backup og meta

Salur Darah Otak Pecah Boleh Bawa Maut! Sakit Kepala, Antara Tanda Aneurisma Otak!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 20/02/2024

    Salur Darah Otak Pecah Boleh Bawa Maut! Sakit Kepala, Antara Tanda Aneurisma Otak!

    Aneurisma otak atau brain aneurysm adalah pembengkakan yang berlaku pada salur darah otak disebabkan oleh dindingnya menjadi lemah atas faktor tertentu.

    Jika tidak dikesan dan dirawat, aneurisma adalah boleh pecah dan menyebabkan pendarahan dalaman mengakibatkan komplikasi yang lebih serius.

    Untuk pengetahuan anda, semua kondisi ini tidak hanya berlaku pada salur darah otak sahaja.

    Ia juga lazim didiagnosis pada salur darah:

    1. Aorta.
    2. Kaki.
    3. Limpa.

    Menurut Institut Jantung, Peparu dan Darah Amerika Syarikat, setiap tahun, 13,000 kematian telah direkodkan berpunca daripada masalah aneurisma otak.

    Lebih teruk lagi, ia bukanlah seperti penyakit yang mempunyai simptom yang jelas walaupun berbahaya jika tidak dirawat.

    Oleh itu, bagi yang berminat untuk memahami dengan lebih lanjut aneurisma penyakit apa, teruskan baca ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Otak dan Saraf, anda boleh klik di sini.

    Ini penyebab pembuluh darah otak pecah dan lain-lain

    aneurisma otak
    Punca pembuluh darah dalam otak pecah.

    Walaupun terdapat banyak faktor yang telah dikenal pasti boleh meningkatkan risiko aneurisma, namun tiada punca secara langsung yang jelas pernah direkodkan.

    Sebagai contoh, dinding arteri boleh menjadi lemah sekiranya terdapat kecederaan tisu berpunca daripada proses patologi seperti pengumpulan lemak pada salur darah.

    Kumpulan lemak tersebut berupaya untuk menghalang aliran darah normal.

    Ini menyebabkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat supaya darah boleh melepasi halangan lemak yang terkumpul.

    Akibat daripada perubahan fisiologi tersebut, salur darah yang terlibat boleh mengalami tekanan akibat daripada peningkatan daya tolakan darah untuk melepasi kumpulan lemak.

    Keadaan ini boleh menyumbang kepada kecederaan yang melemahkan integriti salur darah dan menyebabkan aneurisma.

    Jika tidak bernasib baik, keadaan tersebut boleh menjadi parah sehingga menyebabkan komplikasi serius.

    Penghidap tekanan darah tinggi

    Tekanan darah tinggi turut boleh menyumbang kepada masalah aneurisma otak secara tidak langsung.

    Daya yang dikenakan kepada dinding arteri semasa darah mengalir bergantung kepada tekanan yang dikenakan kepada dinding arteri.

    Ini bermakna, jika tekanan darah meningkat, daya yang dikenakan kepada dinding arteri turut meningkat menyebabkan salur darah menjadi besar dan lemah.

    Bagi individu sihat, tekanan darah ideal adalah pada sekitar 120/80 mmHg.

    Jika seseorang itu didiagnosis dengan tekanan darah tinggi (bersamaan atau lebih daripada 140/90 mmHg) ia bukan sahaja meningkatkan risiko penyakit jantung, malah aneurisma.

    Lokasi dan jenis-jenis kondisi aneurisma otak

    Seperti yang anda sedia maklum, aneurisma boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan.

    Dua kawasan yang paling lazim mengalami keadaan kesihatan ini adalah salur darah aorta dan salur darah otak.

    Aorta adalah salur darah terbesar di dalam badan. Ia bermula daripada ventrikel kiri jantung, turun ke abdomen dan berpecah kepada dua untuk membekalkan darah ke dua-dua kaki.

    Aorta merupakan kawasan yang paling lazim mengalami aneurisma pembuluh darah.

    Jarang bagi seseorang itu untuk didiagnosis dengan aneurisma pada kedua-dua ruang dada dan abdomen. Namun ia boleh berlaku.

    kesihatan otak
    Cara menjaga kesihatan organ otak.

    Bagi otak pula, aneurisma otak boleh terbentuk pada salur darah yang terletak jauh di dalam kawasan otak.

    Mereka yang mengalaminya boleh tidak mempunyai simptom. Risikonya untuk menyebabkan pendarahan bergantung kepada saiz aneurisma.

    Walau bagaimanapun, terdapat faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada risikonya untuk pecah.

    Menurut Persatuan Strok Amerika (ASA), hanya 3% dalam kalangan individu yang didiagnosis dengan masalah aneurisma akan mengalami pendarahan.

    Aneurisma juga boleh terbentuk pada kawasan lain seperti belakang lutut, pada organ limpa dan usus manusia.

    Walau bagaimanapun, kes seumpama itu jarang berlaku.

    Dalam erti kata lain, terdapat 3 jenis aneurisma yang utama termasuk:

    1. Abdominal aortic – Berlaku di dalam ruang abdomen.
    2. Thoracic aortic – Berlaku di dalam ruang dada.
    3. Cerebral – Terjadi di dalam organ otak.

    Bagaimana mengesan dan merawat aneurisma otak?

    aneurisma otak
    Pembuluh darah dalam otak yang pecah.

    Sukar untuk kita mengesan aneurisma (terutamanya aneurisma otak) kerana ia jarang menyebabkan simptom.

    Seseorang itu hanya menunjukkan gejala sekiranya pendarahan telah berlaku.

    Walau bagaimanapun, bagi aneurisma yang terbentuk pada kawasan berhampiran dengan permukaan, ia boleh menyebabkan kebengkakan dan kesakitan pada kawasan berkenaan.

    Antara simptom yang boleh dialami disebabkan aneurisma pecah adalah:

    1. Pendarahan.
    2. Degupan jantung laju.
    3. Sakit.
    4. Pening kepala.

    Hospital mempunyai kelengkapan canggih untuk mendiagnosis masalah ini seperti penggunaan alat ultra bunyi dan pengimbas CT.

    Bergantung kepada tahap aneurisma otak dan risiko kematian, rawatan adalah berbeza bagi setiap pesakit.

    Jika ia sudah besar dan berisiko untuk pecah, pembedahan adalah rawatan yang menjadi pilihan para doktor untuk diusulkan kepada pesakit.

    Kalau keadaan masih terkawal, rawatan terhadap faktor risiko boleh membantu menghindarkan aneurisma daripada pecah terutamanya jika ia hanya bersaiz kecil.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 20/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan