Mei 20, 2024.
  6. Hypertensive crisis: What are the symptoms?. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/expert-answers/hypertensive-crisis/faq-20058491. Diakses pada Mei 20, 2024.
  7. High Blood Pressure and Chronic Kidney Disease. https://www.kidney.org/news/newsroom/factsheets/High-Blood-Pressure-and-CKD#:~:text=Uncontrolled%20high%20blood%20pressure%20is,damage%20kidneys%20over%20several%20years. Diakses pada Mei 20, 2024.
  8. High Blood Pressure & Kidney Disease. https://www.niddk.nih.gov/health-information/kidney-disease/high-blood-pressure#:~:text=urinary%20tract%20system.-,How%20does%20high%20blood%20pressure%20affect%20the%20kidneys,may%20no%20longer%20work%20properly. Diakses pada Mei 20, 2024.

Versi Terbaru

14/06/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel berkaitan

Mengapa Kita Perlu Bersenam Dan Kekal Aktif Setiap Hari? Ini 7 Manfaatnya Untuk Badan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 14/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan